5 Kelebihan Cari Kerja Kosong Di Negara Brunei - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Thursday, January 4, 2018

5 Kelebihan Cari Kerja Kosong Di Negara Brunei

Negara Brunei adalah sebuah negara yang kecil dan ianya terletak di kawasan borneo iaitu bersempadan dengan Sarawak dan juga Sabah. Walaupun negara ini kecil tetapi mata wang negara ini amat mahal sekali berbanding dengan mata wang Malaysia.

Amat berbaloi sekali jika anda mencari kerja kosong di negara ini dan seterusnya memperolehi pekerjaan kerana sudah tentunya anda akan memperolehi pendapatan yang tinggi sekiranya mata wang Dollar Brunei ditukarkan kepada mata wang Ringgit Malaysia.

Sebenarnya, di negara Brunei banyak menawarkan kekosongan pekerjaan kepada warganegara selain warganegara Brunei itu sendiri. Walaubegitu, perlunya anda mengetahui saluran yang betul untuk mendapatkan pekerjaan di negara ini.

Kelebihan-kelebihan sekiranya anda mencari pekerjaan di Brunei

Terdapat banyak kelebihanny sekiranya anda memperolehi pekerjaan di negara Brunei. Jika anda melihat mereka yang bekerja di negara ini dengan melihat kepada kawan-kawan atau sesiapa yang bekerja disini, anda akan melihat mereka begitu 'loaded' dengan wang.
Kawasan Bandar Brunei
Sebagai penerangan kepada anda dengan lebih lanjut, berikut adalah keuntungan anda apabila bekerja di negara ini.

1) Mata Wang yang tinggi berbanding dengan mata wang Malaysia

Seperti yang dikatakan sebelum ini duit Brunei memang diketahui telah lama telah mendahului nilai duit negara kita, oleh hal ini lah sebab utama anda harus bekerja di negara Brunei. Semasa artikel ini ditulis, jika mata wang Dollar Brunei 1$, mata wang Ringgit Malayia adalah berjumlah RM 3.02.

Anda lihat sendiri, terdapat begitu jauh perbezaan dengan mata wang kita bukan? Sekiranya anda bekerja di negara Brunei dengan anggaran gaji bulanan sebanyak BND 1500, jika ditukarkan ke mata wang Malaysia, anda telah memperolehi sebanyak RM 4,537. 09. Wah sangat lumayan bukan?

2) Negara yang dekat dengan Malaysia

Ya, anda sendiri tahu negara Brunei berhampiran dengan negara kita dan ia sebenarnya salah satu kelebihan kepada kita kerana kita amat dekat dengan negara tersebut. Jika anda berasal dari semenanjung Malaysia, anda hanya perlu menaiki satu flight ke negara Brunei begitu juga sekiranya anda ingin balik ke semenanjung semula.

Oleh itu, pendek kata, anda tidak menghadapi masalah mengenai penerbangan anda ke negara Brunei disebabkan jarak yang terlalu hampir dengan negara kita.

3) Bekerja benar-benar untuk simpan duit

Negara Brunei masih mengamalkan prinsip negara Islam dimana pusat hiburan tidak dibenarkan sama sekali di dibuka di negara tersebut, oleh itu jika anda yang suka untuk berhibur, negara ini bukan tempatnya tetapi negara ini tempat anda untuk mengumpulkan duit.

Oleh itu kebarangkalian wang anda habis untuk berhibur akan tidak ada di negara ini dan ia secara tidak langsung anda akan menyimpan wang sekiranya bekerja di negara ini.

4) Kelebihan kepada penduduk Sabah, Sarawak dan Labuan

Bagi penduduk yang tinggal di negeri Sarawak, Sabah dan juga Wilayah Perseketuan Labuan, ia adalah salah satu bonus atau peluang kepada anda untuk mencari pekerjaan di negara Brunei kerana jarak anda terlalu dekat dengan negara tersebut.

Bagi penduduk Sarawak dan juga Sabah, anda hanya menaiki kenderaan untuk sampai ke negara Brunei dan bagi penduduk Labuan pula, dengan hanya menaiki ferry anda boleh sampai ke negara ini.

5) Budaya yang masih sama dengan Malaysia

Anda jangan risau mengenai adat dan budaya di negara Brunei kerana ia tidak jauh bezanya dengan adat di negara Malaysia, oleh itu anda tidak menghadapi sebarang masalah untuk bekerja di negara ini.

Jika dari segi soal bahasa pula, kebanyakan bahasa di gunakan di negara ini adalah bahasa Melayu dialek Kedayan, ataupun bahasa Kedayan dan juga Bahasa Inggeris.

6) Sumber pendapatan utama negara Brunai adalah minyak

Sebagai pengetahuan anda, sumber pendapatan terbesar Brunei adalah gas dan minyak, tahukah anda, bukan sahaja minyak banyak terdapat di kawasan lautan Brunei tetapi di kawasan darat negara berkenaan juga terdapat sumber minyak yang banyak disebabkan cari gali yang berterusan.

Oleh itu, ia memerlukan sumber tenaga yang ramai dan berkemahiran untuk bekerja di dalam bidang Offshore dan juga Onshore. Jika anda mempunyai akedimik yang diikthiraf antarabangsa di dalam bidang ini, anda boleh mencuba nasib di dalam pekerjaan oil & gas di di negara Brunei kerana gaji yang ditawarkan cukup lumayan sekali.

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.