Syarat Memohon Kad Kredit Maybank - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Saturday, June 23, 2018

Syarat Memohon Kad Kredit Maybank

Kad kredit Maybank merupakan kad kredit yang begitu popular sekali di negara ini disebabkan tawaran menarik yang ditawarkan oleh syarikat perbankan tersebut. Ianya menjadi pilihan bagi kebanyakkan masyarakat di Malaysia.

Maybank menawarkan pelbagai jenis kad kredit yang berbeza-beza. Pengguna yang disasarkan juga adalah terdiri daripada golongan yang berbeza bergantung kepada jumlah pendapatan tahunan orang yang disasarkan.

Antara kad kredit Maybank yang begitu popular sekali adalah kad kredit Petronas  kerana kaedah penebusan point dan ganjaran yang begitu menarik. Walau begitu, kad kredit Maybank  yang lain juga memiliki tawaran dan ganjaran yang menarik bergantung kepada jenis kad kredit tersebut.

Jenis-jenis kad kredit dan syarat untuk memohon

Maybank memiliki banyak  jenis kad kredit , setakat artikel ini ditulis, terdapat 22 jenis kad kredit dikenal pasti telah diperkenalkan oleh syarikat perbankan terkenal ini. Berikut adalah jenis-jenis kad kredit Maybank.

Jika anda ingin memohon kad ini, anda mestilah memiliki pendapatan minimum tahunan sebanyak RM 60, 000 atau pendapatan minima bulanan sebanyak RM 5,000.

Minima pendapatan tahunan bagi permohon kad kredt jenis ini adalah sebanyak RM 36,000 setahun bersamaan dengan pendapatan minima bulanan sebanyak RM 3,000.
Kad Kredit Maybank
3. Maybank Masterkad Platinum
Permohon harus memiliki pendapatan tahunan minimum sebanyak RM 60,000 atau mempunyai sekurang-kurangnya minima pendapatan bulanan sebanyak RM 5,000.

4. Maybank Masterkad Gold
Minima pendapatan tahunan bagi permohon kad ini sekurang-kurangnya minima RM 36,000 atau minima pendapatan bulanan sebanyak RM 3,000.

Sesiapa yang memohon kad kredit jenis ini harus memiliki minima pendapatan tahunan sekurang-kurangnya RM 60,000 bersamaan pendapatan minima bulanan sebanyak RM 5,000.

Bagi permohon kad kredit ini pula, harus memiliki pendapatan minima tahunan sekurang-kurangnya RM 30,000 bersamaan minima pendapatan bulanan sebanyak RM 2,500 sebulan.

Permohon kad kredit jenis ini harus mempunyai pendapatan tahunan minima sebanyak RM 120,000, iaitu bersamaan pendapatan minima bulanan sebanyak RM 10,000 sebulan.

Kad kredit patuh syariah. Permohon kad kredit harus mempunyai pendapatan tahunan minima sebanyak RM 120,000, iaitu bersamaan pendapatan minima bulanan sebanyak RM 10,000 sebulan.

Minima pendapatan tahunan adalah sama dengan permohon kad kredit  Maybankard Visa Infinite iaitu sebanyak RM 120,000 atau minima pendapatan bulanan sebanyak RM 10,000.

Minima pendapatan tahunan adalah sebanyak RM 30,000 atau pendapatan minima bulanan sebanyak RM 2,500.

Pendapatan minima tahunan bagi pemilik kad kredit ini adalah sebanyak RM 60,000 atau bersamaan dengan pendapatan minima  RM 5,000 sebulan.

Pendapatan minima tahunan bagi pemilik kad kredit ini pula adalah sebanyak RM 30,000 atau bersamaan dengan pendapatan minima  RM 2,500 sebulan.

Kad kredit patuh syariah, permohon harus mempunyai pendapatan minima tahunan sebanyak RM 30,000 atau bersamaan dengan pendapatan minima  RM 2,500 sebulan.

Pendapatan tahunan  minimum bagi permohon kad kredit jenis ini adalah sebanyak RM 30,000 atau bersamaan pendapatanan minima bulanan sebanyak RM 2,500.

Permohon bagi kad kredit jenis ini harus memiliki pendapatan minima tahunan sebanyak RM 30, 000 atau bersamaan pendapatan minima bulanan sebanyak RM 2,500.

Permohon bagi kad kredit jenis ini pula harus memiliki pendapatan minima tahunan sebanyak RM 60, 000 atau bersamaan pendapatan minima bulanan sebanyak RM 5,000.

Minima pendapatan tahunan untuk permohon kad kredit  ini adalah sebnyak RM 48,000 atau minima pendapatan bulanan sebanyak RM 4,000 sebulan.

18. Pantai American Express Credit Card
Permohon kad kredit ini harus memiliki sekurang-kurangnya minima pendapatan tahunan sebanyak RM 30,000 atau minima pendapatan bulanan sebanyak RM 2,500.

Digelar sebagai charge cards, pemohon harus mempunyai minima pendapatan tahunan sebanyak RM 30,000 atau bersamaan pendapatan bulanan sebanyak RM 2,500.

Digelar sebagai charge cards, pemohon harus mempunyai minima pendapatan tahunan sebanyak RM 48,000 atau bersamaan pendapatan bulanan sebanyak RM 4,000.

Permohon kad kredit sekurang-kurangnya mempunyai pendapatan minima sebanyak RM 70,000 hingga RM 100,000 setahun.

Permohon kad kredit sekurang-kurangnya mempunyai pendapatan minima sebanyak RM 48,000 setahun.

Syarat-syarat  untuk memohon kad kredit    

Setiap permohon haruslah berumur 21 tahun keatas untuk membolehkan layak untuk menjadi ahli kad utama dan berumur 18 tahun keatas bagi  ahli kad tambahan. Selain itu, had umur bagi permohon adalah berumur 65 tahun.

Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu disertakan semasa menghantar borang permohonan untuk memudahkan pemprosesan permohonan.

1. Salinan Maykad  (depan dan belakang) / pasport, termasuk lah pemohon tambahan.

2.Borang BE yang terbaru berserta resit cukai rasmi ataupun

3. Slip gaji (03) bulan yang terbaru ataupun

4. Penyata KWSP terbaru

5. Penyata akaun simpanan ataupun penyata akaun semasa yang terbaru untuk 6 bulan

6. Bagi permohon yang berkerja sendiri anda harus menyertakan salinan pendaftaran perniagaan milik anda dan juga berserta penyata bank terbaru untuk 6 bulan.

7. Bagi pekerja asing, anda harus menyertakan surat dari majikan anda tempoh anda bekerja di Malaysia secara kontrak dan anda harus mempunyai akaun Maybank.

8. Bagi permohon graduan, anda harus menyertakan salinan surat tawaran anda bekerja, kelayakan profesional / salinan ijazah.

Kelebihan kad kredit Maybank

Threats OnThe Spot Redemption - Sebagai pengetahuan anda Maybank menawarkan beberapa mata ganjaran setiap kali berbelanja menggunakan kad kredit Maybank yang dikenali sebagai Treats Points dan mata ganjaran ini berbeza-beza bergantung kepada jenis kad kredit.

Kad kredit Maybank Petronas Visa misalnya, jika anda berbelanja minima  RM 1 sama ada berbelanja untuk minyak petrol atau barang-barang keperluan pada hujung minggu anda layak memperolehi 8x Treats Points, bermakna jika anda berbelanja lebih daripada RM 1, Treats Point yang anda perolehi tentunya semakin bertambah banyak.

Melalui penebusan On The Spot Redemption pula, anda boleh menebus secara terus  ganjaran anda melalui kedai-kedai terpilih seperti barangan elektronik, voucher dan juga kelengkapan rumah, walaubegitu, ia bergantung kepada point anda yang terkumpul.

EzyPay Plus – Maybank memberikan satu sistem pembayaran yang sistematik yang dikenali  EzyPay Plus kepada pengguna kad kredit yang berbelanja banyak dalam satu-satu masa dan membayar semula secara ansuran bulanan.

Walau begitu, anda harus memaklumkan kepada pihak Maybank terlebih dahulu untuk menggunakan sistem Ezypay Plus.

Jika anda berbelanja  sebanyak RM 500, sistem Ezypay Plus menawarkan ansuran bermula 6 bulan hingga 12 bulan untuk melangsaikan hutang sebanyak RM 500 dengan kadar faedah sebanyak 9%.
Sekiranya anda berbelanja sebanyak RM 3,000, dengan sistem ini anda boleh melangsaikan penggunaan ini selama 18 bulan.

Perbelanjaan sebanyak RM 5,000 pula, dengan sistem ini anda boleh melangsaikan penggunaan sehingga mencapai tempoh 24 bulan.

Credit Care Plus – Sistem ini merupakan insuran bagi pengguna yang risau sekiranya terjadi kejadian yang tidak diingini kepada dirinya umpamanya ditimpa kemalangan dan juga penyakit dan menyebabkan ahli keluarganya terpaksa menanggung bebanan hutang kad kredit.

Dengan hanya bayaran sebanyak RM 0.65 bagi setiap baki yang tertungak sebanyak RM 100, Maybank akan mengambil alih baki yang tertunggak anda sehingga  RM 100,000.

Maybank Secure Online Shopping (MSOS)- Maybank telah memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna kad kredit mereka sekiranya membeli belah secara online dengan memberikan password yang dihantar terus melalui telefon bimbit pengguna untuk mengelakkan maklumat kad kredit daripada dicuri.

Maybank Cash Back – Bagi pengguna kad kredit yang ingin menggunakan wang tunai dengan segera, pengguna boleh meminjam sehingga 90% daripada had limit kad iaitu dengan kadar faedah 8.88% setahun. Walau begitu, anda akan dikenakan caj RM 100 dan ianya terpakai kepada pemegang kad kredit utama dengan had kad RM 3,000.

Lain-lain kelebihan istemewa –Kad kredit Maybank juga menawarkan pelbagai mata ganjaran dan rebat bagi kad kredit yang tertentu misalnya Maybank 2 Gold Card,  yang menawarkan 5% rebat tunai setiap kali berbelanja, serta Threats Points setiap kali berbelanja sama ada di dalam dan luar negara.

Selain itu juga terdapat ganjaran yang dikenali sebagai Treat Airmiles bagi pengguna yang sering ke luar negara dengan menggunakan kad kredit Maybank World MasterCard. Ganjaran ini boleh ditebus melalui Enrich Miles.

Rujukan:- Maybank

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.