Kegunaan Baking Soda Yang Ramai Masih Tidak Tahu - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Thursday, June 14, 2018

Kegunaan Baking Soda Yang Ramai Masih Tidak Tahu

Natrium bikarbonat, merupakan istilah rasmi untuk baking soda, ia membantu mengawal pH. Jika baking soda bercampur dengan asid atau bahan alkali ia mempunyai kesan meneutralkannya.

Baking soda amat sesuai  sekali untuk meneutralkan bau asid dan mengekalkan pH neutral yang sesuai untuk melakukan perkara seperti meningkatkan daya pencuci pakaian anda.

Ia juga mempunyai keupayaan yang lembut untuk membantu menggosok atau membersihkan. Secara singkatnya, kegunaan untuk baking soda amat banyak, ia menyeimbangkan, meneutralkan, dan membersihkan semua tanpa mengandungi bahan kimia seperti kebanyakan produk komersial yang ada di pasaran.

Berikut adalah kegunaan baking soda yang perlu anda tahu dan untuk manfaat semua pembaca secara amnya.

Kegunaan-kegunaan baking soda 

1. Boleh digunakan sebagai ubat gigi

Pasta yang diperbuat daripada baking soda dan larutan hidrogen peroksida 3 peratus boleh digunakan sebagai alternatif kepada pasta gigi non-fluorida.  Anda juga boleh mencelupkan berus gigi anda dengan pasta gigi ke dalam baking soda untuk meningkatkan rangsangan.
Baking Soda

2. Menyegarkan mulut

Masukkan satu sudu teh melalui setengah gelas air, dan anda perlu  kumur, buang air tersebut dan bilas. Bau mulut anda akan hilang serta melindungi mulut anda dari bakteria.

3. Digunakan untuk merendam peralatan

Bagi anda yang mempunyai  gigi palsu, anda boleh melarutkan dua sudu tea baking soda ke dalam mangkuk kaca yang diisi dengan air suam. Kaedah ini boleh meneutralkan bau untuk memastikan peralatan segar.

4. Sebagai scrub muka dan badan

Berikan diri anda kesegaran pada muka dan juga badan. Buat tiga bahagian pasta baking soda dan satu bahagian air, gosok pasta baking soda keatas kulit anda dan kemudian bilas dengan air bersih. Sekiranya anda lakukkan setiap hari, ia menjadikan kulit anda benar-benar lembut.

5. Memerangi bau badan

Letakkan baking soda pada ketiak anda  untuk meneutralkan bau badan.

6. Digunakan sebagai antacid

Baking soda adalah antacid yang selamat dan berkesan untuk melegakan pedih ulu hati. Anda boleh merujuk pakej  penggunaan  baking soda untuk arahan.

7. Merawat gigitan serangga dan kulit gatal

Untuk gigitan serangga, buat pasta dari baking soda dan air, dan sapukan melalui  kulit yang terjejas. Untuk meredakan gatal pula, letakkan beberapa baking soda ke tapak  tangan anda dan gosokkan ke dalam kulit selepas mandi atau semasa mandi.

8. Membersihkan tangan dan juga sebagai pelembut

Dengan menggunakan sabun,gosok tangan anda secara perlahan-lahan dengan mencampurkan baking soda dan juga air, kemudian bilas hingga bersih. Anda dapati tangan anda akan menjadi lembut.

9. Membantu membersihkan rambut anda

Taburkan sedikit baking soda ke telapak tangan anda bersama-sama dengan syampu kegemaran anda. Syampu rambut anda seperti biasa dan bilas, baking soda  membantu mengeluarkan sisa-sisa syampu pada rambut anda supaya rambut anda bersih dan lebih mudah diurus.

10. Menjadikan sikat rambut bersih dan berkilat

Untuk mendapatkan  rambut berkilau dengan lebih bersinar, pastikan sikat rambut di dalam keadaan bersih.  Kekerapan menggunakan minyak rambut akan menyebabkan sikat rambut akan berminyak, untuk membersihkanya, letakkan satu sudu tea baking soda ke dalam mangkuk yang kecil diisi dengan air suam, anda hanya perlu merendam sikat,  seterusnya dibilas dengan air bersih dan biarkan kering.

11. Untuk rendaman dalam mandian

Semasa ingin mandi, tambahkan 1/2 cawan baking soda ke dalam air mandian anda, ia bagus untuk meneutralkan asid pada kulit,  membantu membasuh minyak dan keringat, juga menjadikan kulit anda berasa sangat lembut.

12. Air rendaman kaki

Anda hanya perlu melarutkan 3 sudu baking soda ke dalam tab mandi  berisi air panas dan rendam kaki anda, gosok perlahan-lahan. Tips ini bagus untuk melembutkan kaki anda.

13. Membuat scrub pada permukaan

Baking soda bagus untuk membersihkan tab bilik mandi, jubin, permukaan lantai lantai dan dinding. Ia menjadikan permukaan akan  berkilat. Anda hanya meletakkan baking soda ke atas span bersama-sama dengan sabun dan gosok permukaan seperti biasa.

14. Pencuci pinggang mangkuk

Hanya tambah 2 sudu baking soda ke atas sabun pencuci pinggang mangkuk biasa  dan ia amat berkesan untuk menanggalkan minyak yang sukar ditanggalkan pada periuk, kuali, mangkuk dan pinggan.

15. Menghilangkan bau pada span

Rendamkan span yang berbau basi ke dalam larutan baking soda untuk menghilangkan bau  dengan merendamkannya dengan 4 sudu baking soda dan satu liter air hangat.

16. Membersihkan microwave

Letakkan baking  soda pada span yang lembap dan gunakan untuk membersihkan microwave dengan membersihkan perlahan-lahan ke dalam dan  luar microwave. Cara ini akan menghilangkan bau yang terdapat di dalam microwave anda.

17. Mengilatkan permukaan silver/perak

Dengan mengunakan 3 bahagian pes baking soda dan 1 bahagian air yang diletakkan pada span, gosok permukaan perak sehingga berkilat.

18. Membersihkan gelas yang mengandungi sisa kopi atau tea

Kadang-kadang, terdapat gelas yang kita gunakan di rumah terlupa untuk membasuhnya dengan segera menyebabkan sisa kopi atau tea pada gelas sukar untuk dicuci kerana ianya telah mengeras dan melekat pada permukaan gelas.

Dengan menggunakan  baking soda, anda  dapat membersihkan kotoran pada  gelas dengan mudah, caranya, anda hanya meletakkan ¼ baking soda dan seliter air suam dan bilas pada kotoran dengan menggunakan span.

19. Membersihkan lantai

Baking soda juga amat bagus untuk membersihkan lantai dan mengilatkanya, dengan hanya menggunakan ½ cawan baking soda ke dalam baldi yang diisi dengan air suam, anda boleh mebilas sehingga bersih dan berkilat lantai di rumah anda.

20. Membersihkan perabot

Anda juga boleh membersihkan perabot dengan baking soda. Dengan menggunakan span yang telah diletakkan baking soda, anda boleh menggosok ringgan pada permukaan perabot dan biarkannya sehingga kering. 

21. Meningkatkan kualiti cucian pada pakaian anda

Baking soda amat bagus untuk meningkat kualiti cucian anda dengan hanya menambah ½ cawan ke dalam mesin basuh yang telah ditambahkan dengan serbuk pencuci kain biasa. Ia menyeimbangkan  pH yang lebih baik di dalam basuh untuk mendapatkant pakaian bersih, lebih segar dan cerah.

Lain-lain kegunaan baking soda

Sebenarnya, terdapat begitu banyak lagi kegunaan baking soda, yang tidak dinyatakan disini seperti kebolehan membersihkan lampin yang berbau, membersihkan perlalatan sukan, membersihkan tumpahan minyak, meneutralkan kakisan asid bateri pada kereta, membersihkan lampu kereta anda, krom, tingkap, tayar, tempat duduk vinil dan tikar, membersihkan peti sejuk anda, meneutralkan bau pada longkang, menghilangkan bau dari karpert, menghilang bau pada vakum, menghilangkan bau dari tempat tidur haiwan  peliharaan, menghilangkan bau pada kasut dan bermacam-macam lagi.

Secara ringkasnya, baking soda amat ampuh untuk meneutralkan bau, dan sebagai kuasa pembersihan yang bagus. Adalah penting bagi anda untuk menyediakan baking soda di rumah anda untuk kegunaan sehari-hari. - Care2 / Thankyourbody.

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.