Apa Maksud Cinta - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Sunday, June 10, 2018

Apa Maksud Cinta

Cinta adalah mengenai sesuatu perasaan emosi yang kuat dialami oleh manusia, ianya mengenai tingkah laku, mengenai kepercayaan yang dikaitkan dengan sesuatu perasaan kasih sayang, perlindungan, kehangatan, pengorbanan, lemah lembut, sabar, dan juga rasa hormat kepada orang lain.

Sebenarnya,  pengertian cinta ini bukan hanya ditujukan kepada manusia sahaja, tetapi ia juga boleh ditujukan kepada haiwan, mengenai prinsip, serta kepercayaan kepada agama. Misalnya, suka kepada kucing, suka mengenai kebebasan, ataupun mencintai Tuhan.

Tetapi apa yang peliknya, hampir kebanyakan orang tidak mengetahui apa itu cinta. Mungkin, pertanyaan seperti ‘kenapa sukar untuk saya mencari cinta? Ini  sesuatu pertanyaan yang mungkin agak mudah difahami, sekiranya ‘cinta’ itu tidak sama dengan perasaan cinta seseorang.

Apa maksud cinta? Pengertian cinta.

Cinta adalah sebuat topik yang begitu besar sekali pengertiannya. Ianya menjadi perdebatan oleh ramai ahli-ahli falsafah, penulis, penyair, dan juga saintis mengenai takrifannya.
Apa Maksud Cinta
Walaubegitu, semua golongan ini setuju, cinta itu adalah mengenai satu perasaan kasih sayang yang kuat tentang sesuatu atau seseorang, tetapi, pengertian yang tepat tentangnya, masih banyak yang berselisih faham.

Misalnya begini, ‘saya mencintai kamu’,tetapi  tidak semua berpendapat yang sama dengan pengertian ayat ini. Apa pun cinta itu mungkin merangkumi beberapa elemen-elemen ini:-
  1. Bersedia untuk mengutamakan kebahagian orang lain berbanding diri sendiri.
  2. Sesuatu perasaan yang melampau, kasih sayang, untuk memenuhi keperluan diri.
  3. Perasaan yang dapat dirasakan, rasa hormat yang dramtik dan juga secara tiba-tiba.
  4. Emosi yang amat melegakan disebabkan penjagaan kasih sayang berterusan.
  5. Satu perasaan yang kuat untuk berkomitmen, misalnya menghormati, menjaga orang lain contohnya di dalam perkhawinan ataupun semasa menjaga anak.
Tahukah anda, terdapat begitu banyak perdebatan tentang sama ada cinta itu adalah pilihan, kekal atau seketika, dan sama ada cinta antara anggota keluarga dan pasangan adalah secara biologi telah diprogramkan atau budaya yang didoktrinasi.

Pengertian cinta boleh berbeza-beza dari pelbagai orang dan begitu juga dengan budaya. Setiap perdebatan mengenai cinta mungkin tepat pada masanya bagi sesetengah tempat. Sebagai contoh, dalam sesetengah keadaan, cinta mungkin menjadi pilihan manakala pada orang lain pula, ia mungkin tidak dapat dikawal.

Cinta vs nafsu (cinta berbanding nafsu)

Baik, kita berbicara pula mengenai cinta dan juga nafsu, ini berlaku semasa di peringkat awal hubungan, iaitu amat sukar untuk mengatakan perbezaan antara cinta dan nafsu.

Di antara pasangan, kedua-duanya dikaitkan dengan tarikan fizikal yang  tergesa-gesa, ianya umpama  bahan kimia yang sangat baik, ditambahi pula dengan keinginan yang mendalam untuk lebih dekat dengan orang lain, tetapi selalunya cinta yang mampu bertahan lama adalah berdasarkan kasih sayang.

Cinta merupakan sesuatu yang dibentuk diantara dua pasangan dan cinta itu berkembang dari masa ke semasa melalui perkenalan yang lebih rapat, perjalanan hidup bersama-sama dan segalanya dikongsi bersama. Hubungan ini melibatkan komitmen, saling percaya-mempercayai dan penerimaan yang seadanya.

Berbanding dengan nafsu pula, ia dikatakan mempunyai kaitan dengan sensasi yang didorong oleh keinginan untuk menghasilkan hubungan intim  terhadap seseorang yang disukainya. Nafsu dicirikan oleh hormon seks dan keghairahan idealis, menyebabkan telah membutakan kita keupayaan untuk melihat siapa sebenarnya orang itu dan akibatnya hubungan tidak akan berkekalan.

Misalanya kita ambil situasi contoh ini. Hidayah mempunyai sesuatu hubungan yang komited dengan Azman, dan di dalam hubungan mereka, keinginan seksualnya semakin pudar dan berkurangan. Hidayah masih mendapati dia masih menyukai dan masih peduli mengenai Azman  tetapi dia sering kali merasa gelisah dan tidak puas dengan hubungan fizikal mereka.

Satu hari, Hidayah telah bertemu dengan Hafizan dan dia mula tertarik dengan lelaki ini. Bahan kimia di dalam otaknya mula menghantar isyarat untuk mendekati lelaki baru yang dikenalinya itu walaupun masih belum mengenali sepenuhnya.

Dalam  contoh ini,  hubungan  yang sedia ada tidak mampu lagi untuk meningkatkan hubungan yang lebih intim disebabkan nafsu telah mengatasi untuk kenalan yang baru dikenali.

Apa yang mungkin kita lihat, senario perhubungan intim yang benar-benar ideal adalah melibatkan gabungan seimbang diantara cinta dan nafsu. Apabila gabungan ini mula bersatu, ia adalah petanda awal dan amat penting bagi perkongsian jangka panjang.

Amalan ini perlu diterapkan bagi pasangan yang komited terutama sekali bagi pasangan yang telah berkhawin.

Cinta dan kesan kepada kesihatan mental.

Walaupun hampir tiada siapa yang boleh bersetuju dengan satu definisi cinta, kebanyakan orang bersetuju bahawa cinta memainkan peranan penting dalam kesejahteraan fizikal dan psikologi. Kajian telah menunjukkan manfaat cinta itu terlalu banyak.

Sekiranya cinta itu tidak disemai dengan baik, ia akan memberikan kesan yang tidak baik kepada psikologi dan kesihatan fizikal seseorang, misalnya contoh  seperti berikut:-
  1.  Fakta telah menunjukkan bahawa bayi yang tidak ditunjukkan cinta dan kasih sayang dalam bentuk panggilan  dan penjagaan yang baik boleh menyebabkan dirinya sakit.
  2. Rasa tidak disayangi selalunya sering dikaitkan dengan perasaan rendah diri dan juga akan menyebabkan kemurungan.
  3. Individu yang merasa dirinya dicintai oleh orang lain akan lebih cenderung untuk bahagia.
Apa yang kita lihat, cinta itu amat  memainkan peranan penting bagi kesihatan untuk  jangka masa yang panjang, dan tahukah anda emosi dan perasaan yang disebabkan oleh cinta yang berputik dapat membantu meningkatkan imuniti.

7 perkataan Greek kuno yang  menentukan perbezaan cinta berlainan:

Melalui penelitian merujuk kepada tamadun Greek kuno, tamadun ini telah membahagikan  mengenai  perbezaan cinta dengan 7 perkataan yang memberikan gambaran cinta yang berlainan bergantung kepada situasi dan kehidupan manusia itu sendiri.

Kasih sayang semulajadi, cinta yang anda kongsi dengan keluarga anda.

Cinta yang anda ada untuk rakan-rakan.

Cinta mengenai keinginan seksual dan erotik  (positif atau negatif)

Ini adalah cinta tanpa syarat, atau cinta ilahi

Ludus
Ini cinta umpama cinta pandang pertama, seperti cinta yang menggoda.

Pragma
Cinta lama. Cinta dalam pasangan suami isteri.

Cinta diri (negatif atau positif)

Dari 7 perkataan perasaan cinta ini, ia secara jelas telah menggambarkan, cinta yang anda rasa untuk pasangan anda tidak sama seperti cinta yang anda rasa untuk ibu anda. Malah cinta untuk pasangan anda akan berubah mengikut masa. Anda merasakan emosi yang berbeza di dalam satu-satu situasi dan orang yang berbeza.

Dengan cinta, anda akan perolehi apa yanga anda terapkan

Cinta adalah sebuah emosi dalam tindakan. Anda boleh belajar bagaimana merasakan dan memupuk cinta anda, mula-mula belajar dan ketahui keadaan cinta yang berbeza. Ketahui juga bagaimana mengenali mereka apabila anda merasakannya cinta itu. Kemudian anda pergi dan berkongsi cintamu dengan orang lain.

Cinta antara dua orang hanya boleh bermula jika interaksi berdasarkan kebenaran, kepercayaan dan penghormatan. Itulah sesuatu yang anda mulakann dan ini penting untuk menumbuhkan kasih sayang antara dua  pasangan. Jika orang lain memberi  respon mengenai cinta yang anda berikan, maka anda mula merasakan cinta di antara satu sama lain dan ia akan terus berkembang.

Tidak sukar untuk memahami cinta, jika anda tahu bagaimana cinta itu bekerja

Sangat mudah untuk jatuh cinta dengan seseorang, jika ia sesuai dengan kehendak anda, yang amat sukar adalah untuk kekal  di dalam percintaan itu. Tetapi sebaliknya pula, jika anda sukar untuk terus jatuh cinta dengan seseorang, ia bermakna, itu bukanlah cinta di dalam hidup anda.

Percintaan itu adalah satu pengalaman. Cinta itu sentiasa cantik, lemah lembut, sabar dan sederhana, jika tidak cantik, itu bukan namanya cinta. Masa akan terus berjalan dan kadang-kadang, cinta akan boleh menjadi pudar.

Adalah lebih baik anda pergi apabila anda tidak merasakan apa-apa dan merasakan ianya bertentangan dengan cinta. Baca juga, 12 cara melupakan seseorang yang kita cintai.

Jika anda ingin mencari cinta di dalam hidup anda, sedar lah bagaimana menggunakan cinta itu, katakanlah dan berfikirlah anda ingin mencari cinta dan bukannya hubungan yang biasa dan anda akan dapat apa yang anda cari.

Rujukan:- Goodtherapy / Huffingtonpost 

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.