Bila Masanya Boleh Melakukan Pembelian PIN PTPTN? - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Thursday, July 12, 2018

Bila Masanya Boleh Melakukan Pembelian PIN PTPTN?

Adakah anda berhasrat melakukkan permohonan untuk pengajian anda dan ingin memohon pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)?

Ya, satu idea yang baik kerana pinjaman ini dikhususkan kepada semua pelajar yang sedang dalam pengajian di mana-mana  institusi pengajian di negara kita.

Pinjaman PTPTN ini adalah satu altenatif buat pelajar yang kurang berkemampuan untuk membiayai kos pengajian mereka yang agak mahal.

Pembelian PIN PTPTN melalui Bank Simpanan Nasional (BSN)

Sebenarnya pembelian Pin PTPTN ini adalah terbuka kepada pelajar sepanjang tahun melalui bank BSN. Sebagai pengetahuan anda juga, PTPTN telah melaksanakan prosuder pembelian  PIN melalui kerjasama BSN bermula 19 mei 2009 lagi dan akan dijangka kontrak bersama akan tamat pada 31 disember 2020.

Setiap PIN PTPTN boleh dibeli melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harganya RM 5 bagi satu pin.
Dengan Pin PTPTN ini membolehkan anda melakukkan permohonan untuk pinjaman kewangan pengajian daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang boleh diisi melalui web rasmi PTPTN.
PTPTN Logo
Bagi setiap permohonan pinjaman pengajian, ianya bergantung kepada siapa yang mengandalikan pinjaman PTPTN ini di kolej atau university tempat anda belajar.
Anda haruslah berurusan dengan mereka terlebih dahulu dan  barulah anda melakukkan pembelian PIN PTPTN untuk melakukkan permohonan pinjaman pengajian.

Bagi setiap permohonan pinjaman melalui PTPTN yang berjaya, wang pinjaman akan dibayar kepada anda pada setiap semester , tetapi syaratnya anda harus lulus di dalam peperiksaan semester  di kolej atau university agar pinjamana anda akan dibayar.

Rujukan: BSN, PTPTN

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.