Home » , » Cara Mudah Semak Saman JPJ Secara Online

Cara Mudah Semak Saman JPJ Secara Online

Tentunya anda tercari-cari caranya bagaimana melakukkan semakan saman kenderan anda tidak kira kereta persendirian, motosikal ataupun kenderaan syarikat. Seiring dengan peredaran zaman, anda tidak lagi perlu ke mana-mana JPJ hanya untuk bertanyakan  mengenai saman anda.

Kini anda hanya boleh melakukkan semakan terus saman anda dengan melayari internet sama ada daripada telefon pintar anda, laptop, ataupun komputer anda. Ianya sungguh mudah, anda tidak perlu juga membuang kredit anda melalui perkhidmatan semakan saman melalui SMS kerana cara tersebut adalah berbayar.

Cara Mudah Melakukkan Semak Saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Secara Online.

Saman ataupun kompoun yang dikeluarkan oleh penguatkuasa JPJ keatas anda haruslah dibayar dengan seberapa segera kerana kesannya nanti sekiranya anda tidak melakukkan bayaran, anda tidak dapat melakukkan pembahruan roadtax kenderaan anda.

Melainkan anda harus melunaskan bayaran saman terlebih dahulu dan barulah anda dapat memperbahrui cukai jalan kenderaana anda. 

Baik, ini adalah cara yang amat mudah untuk melakukkan semakan saman kenderaan anda dengan hanya melalui online sahaja.

Step by step cara semak saman dari internet

1. Sebelum anda merancang melakukkan semakan saman kenderan anda, dan anda menggunakan telefon pintar anda, laptop ataupun komputer, pastikan gadget tersebut mempunyai perkhidmatan internet.

2. Langkah seterusnya, layari laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan terus ke bahagian semakan saman atau, langkah yang lebih mudah penulis sediakan link terus ke bahagian semakan saman  di web rasmi JPJ ini. >> SEMAKAN SAMAN <<
Cek Saman JPJ
3. Apabila anda berada pada bahagian SEMAKAN SAMAN, klik pada bahagian pilihan dan anda diberi pilihan untuk memasukan nombor ID ataupun pilihan kedua memasukan nombor ID dan juga nombor kenderaan anda.

4. Sekiranya anda melakukkan pilihan dengan memasukkan nombor ID sahaja, anda diminta untuk memasukan nombor kad pengenalan anda mengikut ketegori sama ada anda adalah pemegang Mykad, Mykas, PTM, ID Polis, Tentera, ID Syarikat / pertubuhan ataupun ID bagi bukan warga negara.

5. Jika anda melakukan pilihan dengan memasukkan nombor ID sahaja, masukan kad pengenalan  anda mengikut kategori anda, dan seterusnya dengan memasukkan nombor kod sekuriti yang tertera pada ruang yang disediakan.

6. Langkah terakhir, klik pada butang SEMAK, tunggu beberapa ketika dan anda akan memperolehi keputusan semakan. Sekiranya anda mempunyai saman, butir-butir saman anda akan dipaparkan hasil dari semakan tersebut. Jika anda tidak memiliki saman, hasil carian semakan mengatakan rekod anda tidak dijumpai.

7. Membuat pilihan kedua dengan memasukkan nombor ID dan nombor pendaftaran kenderaan anda tidak jauh bezanya dengan cara yang pertama, bezanya adalah anda perlu memasukkan nombor pendaftaran kenderaan anda sahaja.

Bagaimana? Ianya amat mudah bukan? Ia adalah semudah di hujung jari anda sahaja. Semoga ianya bermanfaat.



Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.