Home » , » Cara Mengecilkan Size Foto Secara Online Dan Percuma

Cara Mengecilkan Size Foto Secara Online Dan Percuma

Kadang-kadang setiap foto milik kita sendiri atau foto daripada internet mungkin kita ingin mengecilkan saiz foto untuk kegunaan kita sendiri disebabkan pelbagai sebab-sebab yang tertentu.

Sebenarnya, jika anda memiliki komputer, laptop, ataupun telefon pintar, anda boleh menggunakan banyak aplikasi daripada gadget itu sendiri untuk mengecilkan setiap foto kita dengan secara manual.

Walau begitu masih terdapat cara yang lebih mudah untuk mengecilkan size foto dengan melalui pihak ketiga iaitu melalui web yang menyediakan  perkhidmatan mengecilkan foto dengan secara percuma sahaja.

Cara-cara mengecilkan saiz photo paling mudah

Jika anda mempunyai masa yang terhad untuk mengecilkan setiap foto anda dengan cara yang manual, mari kita belajar bagaimana untuk mengecilkan saiz foto anda dengan secara online sahaja. 

Baik, pada komputer ataupun laptop anda, pastikan adanya sambungan internet kerana mengecilkan saiz foto dengan secara online memerlukan sambungan internet.

Pertama sekali, pergi ke alamat ini dahulu, http://jpeg-optimizer.com/ dan seterusnya klip pada bahagian Resize Photo.
Resize Photos Online

Langkah seterusnya, klik pada button Browse untuk mendapatkan file foto anda di dalam komputer anda, dan klik foto yang anda ingin kecilkan size foto.

Sebagai pengetahuan anda, foto yang valid menggunakan format ini adalah foto dari, jpg, png, gif, bmp, dan psd.

Apabila anda telah melakukkan pilihan foto yang ingin dikecilkan, pada bahagian step kedua, anda boleh menggubah kelebaran photo (width) dengan mengubah jumlah pixel yang diperlukan. Misalnya jika anda ingginkan lebar foto anda 640 pixel, anda boleh mengubah di ruangan tersebut.

Begitu juga dengan button Quality foto, anda boleh mengubah seperti yang anda inginkan. Bagi Output Format foto, anda boleh mengubah secara langsung format foto yang anda perlukan, misalnya, jika sebelum ini foto anda adalah foto jpg dan ingin menukarkan ke format bmp, anda hanya ubah terus melalui pilihan format foto.

Apabila selesai melakukkan settingan ataupun tetapan foto yang anda perlukan, langkah terakhir yang perlu anda lakukkan adalah hanya melakukkan klip button Upload & Resize Image. 

Tunggu beberapa second sehingga foto yang telah di resize muncul pada skrin dan seterusnya klik pada button Download Image untuk menyimpan foto  yang telah berjaya dikecilkan ke dalam komputer anda.



Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.