Home » , » Pelan Gila-Gila Webe Postpaid (Webe Postpaid Plan)

Pelan Gila-Gila Webe Postpaid (Webe Postpaid Plan)

Baru-baru ini syarikat telco Webe atau Webe mobile mengadakan promosi bagi pengguna postpaid dan kebanyakan pengguna mengatakan promosi Webe pada kali ini adalah pelan yang agak gila-gila kerana ianya amat murah dan boleh dikatakan berbaloi.

Maksudnya disini, promosi Webe mampu bersaing dengan promosi yang ditawarkan oleh syarikat telco yang lain umpamanya Celcom, Maxis, Digi, uMobile, dan sebagainya.

Sebagai pengetahuan anda, Webe mempunyai hubungan kerjasama dengan syarikat TM dan Axiata Celcom dan terjadilah tawaran pelan unlimited kepada pengguna Webe dan juga tawaran bagi mereka yang berminat dengan promosi yang ditawarkan.

Pelan terbaru Webe Postpaid (Webe Postpaid Plan) kini berada di pasaran

Sebenarnya Webe mempunyai beberapa pelan untuk pelanggan-pelangganya tetapi yang perlu penulis katakan disini adalah mengenai pelan yang terbaik dari Webe khususnya bagi pelan postpaid.
Credit: Webe
Baik, berikut adalah pelan utama Webemobile 1st Line yang menjadi bualan hangat netizen di Malaysia pada masa ini.

Pelan istemewa Webemobile 1st Line

  • Bayaran bulanan - RM 79 (RM 83.74 caj GST)
  • Kadar Internet bulanan - Unlimited
  • Panggilan tanpa had dan SMS bagi semua rangkaian
  • Tiada Kontrak
  • Pembatalan pelan bila-bila masa sahaja dan ianya percuma
  • Penghantaran Sim Kad Secara percuma (Ekspress)
  • Mempunyai liputan di seluruh negara
  • Percuma 10GB Hotspot LTE

Cara mendapatkan pelan webe postpaid 1st Line

Melalui Kajian penulis, untuk mendapatkan pelan istemewa daripada Webe, anda boleh terus melayari laman web rasmi mereka dengan mendaftarkan diri anda melalui ruangan pendaftaran, dan isi butir-butir yang diperlukan serta sekiranya anda memilih untuk mendapatkan pelan Webemobile 1st Line, jumlah keseluruhan yang perlu anda bayar adalah sebanyak RM 106.

Selepas anda melakukkan pembayaran, pihak Webe akan menghantar sim kad Webe kepada anda dengan penghantaran ekspress pada waktu hari bekerja ke alamat anda.

Cara yang kedua untuk mendapatkan pelan Webe, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Webe di tempat anda sekiranya ada dan anda boleh bertanya dengan lebih lanjut mengenai plan yang mereka tawarkan ini.

Penulisan ini adalah berdasarkan pemahaman penulis mengenai pelan yang mereka tawarkan dengan merujuk sepenuhnya daripada website rasmi di https://www.webe.com.my, walau begitu artikel ini tidak mewakili daripada pihak webe, dan apa-apa pertanyan mengenai pelan ini, anda disaran berhubung terus dengan pihak Webe kerana mereka lebih tahu mengenai pelan yang mereka tawarkan.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman mengenai pakej tawaran daripada syarikat telco ini ataupun pernah melanggan pakej yang mereka tawarkan, , anda dialu-alukan untuk berkongsi pendapat melalui ruang komen yang disediakan.



Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.