Resepi Nasi Goreng Kampung Adabi - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Thursday, June 28, 2018

Resepi Nasi Goreng Kampung Adabi

Nasi goreng kampung adalah resepi tradisional masakan nasi goreng bagi kebanyakan masyarakat terutamanya kaum Melayu di negara ini. Resipi ini amat popular sekali disebabkan rasanya lebih kepada cara masakan kekampungan dengar rasanya yang sedap.

Jika anda pergi ke mana-mana kedai makan di negara ini, kebanyakannya ada menyediakan menu untuk masakan nasi goreng kampung, sebab itulah resepi ini amat dikenali sekali.

Bahan-bahan dan cara-cara memasak nasi goreng kampung Adabi.

Resepi nasi goreng kampung ini adalah menggunakan resepi dari serbuk nasi goreng kampung Adabi dengan rasa udang asli yang begitu menyelerakan.

Untuk mendapatkan serbuk ini, anda boleh membelinya di mana-mana kedai runcit atau pasaraya dengan membeli secara paket.

Bagi paket serbuk nasi goreng kampung yang biasa, ianya cukup untuk 2-3 hidangan.

Bahan-bahan untuk resipi nasi goreng kampung.

Serbuk nasi goreng kampung Adabi
Sumber: Adabi.
1) Apa-apa daging atau sayuran di dalam berat anggaran 50 gram
2) Minyak masak  4 sudu besar
3) 400 - 450 gram nasi putih (4 - 4 ½  cawan )
4) (01) Paket serbuk nasi goreng Adabi
5) Ikan bilis untuk hiasan

Cara-cara memasak nasi goreng kampung Adabi.

1) Panaskan minyak masak ke dalam kuali.
2) Apabila minyak masak telah panas, goreng ikan bilis dan asingkan, dan masukkan pula daging atau sayur untuk digoreng.
3) Step seterusnya, masukkan 400 - 450g nasi putih.
4) Taburkan 1 paket serbuk nasi goreng Adabi pada nasi dan gaul sehingga rata.
5) Untuk hiasan, taburkan ikan bilis yang telah digoreng itu tadi dan hidangkan ketika panas.

Kandungan serbuk nasi goreng Adabi.

Berikut adalah kandungan di dalam serbuk nasi goreng Adabi: Minyak kelapa sawit, serbuk cili, bawang putih, serbuk ikan bilis, udang kering, garam, bawang, gula. Mengandungi kondisioner makanan yang dibenarkan serta monosodium glutamat dan sodium insonat sebagai penambah perisa yang dibenarkan.

Sumber:- Adabi

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.