Home » , » Tips Penting Harus Dilakukan Jika Kereta Atau Motor Anda Hilang Dicuri

Tips Penting Harus Dilakukan Jika Kereta Atau Motor Anda Hilang Dicuri

Malang tidak berbau, itu lah ungkapan yang sesuai bagi mereka yang telah mengalami nasib malang disebabkan kehilangan kenderaan mereka seperti motosikal ataupun kereta. Sebelum kita mengalami hal-hal yang tidak diingini terhadap kenderaan milik kita, perlunya anda melakukkan ciri-ciri keselamatan terhadap kenderaan anda agar tidak dicuri oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

Ciri-ciri keselamatan yang ada pada kenderaan misalnya kereta persendirian  adalah seperti sistem alarm, steering lock, pedal lock, sistem gps, dan bermacam lagi dan bagi motosikal pula, sistem keselamatan yang boleh anda terapkan adalah seperti alarm, mengunci rantai dengan pad lock yang berkualiti serta mengunci handle pada motor.

Motorsikal atau kereta anda hilang akibat dicuri? Ini tindakan perlu anda lakukkan.

Baik, sekiranya kereta atau motosikal anda hilang disebabkan telah dicuri oleh individu yang tidak bertanggungjawab, perlunya anda melakukkan tindakan yang sewajarnya bagi mengesan semula kenderaan anda yang telah dicuri tersebut. Berikut adalah tindakan yang perlu anda lakukkan apabila mengalami situasi yang tidak dijangka.

Jangan panik, cuba untuk bertenang.

Apabila kenderaan milik kita hilang tidak kira kereta ataupun motosikal, perkara pertama yang perlu anda lakukkan adalah, cuba untuk bertenang dan jangan panik, fikirkan tindakan yang sewajarnya apakah tindakan yang perlu dilakukkan pada ketika itu.

Sesiapa pun akan merasa panik apabila mengalami situasi nasib seperti ini, walau begitu, panik tidak akan dapat membantu anda apa-apa. Tenangkan fikiran anda semula, hal telah berlaku dimana kenderaan anda telah hilang dan anda percayai telah dicuri oleh individu tidak dikenali.

Minta bantuan rakan-rakan untuk mengesan.

Setelah anda mendapati kenderaan anda telah hilang di tempat anda letakkan, tindakan pertama yang boleh anda lakukkan adalah, cuba untuk menghubungi rakan-rakan anda untuk meminta bantuan untuk mengesaan kenderaan anda.

Anda boleh bersama-sama rakan-rakan anda mencari di sekitar kawasan tersebut sekiranya anda telah sedari tempoh waktu kehilangan kenderaan itu hanya beberapa  minit dari waktu anda letakkan kenderaan anda itu.

Besar kemungkinan, kenderaan anda masih di sekitar kawasan tersebut dan si pencuri masih belum membawanya pergi ke kawasan yang lebih jauh. Minta bantuan rakan-rakan anda seramai yang boleh agar kenderaan anda dapat dikesan dengan segera.

Hubungi balai polis yang terdekat dengan segera.

Di dalam masa yang sama anda meminta bantuan rakan-rakan anda, hubungi juga pihak polis dengan segera mengenai kehilangan kenderaan anda untuk membolehkan pihak polis membuat hebahan kepada anggota polis yang sedang yang bertugas mengenai kehilangan kenderaan anda.
Credit: Pixabay
Hal ini membolehkan pihak polis turut sama cuba mengesan kenderan anda yang hilang tersebut. Memaklumkan dengan segera kepada pihak berkuasa mengenai kehilangan kenderaan anda memungkinkan kenderaan anda dapat dikesan lebih awal.

Sebarkan melalui kehilangan melalui media sosial.

Tindakan segera yang perlu anda boleh lakukkan adalah menggunakan kemudahan media sosial misalnya melalui Facebook, Twitter, Instagram, dan juga aplikasi Whatsapps. Sebarkan kehilangan kenderaan anda melalui media sosial untuk membolehkan orang ramai dan rakan-rakan anda yang lain tahu kenderaan anda hilang.

Tindakan ini membolehkan orang ramai dan kawan-kawan anda secara tidak langsung turut membantu anda sekiranya mereka menjumpai kenderaan anda.

Buat laporan rasmi selepas 24 jam.

Sekiranya tempoh masa kehilangan kenderaan anda telah melebihi 24 jam dan kenderaan anda masih belum ditemui, adalah penting untuk anda membuat laporan rasmi di mana-mana balai polis yang terdekat mengenai kehilangan kenderaan anda.

Sediakan sijil asal pemilikan kenderaan (VOC) dan juga salinan fotokopi sijil pemilikan kenderaan anda serta maykad anda, dan bawa dokumen ini ke mana-mana balai polis untuk membuat laporan rasmi mengenai kehilangan kenderaan anda.

Selepas anda membuat laporan rasmi mengenai kehilangan kenderaan anda, pihak polis akan membuka kertas siasatan mengenai kehilangan kenderaan anda dan akan menyiasat dan seterusnya akan membuat tangkapan sekiranya mereka berjaya mengesan suspek bagi kes tersebut.

Laporkan kepada pihak bank dan pihak insuran sekiranya kereta masih punyai hutang.

Sekiranya kenderaan anda masih terdapat perjanjian sewa beli dengan pihak bank, anda disarankan membawa laporan rasmi polis yang telah anda buat mengenai kehilangan kenderaan anda kepada pihak bank dan cuba bertanya kepada pihak mereka apakah prosuder pembayaran sewa beli kenderaan sekiranya kenderaan anda hilang.

Selain itu, anda juga disarankan untuk menghubungi pihak insuran bagi kenderaan anda sama ada polisi  insuran kenderaan anda akan menanggung sepenuhnya atau tidak mengenai kerugian anda akibat kenderaan anda telah hilang akibat dicuri oleh individu yang tidak bertanggungjawab.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.