Home » , , » Cara Pilih Minyak Wangi Kereta Terbaik Di Pasaran

Cara Pilih Minyak Wangi Kereta Terbaik Di Pasaran

Adakah anda tercari-cari minyak kereta yang terbaik di pasaran? Kita tahu kebanyakan dari anda mahukan kereta anda berbau segar sepanjang masa. Walau begitu anda tidak tahu bagaimana untuk melakukkan pilihan minyak wangi untuk kereta anda sebagai penyaman udara.

Oleh itu, tipsnya disini, perlunya anda tahu terlebih dahulu bagaimana minyak wangi kereta berfungsi dan juga jenis-jenis minyak wangi yang banyak dijual di pasaran. Ianya penting untuk diketahui untuk melakukkan pilihan yang tepat dan sesuai untuk kereta anda berdasarkan jenis minyak wangi yang dijual.

Minyak wangi jenis Hanging Cardboard
Minyak wangi kereta jenis ini adalah minyak wangi yang paling biasa sekali iaitu berupa kadbod dan digantungkan di mana-mana kawasan dalam kenderaan anda dan selalunya digantungkan di kawasan back mirror kereta anda.

Minyak wangi jenis ini adalah tepu dan berupa minyak yang mempunyai pelbagai aroma, walau begitu, wangiaan agak kurang disebabkan bukaan wangiaan yang terhad walaupun jangka hayat yang agak lama.

Minyak wangi jenis tin aerosol
Minyak wangi kereta jenis ini pula adalah berupa tin jenis semburan dan tidak perlu diletakkan ke dalam kereta anda, dimana cara penggunaanya adalah melakukkan semburan ke sudut yang diinginkan.
Photo by Mareefe from Pexels
Sekiranya anda mahukan wangian dengan segera kereta anda, atau kereta anda memiliki bau yang kurang menyenangkan, minyak wangi ini lah yang paling sesuai, walau begitu, minyak wangi ini tidak mampu bertahan lama, dan harus melakukkan semburan semula apabila wangian telah hilang.

Minyak wangi jenis vent stick
Penyaman udara jenis ini paling kerap digunakan oleh orang ramai dan banyak dijual di pasaran dimana minyak wangi ini berfungsi melalui semburan angin aircond kereta anda. Minyak wangi ini akan dilekatkan  pada saluran aircond kereta anda dan mumpunyai pelbagai aroma wangian.

Minyak wangi jenis ini mempunyai ketahanan yang baik dan mampu bertahan sehingga 2 bulan ataupun lebih.

Minyak wangi jenis tin
Penyaman udara jenis tin adalah minyak wangi berupa tin kecil dimana kandungan wangian adalah bau yang berasaskan gel. Jenis ini bukan sahaja boleh digunakkan di dalam kenderaan tetapi di pejabat, rumah, ataupun di tempat-tempat yang lain.

Minyak Wick (Oil Wick)
Minyak wangi jenis ini adalah yang paling popular sekali bukan sahaja kerana ketahannya tetapi  cara penggunaan yang lebih simple dimana hanya perlu diklipkan ke dalam bahagian lubang saluran udara. Minyak wangi jenis ini juga amat sesuai untuk kereta MPV dan juga kereta yang mempunyai ruangan yang luas.

Penyaman udara jenis Auto Plug-In
Adakah anda tahu tempat pencucuh / pembakar rokok di dalam kereta anda? Di kawasan ini lah penyegar udara diletakkan untuk memperolehi kuasa elektrik untuk membolehkan wangian berfungsi. Minyak wangi jenis ini akan mengeluarkan wangian yang begitu menyegarkan dan memenuhi di ruangan dalam kereta anda.

Tips mengenai minyak wangi kereta
Minyak wangi kereta banyak dijual di kawasan pasaraya, supermarket, kedai asesori kereta, web-edagang (beli belah online), dan juga kawasan stesen minyak.

Pilih lah aroma minyak wangi yang anda sukai dimana kebanyakan minyak wangi kereta mempunyai aroma seperti wangian bunga-bungaan, rempah-rempah, rumput alpine, laut, dan pelbagai lagi.

Sekiranya anda mempunyai masalah seperti algerik atau alahan terhadap aroma, dinasihatkan anda mengelakkan untuk menggunakan apa jua pewangi kereta.

Sekiranya anda memiliki kereta kecil, pastikan memilih minyak wangi dari wangian yang kurang dan sekiranya anda memiliki kereta yang besar, anda harus memilih minyak wangi yang agak kuat baunya untuk mengekalkan wangian yang berterusan pada kereta anda. - Maacofranchise.



Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.