Home » , » Tips Berniaga: 10 Lokasi Strategik Buka Kedai Makan Gerenti Menguntungkan

Tips Berniaga: 10 Lokasi Strategik Buka Kedai Makan Gerenti Menguntungkan

Jika anda berhasrat untuk memulakan perniagaan kedai makan ataupun ingin membuka sebuah restoran sebagai bisnes keluarga ataupun bisnes persendirian, perlunya anda memikirkan tentang lokasi yang benar-benar sesuai untuk anda memulakan perniagaan anda bagi menjamin pelanggan datang ke kedai makan anda.

Orang mengatakan, bisnes membuka kedai makan ataupun restoran amat menguntungkan jika anda tahu disiplin berniaga dan pemilihan lokasi yang strategik. Walau begitu, menu-menu masakan yang anda hidangkan kepada pelanggan juga memberi peranaan penting tentang hala tuju perniagaan anda sama ada bertambah maju ataupun sebaliknya.

10 Idea lokasi sesuai untuk mulakan perniagaan kedai makan

Idea ini adalah lokasi yang benar-benar sesuai untuk anda memulakan perniagaan anda iaitu membuka sebuah kedai makan sebagai sumber pendapatan anda. Walau begitu, perlunya anda melakukkan sedikit kajian mengenai lokasi-lokasi ini, misalnya melihat kepada persaingan sekiranya ada.

Maksudnya disini, persaingan adalah kedai makan milik orang lain yang telah pun ada di lokasi-lokasi ini. Walau begitu, jika menu-menu yang anda hidangkan kepada pelanggan ini lebih istemewa berbanding kedai makan yang lain, anda mampu bersaing dengan mereka seterusnya memberi keuntungan kepada anda.

Baik, berikut adalah lokasi yang strategik bagi anda memulakan perniagaan kedai makan anda.

1. Berhampiran pejabat-pejabat kerajaan

Membuka sebuah kedai makan di kawasan terdapatnya pejabat-pejabat kerajaan mampu menarik golongan pekerja penjawat awam untuk datang ke kedai makan anda. Misalnya anda menyediakan menu untuk sarapan pagi, menu untuk makanan tengah hari, dan menu untuk minum petang.
Credit: pixabay
Kebanyakan golongan penjawat awam pada waktu pagi, selalunya mereka akan datang di kedai makan yang terdekat dengan pejabat mereka untuk bersarapan. Disini anda boleh menyediahkan menu seperti nasi lemak, roti bakar, mee goreng, nasi goreng, dan lain-lain menu.

2. Berhampiran pasaraya

Pasaraya adalah tumpuan orang ramai untuk datang membeli-belah, sekiranya terdapatnya kekosongan kedai untuk disewa berhampiran pasaraya atau di dalam pasar raya itu sendiri, ini adalah satu peluang kepada anda untuk membuka kedai makan.

Bukan sahaja pekerja pasaraya akan datang ke kedai makan anda, tetapi orang ramai yang datang untuk membeli belah akan singgah di kedai makan anda sekiranya menu yang anda hidangkan mampu menarik orang ramai untuk makan di kedai makan anda.

3. Lokasi peranginan

Kawasan-kawasan peranginan selalunya mampu menarik ramai pelancong untuk datang, bukan sahaja pelancong tempatan tetapi pelancong daripada luar negara. Kawasan peranginan adalah seperti, kawasan pantai, taman tema air, zoo, air terjun, dan banyak lagi.

Anda boleh menghidangkan menu-menu makanan western, menu tempatan, makanan laut, ataupun menu-menu yang lain yang sesuai dengan selera pengunjung yang datang.

4. Berhampiran pusat hiburan

Membuka sebuah kedai makan berhampiran pusat-pusat hiburan seperti pub dan pusat karaoke, mampu menarik pelanggan yang datang ke pusat-pusat hiburan. Walau begitu, anda harus membuka kedai makan anda pada waktu malam kerana, pelanggan akan megunjungi pusat hiburan pada waktu malam.

Selalunya selepas berhibur di pusat hiburan, pelanggan akan datang di kedai makan anda bersama rakan-rakan mereka untuk makan. Anda boleh menyediakan menu-menu masakan seperti menu masakan bergoreng, makanan sea food, atau menu-menu yang pelbagai.

5. Kawasan perindustrian

Kawasan perindustrian adalah kawasan kilang-kilang yang mana, kawasan ini ramai pekerja yang bekerja di kawasan ini. Membuka sebuah kedai makan di kawasan ini mampu memberikan anda keuntungan dengan menarik pekerja-pekerja kilang untuk makan di kedai makan anda.

Anda boleh menyediakan menu-menu sarapan pagi seperti nasi lemak, masakan bergoreng, kueh, dan sebagainya untuk membolehkan pekerja datang di kedai makan anda untuk bersarapan.

Pada waktu tengah hari pula, anda boleh menyediakan menu-menu makanan tengah hari untuk membolehkan pekerja datang di kedai makan anda untuk makan dan jika bersesuaian, anda waktu petang pula, anda boleh menyediakan makanan masakan bergoreng, kueh untuk pelanggan yang datang di kedai makan anda.

6. Berhampiran kedai nombor ramalan

Sama ada anda percaya atau tidak, kebanyakan kedai makan berhampiran dengan kedai  menjual nombor ramalan selalunya didatangi oleh ramai pelanggan. Nombor ramalan yang ada di negara kita umpamanya, Sport Toto Malaysia, Magnum, dan PMP.

Pelanggan yang telah selesai melakukkan pembelian pertaruhan nombor ramalan selalunya akan singgah di kedai makan yang berhampiran untuk minum dan menikmati makanan. 

7. Berhampiran pusat cuci kereta

Jika kedai perkhidmatan cuci kereta didatangi oleh ramai pelanggan, anda boleh berbincang dengan pemilik kedai untuk membuka sebuah kedai makan ataupun gerai makan yang berhampiran dengan kedai cuci kereta tersebut kerana selalunya, semasa menunggu kereta siap dibasuh, pelanggan akan datang di gerai makan untuk makan ataupun minum.

Jika anda mampu menyediakan menu masakan yang sedap, bukan sahaja pelanggan yang mencuci kereta datang di gerai makan anda tetapi pelanggan dari luar akan datang ke gerai anda untuk menikmati menu masakan anda.

8. Kawasan perhentian (R&R)

Kawasan perhentian adalah kawasan hentian bagi pengguna leburaya iaitu dinamakansebagai R&R ataupun sebagai Rehat dan Rawat, kawasan hentian ini selalunya mempunyai perkhidmatan seperti tandas, surau, dan kedai-kedai makan.

Sekiranya anda berpeluang untuk membuka kedai makan di kawasan R&R yang diurus dengan baik, anda mampu menarik ramai pelanggan untuk singgah di kedai makan anda sekiranya menu masakan yang anda sediakan adalah istimewa.

9. Berhampiran universiti & kolej

Membuka sebuah kedai makan berhampiran dengan universiti ataupun kolej, mampu memberikan keuntungan berlipat kali ganda kepada anda sekiranya anda mampu menyediakan menu sarapan pagi dan menu tengah hari untuk pelanggan terutamanya sekali pelajar dengan harga yang amat berpatutan.

Kebanyakan pelanggan yang datang ke kedai makan anda adalah pelajar dan mereka masih tidak mempunyai wang yang mencukupi sekiranya anda mengenakan makanan dengan harga yang mahal, walau begitu, perniagaan anda masih mampu memberikan anda keuntungan sekiranya, makanan di kedai anda murah dan sekaligus menarik ramai pelajar untuk menikmati makanan di kedai makan anda.

10. Kawasan terminal bas, feri, lapangan terbang

Akhir sekali kawasan lokasi yang strategik untuk membuka kedai makan adalah kawasan terminal bas, feri, dan juga terminal lapangan terbang. Kawasan ini menjadi tumpun ramai orang setiap hari dan, membuka kedai makan di kawasan ini mampu memberikana anda keuntungan berganda.

Anda boleh membuka kedai makan dengan bercirikan menu makanan western food, menu makanan tempatan, menu seafood, atau lain-lain menu. Jika anda mampu menguruskan kedai makan anda di tempat ini dengan baik, tentunya pelanggan akan sentiasa datang di kedai makan anda.



Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.