Home » , » Perkhidmatan Grabcar Di Kota Kinabalu Mudah Diperolehi

Perkhidmatan Grabcar Di Kota Kinabalu Mudah Diperolehi

Grabcar di bandaraya Kota Kinabalu kini tidak asing lagi kerana terdapat beribu pengguna Grabcar yang berdaftar secara rasmi. Kewujudan perkhidmatan ini secara tidak langsung memberi kemudahan kepada kebanyakan penduduk yang tinggal di sekitar kotaraya terutama yang tidak memiliki kenderaan.

Selain kemudahan yang begitu baik kepada orang awam, kewujudan Grabcar juga memberikan pendapatan sampingan yang begitu baik terutama sekali mereka yang sukar untuk mendapatkan kekosongan kerja dan juga untuk menambahkan pendapatan sampingan kepada mereka yang berdaftar dengan Grabcar tetapi bekerja dan melakukkan pekerjaan sebagai pemandu Grabcar pada masa-masa yang terluang.

Bagaimana anda menggunakan perkhidmatan Grabcar di Kota Kinabalu?

Caranya mudah sahaja, semuanya di hujung jari anda! Dengan syarat anda memiliki smart phone, internet, dan anda hanya install aplikasi Grabcar di Android anda melalui Play Store.

Selepas anda melakukkan install aplikasi Grabcar di telefon pintar anda, anda hanya perlu mengikuti step by step seperti diarahkan di aplikasi Grabcar seperti, memasukkan nombor password yang dihantar oleh pihak Grab ke telefon anda, melakukkan pengesahan penerimaan di Gmail anda, memasukkan nombor telefon anda. Sangat mudah bukan?
grabcar kota kinabalu
Apabila ianya telah selesai, anda kini boleh menggunakan perkhidmatan Grabcar di Kota kinabalu dengan memasukkan alamat jalan melalui Map di mana anda berada dan ke mana tujuan anda. Kos perjalanan akan segera terpapar pada skrin telefon anda melalui aplikasi Grab dan anda hanya klik button 'Booking'.

Sekiranya anda melakukkan proses tempahan kereta Grab, pemandu Grab yang berada di sekitar Kota Kinabalu atau lokasi yang terdekat dengan anda akan menghubungi anda dengan segera. Pada skrin aplikasi Grab akan terpapar nombor kenderaan yang akan datang kepada anda serta wajah pemandu.

Pemandu Grab seterusnya akan menghantar anda ke lokasi seperti yang anda minta dan selalunya kos perkhidmatan ini akan dibayar melalui tunai. Antara kelebihan perkidmatan  ini adalah, anda boleh memberikan rate lima bintang melalui aplikasi Grab sekiranya anda berpuas hati perkhidmatan yang diberikan.

Anda juga boleh memberikan rate bintang yang terendah iaitu rate satu bintang sekiranya anda tidak berpuas hati perkhidmatan yang diberikan, sebenarnya, pemandu Grabcar yang memberikan perkhidmatan yang buruk kepada pelanggan akan dikenakan penalti oleh pengurusan Grab itu sendiri.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi pemandu Grabcar dengan kereta anda sendiri, anda boleh mendaftar melalui laman rasmi mereka dan harus mengikuti terma dan syarat yang telah ditetapkan. Ianya agak menarik bukan? Jika anda berminat, tunggu apa lagi.



Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.