Pentingnya Alignment , Balancing, Dan Rotation Tayar Untuk Panjangkan Usia Tayar Kereta - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Wednesday, December 13, 2017

Pentingnya Alignment , Balancing, Dan Rotation Tayar Untuk Panjangkan Usia Tayar Kereta

Tips penjagaan tayar kereta melibatkan alignment, balancing dan rotation yang merupakan perkara penting yang harus kita ambil perhatian semasa kita menggunakn kereta sama ada kereta digunakan sebagai kereta persendirian, kegunaan kompeni ataupun untuk kegunaan yang lain.

Ya, jangan biarkan tayar kereta yang anda gunakan telah botak ataupun yang lebih teruk tayar dalam keadaan botak dan dalam masa yang sama benang serta dawai halus pada permukaan tayar telah kelihatan dan ini tentunya amat membahayakan keselamatan diri anda dan penumpang di dalam kenderaan tersebut.

Tahukah anda, situasi ini menjadikan tayar kereta anda hanya bila-bila sahaja boleh meletup. Ibarat pepata yang lain, ia diumpamakan tayar kereta anda bom jangka yang bila-bila masa sahaja untuk meledak. Ia amat merbahaya sekali!

Pengetahuan am jangka hayat tayar

Sebagai pengetahuan anda jangka hayat tayar  boleh mencapai sehingga tiga tahun ke empat tahun bergantung kepada jenama dan kualiti tayar itu sendiri, walau begitu, ia juga bergantung kepada cara anda menjaga tayar anda atau penggunaan tayar kereta itu sendiri. Jika anda setiap hari perlu memandu kereta melebihi 50km, mungkin jangka hayat tayar anda akan mengalami kebotakan lebih cepat.

Terdapat banyak keadaan dan situasi yang mempengaruhi jangka hayat tayar kereta anda sebenarnya, bukan sahaja mengenai jarak pemanduan anda tetapi harus diambil kira mengenai permukaan jalan yang anda lalui, cuaca dan juga cara anda menyelangara tayar kereta anda itu sendiri.

Jika anda sentiasa mengamalkan tips-tips yang betul untuk menjaga tayar, ia sebenarnya adalah faktor utama yang memanjangkan jangka hayat tayar anda.

Tips menjaga tayar kereta bagi memanjangkan jangka hayat tayar kereta anda

Ini adalah beberapa tips yang perlu anda ambil perhatian bagi memanjangkan jangka hayat tayar kereta anda dan seterusnya menjamin pemanduan yang selesa dan juga keselamatan anda dan juga keluarga ataupun penumpang di dalam kereta anda.

1) Sentiasa pastikan tekanan angin tayar di dalam keadaan stabil

Baik, pernahkah anda melihat keadaan tekanan angin tayar pada setiap waktu pagi sebelum anda ke tempat kerja ataupun sebelum anda memandu kereta anda? Jika anda tidak pernah lakukkan amalan mudah ini, bermula hari ini lakukan cara ini bagi menentukan tekanan angin pada tayar sentiasa mencukupi.

Pastikan juga dapatkan alat pengukur tekanan angin tayar dan guna alat ini sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tekanan angin pada tayar sentiasa di dalam keadaan yang stabil.
Photo by, JJuni, Licenced Via Creative Commons.Org

Apabila anda sentiasa melakukkan pemeriksaan tekanan angin pada tayar anda, ia sekaligus dapat mengesan keadaan tekanan angin pada tayar samada ia berkurangan ataupun sentiasa di tahap tekanan yang stabil.

2) Sentiasa periksa keadaan kondisi permukaan tayar

Sama seperti pemantauan terhadap tekanan angin tayar, di dalam masa yang sama juga pastikan melakukkan pemeriksaan secara kerap keadaan kondisi permukaan tayar kereta anda. Seiring dengan lamanya tayar kereta anda, ia semakin lama digunakan akan terdapat kehausan pada permukaan tayar anda.

Ia adalah normal tetapi jika kehausan pada tayar hanya dilihat pada sisi tayar, ataupun pada bahagian tengah tayar, ia adalah tanda masalah pada alignment tayar anda ataupun jika  kehausan dilihat  pada tengah tayar anda, kemungkinan tekanan angin tayar anda terlalu keras.

Sekiranya anda dapati kehausan pada permukaan tayar anda agak kritikal sehingga dawai halus telah kelihatan pada tayar kereta anda, ia adalah tanda amaran anda harus melakukkan penukaran tayar yang baru terhadap kereta anda.

3) Buat penjajaran tayar mengikut jadual yang ditentukan

Sebenarnya tiada tempoh yang tepat untuk melakukkan penjajaran tayar kereta anda tetapi ramai yang mengesyorkan kepada pengguna kereta untuk melakukkan penjajaran tayar bagi setiap 10,000km. 

Anda tidak perlu mengikuti saranan 10,000km sebenarnya, ianya bergantung kepada apa yang anda rasakan semasa anda melakukkan pemanduan. Sekiranya anda rasakan stering kereta anda bergegar semasa memandu di jalan tar yang lurus dan rata, ia adalah isyarat anda harus melakukkan alignment / penjajaran tayar kereta anda.

Saranan yang lebih baik sebagai panduan anda, lakukkan penjajaran serta balancing /imbangan tayar kereta anda setiap tiga bulan. Ia lebih mudah untuk diingati berbanding mengikuti saranan 10,000km bukan?

4) Buat rotation tayar kenderaan anda

Selain anda lakukkan aligment tayar bagi setiap tiga bulan, anda juga harus melakukkan rotation tayar kereta anda bagi menjamin kehausan yang sama rata bagi keempat-empat tayar kereta anda misalnya, selepas tiga bulan, sebelum melakukkan aligment tayar, lakukan rotation tayar kereta dahulu contohnya kedua-dua tayar hadapan ditukarkan ke belakang dan kedua-dua tayar belakang pula gantikan ke hadapan.

Sebagai pengetahuan anda, tayar yang lebih cepat mengalami kehausan adalah tayar pada bahagian hadapan kerana ia adalah bahagian yang berat dengan enjin serta mengalami lebih pengeseran semasa membelok kiri dan kanan.

Pada tiga bulan seterusnya lakukkan juga hal yang sama dengan melakukkan rotation tayar kereta anda dan anda juga boleh melakukkan rotatioan tayar secara silang ataupun silang X bagi menjamin kesamarataan kehausan pada tayar kereta anda.

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.