Home » , » Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan

Adakah anda berminat untuk membuat pinjaman peribadi di bank? Setiap dari anda tentunya mempunyai banyak sebab kenapa anda ingin melakukkan pinjaman peribadi di bank, misalnya ingin melanjutkan pelajaran, ingin menyiapkan rumah, dan pelbagai sebab lagi.

Untuk membuat pinjaman peribadi melalui instutusi kewangan tempatan khususnya kakitangan kerajaan memerlukan beberapa syarat yang perlu dipatuhi untuk membolehkan anda melakukkan pinjaman peribadi tersebut. Antara syaratnya adalah dokumen yang diperlukan harus mencukupi, gaji kasar memenuhi syarat pinjaman, dan lain-lain lagi.

Sebagai pengetauhuan anda berikut adalah penerangan yang agak detail apakah persediaan yang perlu anda sediakan sebelum melakukkan permohonan pinjaman peribadi. Pengetahuan asas ini membolehkan anda tahu awal mengenai dokumen-dokumen yang diperlukan.

Ketahui had kelayakan anda
Sebelum anda ingin melakukan permohonan pinjaman peribadi, hubungi pihak bank dahulu ataupun datang sendiri ke bank untuk bertanya mengenai had kelayakan pinjaman yang anda boleh buat dengan membawa salinan slip gaji terbaru anda dan dan jangan lupa juga bertanya kepada mereka mengenai dokumen-dokumen yang diperlukan.

Penyediaan Slip Gaji terbaru untuk tiga bulan
Kebanyakan bank mensyaratkan kepada semua kakitangan kerajaan yang ingin melakukkan pinjaman peribadi di bank harus mengemukakan slip gaji terbaru bagi tiga bulan yang terakhir. Misalnya jika anda memohon pinjaman kewangan peribadi pada bulan ogos, anda harus menyediakan slip gaji bagi bulan mei, june, dan ogos.
Photo by, TheDigitalArtist / Pixabay, Licenced Via Creative Commons.org
Kesemua salinan slip gaji ini harus disahkan oleh majikan anda, misalnya jika anda bekerja di Jabatan Imigresen, anda harus meminta pengesahan dari ketua anda bagi setiap salinan slip gaji tersebut. Walau begitu adalah lebih baik anda meminta tandatangan dari ketua anda berserta dengan borang permohonan pinjaman.

Borang-borang permohonan pinjaman
Jika anda datang sendiri ke bank untuk mendapatkan borang permohonan, bertanya dahulu kepada staff bahagian pinjaman dimana butiran di dalam borang perlu diisi dan juga bahagian yang perlu ditandatangani oleh majikan anda.

Bertanya mengenai pengisian borang sebagai memudahkan anda untuk mengisi borang itu nanti. Apabila anda telah siap untuk mengisi borang pinjaman tersebut anda boleh membawanya kepada majikan anda untuk ditandatangani dan seterusnya menghantar kepada pihak bank untuk proses selanjutnya.

Salinan Mykad/Waran Kad Polis/MyTentera
Selain borang-borang permohonan yang perlu diisi, anda juga harus melakukkan fotokopi Mykad anda, Waran Kad Polis jika anda adalah Polis, MyTentera jika anda adalah anggota tentera.

Walau begitu, anggota tentera dan polis agak susah untuk melakukkan pinjaman peribadi di bank disebabkan mereka mempunyai koperasi pinjaman kewangan sendiri. Kesemua salinan fotokopi ini harus ditandatangani oleh majikan anda sebagai pengesahan.

Pengesahan borang berpencen
Sesetengah bank akan meminta borang opsyen berpencen dari anda. Oleh itu anda harus berjumpa kerani di pejabat rekod anda untuk mendapatkan salinan borang opsyen berpencen yang anda telah pilih dan salinan opsyen ini harus ditandatangani oleh majikan anda sebagai pengesahan.

Pengesahan anda bekerja di jabatan anda
Pihak bank bahagian pinjaman juga mewajibkan kepada semua permohon pinjaman peribadi yang melalukkan permohonan pinjaman pada kali pertama harus mengemukkan satu surat yang mengesahkan anda bekerja di jabatan kerajaan.

Misalnya jika anda bekerja di Jabatan Imigresen, anda harus mendapatkan satu surat bahawa anda adalah staff Imigresen di jabatan tersebut dan surat ini harus ditandatangani oleh majikan anda sebagai pengesahan.

Penjamin
Sekiranya anda masih baru di jabatan anda dan masih belum disahkan jawatan, selalunya pihak bank mensyaratkan seorang penjamin yang bekerja di jabatan kerajaan untuk mengukuhkan permohonan pinjaman peribadi yang telah anda mohon.

Jika anda telah pun lama berkhidmat di jabatan anda, pihak bank tidak memerlukan penjamin dan anda sendiri lah penjamin mengenai permohonan tersebut, maksudnya terdapat insuran yang akan 'cover' pinjaman anda sekiranya berlakunya masalah pembayaran pinjaman itu nanti.

Proses tandatangan agrement
Apabila anda telah menyediahkan kesemua dokumen yang diperlukan dan borang-borang yang telah diisi, anda harus menghantar borang dan dokumen ke bahagian pinjaman peribadi. Pihak mereka akan melakukkan semakan terlebih dahulu dan sekiranya kesemua dokumen telah lengkap, pihak mereka akan memproses dengan segera permohonan anda.

Pihak bank bahagian pinjaman memerlukan masa beberapa hari untuk pemprosesan permohonan anda dan apabila mereka telah selesai, mereka akan menghubungi anda sama ada permohonan pinjaman anda telah diluluskan ataupun tidak diluluskan.

Sekiranya permohonan pinjaman anda diluluskan, anda akan diarahkan datang ke bank untuk proses tandatanga borang perjanjian / agrement. Selesai sahaja proses tandatangan agrement, pihak bank akan memasukkan sejumlah wang pinjaman peribadi ke akaun anda dengan kadar yang segera.



Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.