Home » » Tips-Tips Penting Perlu Diketahui Sebelum Beli Motorsikal Terpakai (Second Hand)

Tips-Tips Penting Perlu Diketahui Sebelum Beli Motorsikal Terpakai (Second Hand)

Membeli motosikal terpakai ataupun second hand, sebenarnya tidak banyak bezanya dengan membeli motosikal baru jika anda tahu tips yang betul bagaimana untuk mengetahui adakah motosikal terpakai yang anda beli masih berfungsi dengan baik ataupun sebaliknya.

Selalunya mereka yang membeli motosikal terpakai disebabkan mungkin keadaan kewangan yang tidak mengizinkan untuk membeli sebuah motosikal yang baru. Jangan risau, tips-tips ini mampu membantu anda membeli motosikal terpakai yang menguntungkan kepada anda sendiri.

Tips-tips perlu diambil kira sebelum membeli motosikal second hand

Sebelum anda memasang niat untuk membeli sebuah motosikal second hand, perlunya anda memikirkan terlebih dahulu beberapa hal-hal penting ini agar anda tidak tersalah membeli motosikal yang telah rosak dan seterusnya ia merugikan wang, masa, dan tenaga anda.

Baiklah, tips-tips ini perlu anda terapkan sebagai rujukan sebelum membeli sebuah motosikal terpakai untuk kegunaan diri anda.

1. Jenama motosikal

Bagi anda, apakah motosikal yang popular di Malaysia? Sebenarnya, jenis dan jenama sesebuah motosikal itu mempunyai pengaruh yang tersendiri di negara kita. Maksudnya disini, motosikal yang berjenama, mempunyai kualiti motosikal yang lebih baik berbanding dengan jenama yang kurang popular.

Ini bermakna, perlunya anda memilih motosikal terpakai dari jenama yang telah pun popular di pasaran negara kita misalnya dari jenama Yamaha, Honda, atau jenama motosikal dari jenama popular yang lain.

Selain itu, motosikal dari jenama popular juga mempunyai alat ganti yang amat mudah diperolehi dari kedai-kedai alat ganti ataupun kedai asesori motosikal. Bagi motosikal yang kurang popular di negara kita, selalunya alat ganti amat sukar untuk diperolehi.

Oleh itu, hal pertama yang perlu anda ambil perhatian adalah mengenai jenama motosikal tersebut untuk memudahkan anda memperolehi alat-alat ganti dan juga kualiti motosikal itu sendiri.

2. Tahun model motosikal dikeluarkan

Mungkin tahun model motosikal dikeluarkan tidaklah mempengaruhi sangat semasa anda membeli motosikal terpakai tetapi jika anda memilih motosikal terpakai yang terlalu lama, ataupun motosikal  yang boleh dikatakan antik, ia akan memberi anda masalah apabila anda melakukkan pembelian alat-alat ganti motosikal tersebut, kerana kebanyakan kedai-kedai alat ganti tidak lagi menjual alat ganti model motosikal yang telah lama dihentikan pengeluarannya.

Anda digalakkan membeli model motosikal terpakai dari jenama motosikal tersebut yang masih banyak dijual di pasaran.

3. Melakukkan pemeriksaan menyeluruh keatas motosikal

Sebelum anda membeli motosikal terpakai, sama ada anda membelinya dari individu persendirian ataupun dari kedai motosikal, adalah penting anda melakukkan pemeriksaan menyeluruh keadaan motosikal terpakai tersebut, seperti memastikan keseluruhan body cover motosikal di dalam keadaan yang baik, lampu signal, lampu brek, lampu hadapan juga berfungsi dengan baik.
Gambar Hiasan
Pastikan juga anda mencuba menunggang motosikal tersebut untuk mengenal pasti adakah enjin masih berfungsi dengan baik, memastikan tiada leaking pada bahagian enjin, meter minyak, meter had laju, harus berfungsi, dan jika semasa anda menunggang motosikal dan anda dapati handle bergegar, ia menandakan motosikal itu pernah mengalami kemalangan, dan handle bergegar disebabkan masalah pada bahagian fork hadapan.

Selain itu,lakukan juga pemeriksaan terhadap jumlah mileage motosikal yang tertera pada meter. Sekiranya mileage telah mencapai 200k keatas, ia menandakan motosikal itu telah bergerak terlalu jauh dan anda harus melakukkan pemeriksaan pada enjin secara teliti.

4. Harga motosikal

Harga motosikal terpakai tidak sama dengan harga motosikal yang baru, jika motosikal yang dijual adalah dari individu persendirian, anda boleh berunding dengan pemilik motosikal tersebut dengan harga mengikut pasaran dan pastikan juga penjual tidak menjual motosikal tersebut melebihi harga pasaran.

Untuk mengetahui harga sebenar pasaran sesuatu model motosikal mengikut tahun pengeluaran, anda boleh bertanya dari mana-mana kedai motosikal mengenai harga pasaran motosikal yang dijual.

Jika anda membeli motosikal terpakai dari kedai motosikal, selalunya anda sukar untuk berunding dengan mereka mengenai harga motosikal tersebut kerana mereka telah pun menetapkan harga motosikal itu, walau begitu anda masih boleh melakukkan rundingan harga dengan berjumpa dengan pemilik kedai motosikal tersebut.

Jika anda telah mengesan terdapat beberapa kerosakan keatas motosikal yang anda ingin beli, minta pemilik ataupun jika di kedai motosikal minta pihak mereka melakukkan pembaikan dengan segera, sekiranya mereka enggan melakukkan pembaikan terhadap kerosakan itu, anda boleh melakukkan rundingan harga yang lebih rendah dari harga yang telah ditetapkan oleh mereka dengan alasan kos-kos kerosakan yang perlu anda perbaiki nanti.

5. Bawa mekanik motosikal/rakan

Untuk mengetahui motosikal terpakai yang anda ingin beli benar-benar masih di dalam keadaan baik, adalah lebih baik anda membawa rakan yang benar-benar arif mengenai motosikal ataupun membawa sorang mekanik motosikal untuk melakukkan pemeriksaan motosikal  yang anda bercadang ingin beli.

Mereka yang tahu mengenai masalah-masalah motosikal, akan memberikan anda beberapa cadangan sama ada anda perlu membeli motosikal secon hand itu ataupun sebaliknya. 

Jika boleh, elakkan melakukkan rundingan atau melakukkan pembelian secara bersendirian, kecuali lah anda benar-benar arif mengenai masalah-masalah motosikal dan juga harga pasaran motor tersebut.



Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.