Cara Pantas Halau Semut Dalam Gula - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Saturday, June 30, 2018

Cara Pantas Halau Semut Dalam Gula

Adakalanya kadang-kadang kita merasa  geram apabila semasa kita ingin mengambil gula di dalam balang untuk membuat air kopi pada waktu pagi, terdapat semut di dalam balang tersebut.

Hilang terus ‘mood’ nak minum bukan? Semut bersuka ria di dalam balang banyak pula tu, dan sesetengah dari kamu mungkin akan membuang terus gula itu ke dalam tong sampah dan buka plastik gula yang baru.

Sabar dulu, jangan terus buang gula tersebut kerana terdapat beberapa tips dan petua  cara halau semut dalam gula yang paling pantas dan hanya dalam 1 minit sahaja, semut-semut akan bertempiaran lari dari gula tersebut.

Petua-petua cara halau semut

Baik berikut adalah beberapa tips yang boleh kita amalkan apabila semut-semut datang di dalam bekas simpanan gula  dan seterusnya menghalau semut tersebut.

1. Ketuk dengan sudu

Ini adalah cara yang paling cepat sekali, anda hanya mengetuk dengan sudu dalam beberapa kali pada balang gula dengan sudu, dan anda akan dapati semut-semut yang berada di dalam gula akan beredar dengan segera.

Jika gula anda berada di dalam plastik, sama seperti kaedah tadi, anda hanya perlu lakukkan tepukan beberapa kali pada beg plastik gula.

2.Cengkih

Hanya letakkan beberapa biji cengkih di dalam beg gula atau tempat anda menyimpan gula dan anda akan dapati semut-semut akan melarikan diri dengan segera sebaik terhidu bau cengkih yang kuat.

Tips ini terpakai juga untuk beg gula dimasuki semut yang berukuran besar umpamanya 10 kg keatas. Tipsnya mudah, semut tidak menyukai bau cengkih.

 3. Haba panas

Semut takutkan haba. Anda hany perlu letakkan gula ke dalam pinggan kaca, kemudian pasang api pada gas cooker anda dan letakkan pinggan yang mengandungi gula berhampiran dengan gas cooker.
Semut
Photo by, MK817, Licenced Via Creative Commons
Apabila pinggan yang dimasukki semut tadi itu mula panas oleh haba api gas cooker, semut-semut akan segera melarikan diri dari gula tersebut.

4. Gengam gula dan tiup

Idea ini agak kelakar tetapi terdapat idea yang mencadangkan cara ini. Gula yang dimasuki semut, anda hanya letakkan pada gengaman tangan anda dan jatuhkan secara sedikit demi sedikit pada pinggan kosong sambil meniup pada arah gula tersebut, anda dapati semut akan bertempiaran lari.

5. Masukkan ke dalam freezer

Ya, hanya masukkan tempat menyimpan gula anda ke dalam freezer peti sejuk selama 30 saat dan letakkan semula ke tempat yang terbuka. Semut-semut yang mula terasa haba sejuki akan melarikan diri.

Bagi idea yang agak kejam, anda boleh letakkan  balang  gula di dalam peti sejuk semalaman dan semut-semut akan mati dan  barulah anda mengasingkan semut yang mati tadi bersama-sama dengan gula.

6. Dedahkan pada cahaya matahari

Buka penutup balang gula yang dimasuki semut dan dedahkan pada pancaran cahaya matahari. Kurang dari seminit anda dapati semut-semut akan meninggalkan baling gula tersebut.

7. Tadahkan balang gula ke air paip yang mencurah

Untuk melakukkan cara ini, tutup balang gula yang dimasuki semut  secara rapat-rapat, pasang air paip di rumah anda dan pastikan pancuran air paip dihalakan pada balang gula.

Lakukkan cara ini 20-30 saat dan seterusnya buka penutup balang gula, anda akan dapati kesemu semut akan keluar dari balang tersebut.

8. Cili kering

Sama seperti  cengkih itu tadi, hanya letakkan beberapa tangkai cili kering  di dalam beg gula atau balang gula dan anda akan dapati semut-semut akan melarikan diri dengan segera sebaik terhiu bau cili kering yang menyengat.

Tips elakkan semut memasuki rumah anda

Sebenarnya semut datang ke rumah anda disebabkan adanya sumber makanan yang mudah diperolehi di dalam rumah anda.

Untuk mengelakkan semut-semut ini sentiasa berada di rumah, perlunya anda mengamalkan kebersihan. Anda hanya perlu mengamalkan tips yang disarankan ini untuk memastikan semut tidak datang ke  rumaha anda selama-lamanya.

1. Jaga kebersihan rumah

Pastikan di dalam rumah anda terutamanya  pada bahagian dapur dibersihkan dengan segera kerana selalunya ramai dari anda akan meletakkan makanan di bahagian ini.
Semut ini amat sensitif pada makanan terutamanya manisan. Oleh itu, masukkan kesemua makanan ke dalam bekas yang tertutup.

2. Sentiasa tutup rapat balang gula anda

Jangan sekali-sekali membuka penutup balang gula di dalam jangkan masa yang lama kerana semut akan menjumpainya dan akan memasuki balang tersebut dengan bersama semut-semut yang lain.

3. Bersihkan segera manisan yang tertumpah

Orang mengatakan, semut tidak pernah berhenti mencari makanan. Sekiranya terdapat manisan yang tertumpah di dalam rumah anda, pastikan anda membersihkan tumpah tersebut dengan segera  kerana ia akan mengundang kehadiran semut.

4. Buang segera sisa makanan

Selain manisan makanan yang tertumpah, sisa-sisa makanan yang tidak dibuang dengan segera akan mengundang kehadiran semut.

Semua sisa makanan harus dimasukkan ke dalam plastic sampah dan wajib dibuang segera ke dalam tong sampah di luar rumah anda.

5. Lakukkan semburan anti serangga

Jika anda melakukkan pemerhatian secara teliti pada dinding rumah anda, terdapat laluan yang sering digunakan oleh semut untuk memasuki rumah anda. 

Laluan-laluan semut ini perlu anda sembur dengan alat semburan anti serangga untuk mengelakkan seranggan kembali semula mencari makanan ke dalam rumah anda.

Di pasaran terdapat banyak spray penyembur serangga semulajadi yang begitu berkesan sekali untuk menghalau semut umpamanya serai wangi. 

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.