Ketahui Tanda-Tanda Absorber Rosak Pada Kereta Anda - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Thursday, May 24, 2018

Ketahui Tanda-Tanda Absorber Rosak Pada Kereta Anda

Mungkin sudah tiba masanya untuk mengantikan absorber anda dan anda ingin tahu apakah tanda-tanda absorber rosak yang secara tidak langsung  menunjukkan masalah kepada kenderaan anda. Walau begitu terlebih dahulu, anda perlu sedikit tahu bagaimana absorber ini dicipta.

Absorber ini dicipta bagi membantu menjaga tayar kereta semasa berada di atas jalan yang bergelombang serta pemandu dapat mengendalikan kenderaan tersebut dengan sempurna.

Rod dan shock pada absorber direka bentuk sama, kecuali berat kenderaan pada rod itu sendiri sementara shock  hanyalah hubungan antara dua bahagian penggantungan.

Di dalam absorber  terdiri daripada silinder yang dipanggil tabung rizab yang dipenuhi dengan cecair hidraulik, satu lagi tiub yang dipanggil silinder tekanan dalam silinder itu, sebuah omboh yang bergerak melalui cylinder inner, dan valving pada meter aliran bendalir dari satu sisi omboh ke sisi yang lain semasa melalui bonggol jalan. Ia dilekatkan pada kenderaan menggunakan bolt dan bushing getah.

Terdapat pelbagai petanda-petanda absorber  anda akan mengalami masalah dan berikut adalah gejala yang anda boleh rasakan bagi anda sendiri menentukan absorber anda berfungsi dengan baik atau sebaliknya.

1. Anda merasakan getaran semasa memandu
Sekiranya seal omboh di dalam shock semakin haus dan kedudukannya telah berubah dari kedudukan asal, ini menyebabkan bendalir mengalir tidak terkawal melepasi injap atau seal omboh dan ini menyebabkan semasa anda melepasi jalan yang berbonggol, anda akan merasai hentakan yang agak kuat dan gegaran pasa stering kereta anda.

2. Perubahan arah secara tiba-tiba
Jika seal atau injap di dalam shock berubah dan aliran bendalir tidak terkawal walaupun hanya menggerakan stereng sedikit. Ini bermakna, jika anda mengambil kedudukan ke kanan misalnya, maka berat kenderaan itu akan beralih sukar ke kiri dan anda perlu membetulkannya.
Photo by, Tommy Wong, Licenced Via Creative Commons
Apabila anda menekan brek, kenderaan anda berhenti dalam keadaan yang anda rasakan tidak normal daripada kebiasannya  seolah-olah terdapat perubahan arah secara tiba-tiba.

3. Semasa anda menekan brek,  ia seolah-olah ianya tidak berfungsi dengan sempurna
Ini disebabkan terdapatnya masalah pada rod omboh yang tidak terkawal pada absorber anda dan anda akan merasakan  brek anda tidak berfungsi dengan begitu baik semasa anda cuba menghentikan kenderaan anda semasa memandu.

4. Menyebabkan permukaan tayar yang tidak sekata
Gegaran disebabkan absorber yang tidak lagi berfungsi dengan baik  tidak dapat menahan tayar dengan kuat di permukaan jalan. 

Ini menyebabkan tayar akan sedikit melantun apabila kenderaan bergerak di atas permukaan jalan dan menyebabkan permukaan tayar kereta anda akan menjadi tidak sekata dan seterusnya jika dibiarkan tanpa apa-apa tindakan, tayar anda akan mengalami kehausan yang teruk.

5. Kebocoran cecair pada absorber
Tanda-tanda yang paling ketara sekali apabila absorber anda mengalami masalah adalah apabila terdapatnya lelehan minyak pada absorber anda. Jika terjadi hal tersebut, ia menandakan absorber anda telah mengalami kebocoran.

Hal ini akan menyebabkan semasa anda melalui bonggol pada permukaan jalan, anda akan rasakan terdapatnya hentakan yang agak kuat  disebabkan absorber anda telah kehilangan fungsinya disebabkan kebocoran minyak.

6. Bushings getah retak
Melalui absorber anda, shock pada attachment points memiliki brushings getah dan sekiranya benda ini retak ataupun pecah anda akan mendengar seperti torehan semasa memandu melalui  jalan yang berbonggol.

Jika anda mengalami mana-mana gejala yang kami sebutkan diatas, anda disarankan dating ke mana-mana bengkel berhampiran untuk pemeriksaan yang lebih lanjut dan sekiranya boleh, minta lah nasihat kepada mekanik tersebut untuk mendapatkan nasihat absorber yang baik untuk kenderaan anda. - Yourmechanic.

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.