Bagaimana Mengetahui Tanda Clutch Plate Nak Habis - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Friday, May 25, 2018

Bagaimana Mengetahui Tanda Clutch Plate Nak Habis

Tahukah anda, clutch plate adalah antara bahagian yang paling penting sekali dari kenderaan anda , tanpa itu, anda tidak boleh menukar antara gear pada kenderaan anda. Seperti kebanyakan komponen kereta anda, mungkin clutch plate anda mungkin haus dari masa ke masa, dan anda perlu peka mengenai hal ini.

Untuk mengetahui tanda clutch plate nak habis, terdapat beberapa gejala yang perlu anda tahu dan perhatikan. Sekiranya terdapat gejala-gejala ini, mungkin anda harus mengantikan clutch plate anda dengan segera.

Sebenarnya apakah fungsi clutch plate?

Seperti yang kita sendiri maklum, secara ringkasnya, fungsi clutch adalah untuk memisahkan enjin dari roda itu sendiri dan membolehkan anda menukar gear serta  kenderaan anda akan bergerak lancar semasa enjin bergerak.

Mari kita belajar sedikit pengetahuan asas bahagian utama clutch ini. Clutch terdiri tiga kompenen utama iaitu,

- Plate clutch
- Plate Pressure
- Flywheel

Apabila anda menekan pedal clutch melalui kaki anda, spring akan menekan ketiga-tiga bahagian utama ini supaya enjin dan transmisi gear dapat berputar pada kelajuan yang sama. 
clutch plate
Photo by, nzhamstar, Licenced Via Creative Commons
Jika anda menekan kaki anda ke atas pada pedal clutch,  spring akan menarik plate pressure  dari plate clutch, supaya flywheel  dan plate pressure berputar pada kadar yang berbeza, membolehkan anda dapat menukar gear dengan sempurna dan lancer tanpa sebarang masalah.

Sepatutnya berapa lama clutch plate boleh bertahan terhadap sesebuah kenderaan?

Sebenarnya, terdapat banyak sekali faktor yang menyumbang kepada seberapa lama clutch plate itu mampu bertahan tetapi untuk pengetahuan anda, clutch plate direka mampu bertahan sehingga 50,000 km hingga 100,000 km ataupun lebih dari itu.

Ketahanan clutch plate itu sebenarnya bergantung kepada gaya pemanduan anda misalnya jika anda kerap memandu di kawasan bandar sudah tentunya anda kerap menggunakan clutch anda dan inilah factor utama penyumbang kecepatan clutch anda menjadi haus kerana anda sering menekan clutch ke dan menukar ke gear rendah.

Berikut adalah gejala-gejala yang perlu anda perhatikan terhadap clutch plate anda yang mungkin memerlukan pengganti clutch plate yang baru.

1. Clutch terlalu lembut dan longgar apabila anda menekan pedal clutch

2. Anda mendengar sesuatu bunyi apabila menekan pedal clutch

3. Anda mampu menghidupkan enjin secara normal tetapi apabila anda bergerak, kereta anda hilang ‘pick up’ atau hilang pecutan, lemah.

4. Anda sukar untuk menukar gear

5. Clutch plate 'tergelincir', menyebabkan kehilangan pecutan persaat

Sekiranya kenderaan anda mengalami gejala-gejala yang dinyatakan ini, anda disaran untuk melakukkan pemeriksaan terhadap kenderaan anda dengan segera  dengan menghantar kereta anda ke bengkel.

Selalunya, mekanik akan melakukkan ujian terlebih dahulu terhadap kenderaan anda, dan sekiranya benar, clutch anda mengalami masalah, mekanika akan memberi saranan untuk menukar clutch anda dengan segera. - Halfordsautocentres.

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.