Home » , » Idea Jadikan Ramai Subscribe Channel Video Anda Di YouTube

Idea Jadikan Ramai Subscribe Channel Video Anda Di YouTube

Bagi anda yang pada masa ini berjinak-jinak untuk memulakan sebuah channel video sendiri di YouTube, mungkin anda sedang tercari-cari bagaimana membuatkan video yang anda sendiri cipta dilihat oleh ramai orang. Bukan sahaja dilihat oleh orang Malaysia tetapi mungkin dilihat oleh individu daripada negara lain.

Individu yang mengupload sebuah video di YouTube disebabkan oleh pelbagai sebab yang tertentu, antaranya adalah mungkin mengenai mempromosikan bisnesnya sendiri, ataupun hanya sekadar untuk suka-suka sahaja.

Tahukah anda terdapat beribu-ribu video di YouTube diupload setiap hari? Dan persaingan adalah begitu sengit sekali, oleh itu anda harus menerapkan asas-asas video anda dengan benar agar dilihat oleh ramai orang.

Idea menjadikan channel video anda mempunyai subscribe oleh ramai orang

Berikut adalah mungkin beberapa idea yang berguna kepada anda bagaimana menjadikan channel video anda diikuti oleh ramai orang. Maksudnya disini, ramai yang menekan button subscribe yang terdapat pada buton di video anda.

Sekiranya follower anda semakin ramai, bermakna bilangan penonton pada video anda semakin ramai pula. Oleh itu setiap kali anda mengupload video anda, kebarangkalian follower anda akan melihat video yang anda upload tersebut adalah semakin tinggi.

Baik berikut adalah beberapa cara untuk menjadikan ramai orang menekan button subscribe pada video anda di YouTube.

1. Buat video menarik secara konsisten

Buatlah video yang menarik setiap hari dan upload satu hingga lima video sahaja dan hal ini haruslah dilakukkan secara konsisten, terutama sekali dari segi masa anda mengupload video anda dan seterusnya dipertontonkan kepada awam.
Photo by, asi24, Licenced Via Creative Commons.org
Misalnya seperti ini, anda telah mencipta 5 rakaman video pendek berdurasi anggaran 10 minit hingga 15 minit dan sekiranya anda mempamerkan video anda pada masa itu jam 9 pagi kepada awam melalui channel anda di YouTube, keseesokan harinya di dalam masa yang sama, anda harus mengupload lagi video anda di channel anda.

Mengupload video secara konsisten setiap hari dan pada jam yang sama menjadikan follower anda tahu bila masanya anda mempamerkan video menarik anda kepada mereka dan sistem YouTube pula menjadikan video anda akan kerap dipaparkan kepada penonton-penonton di YouTube dan kebarangkalian penonton menekan button subscribe channel anda adalah tinggi.

2. Minta penonton subscribe channel anda

Terdapat beberapa cara untuk meminta penonton video anda menjadi follower di channel anda iaitu seperti, mengedit video anda dan memohon kepada penonton untuk menekan button subbscribe. Anda boleh mengedit pada awal video anda ataupun di pengakhiran video.

Sekiranya anda tidak berkemahiran untuk mengedit video untuk meminta penonton melakukkan subscribe video anda, anda boleh terus melakukkan settingan manual melalui settingan yang terdapat pada YouTube.

Caranya adalah anda hanya pergi kepada settingan Video Manager pada video anda melalui YouTube, seterusnya pergi ke settingan End screen & Annotations, seterusnya tekan button Add element, dan tekan button Create pada Subscribe. Cara ini menjadikan pada pengakhiran video anda terdapat pilihan Subscribe kepada penonton.

3. Jangan lupa share video anda melalui media sosial yang lain

Cara yang lain pula bagi menjadikan video di channel YouTube anda memperolehi penonton yang ramai dan seterusnya mereka menekan button subscribe pada chanell video anda adalah mengunakkan media sosial yang popular iaitu Facebook, dan Twitter.

Anda sendiri tahu, laman sosial tersebut mempunyai pengaruh yang tersendiri dan sekiranya anda melakukkan perkongsian video anda melalui media sosial ini, kemungkinan besar mereka akan menjadi follower video anda.

4. Buat video yang dicari oleh ramai orang

Sebagai pengetahuan anda, video yang paling berpengaruh adalah video mengenai tutorial, video lawak, lagu, persembahan artis, magic, dan banyak lagi. Fikirkan di situasi anda, video apakah yang mampu anda buat ataupun anda berkemampuan untuk menciptanya dan video tersebut dicari oleh ramai orang.

Selain itu juga, video yang anda cipta mempunyai kualiti rakaman yang menarik, jelas dan terang. Misalnya video berkualiti HD. 

Video yang mana rakamannya tidak jelas, kabur ataupun kualiti video pecah, ia mengakibatkan penonton akan meninggalkan video anda disebabkan kualiti rakaman yang tidak memuaskan hati mereka.

5. Sediakan sedikit budget video anda

Akhir sekali, anda mungkin perlu menyediahkan sedikit budget kewangan untuk menjadikan video di YouTube anda mempunyai viewer yang ramai. Walau begitu cara ini tida disarankan bagi mereka yang melakukkan monitize video dengan Adsense.

Apabila anda melakukkan pembayaran melalui YouTube mengenai video anda, sistem mereka akan mempamerkan video anda kepada penonton di YouTube sesuai dengan budget anda, lokasi penonton yang anda inginkan, umur, jantina penonton dan sebagainya.

Cara ini sebenarnya amat sesuai bagi mereka yang mempromosi produk tertentu kepada penonton yang tepat agar produk yang dicipta melalui video memerolehi pembeli yang diinginkan.



Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.