Home » , » Syarat-Syarat Pengambilan Jawatan Pegawai Bomba Gred KB19

Syarat-Syarat Pengambilan Jawatan Pegawai Bomba Gred KB19

Adakah anda berminat untuk bekerja di sektor awam terutama sekali sebagai pegawai bomba? Tugas pegawai bomba adalah satu tugas yang murni, kerana ia membantu masyarakat bukan sahaja memadam kebakaran, tetapi sebagai penyelamat apa jua bencana alam dan juga kemalangan.

Walau begitu, untuk menjadi seorang anggota bomba, tidaklah semudah yang anda sangkakan, kerana anda akan menjalani beberapa prosuder pemilihan yang ketat terutama sekali melalui ujian fizikl, ujian pancaindera, dan memiliki kelayakan akademik yang diiktiraf serta anda adalah seorang warganegara Malaysia dan anda juga harus berumur tidak kurang 18 tahun daripada tarikh tutup iklan jawatan.

Syarat-syarat kelayakan akademik bagi pengambilan ke jawatan pegawai bomba gred KB19.

Baik, sebelum anda melakukkan permohonan bagi jawatan bomba melalui web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, perlu anda ketahui, untuk memohon jawatan ini, anda perlu mempunyai kelayakan dari segi akademik seperti berikut. 
  1.  Anda mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Gaji permulaan yang ditawarkan adalah mengikut gred KB19 iaitu gaji permulaan sebanyak RM 1360.
  2.  Anda mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan telah lulus serta anda memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Dua. Gaji permulaan yang ditawarkan adalah mengikut gred KB19 iaitu gaji permulaan sebanyak RM 1418.12.
  3. Anda mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan telah lulus serta anda memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Tiga. Gaji permulaan yang ditawarkan adalah mengikut gred KB19 iaitu gaji permulaan sebanyak RM 1476.24.
Sebagai pengetahuan anda juga, maksima gaji bagi gred ini adalah sebanyak RM 4052 dengan kenaikan gaji tahunan adalah sebanyak RM 100. Walau begitu apabila anda dinaikan pangkat, gred gaji anda akan berubah dan kadar kenaikan gaji tahunan juga berubah.
Credit: Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.

Syarat-syarat fizikal dan syarat pancaindera bagi pengambilan ke jawatan Bomba.

Selain anda harus mempunyai kelayakan akademik, syarat penting yang mesti anda lulus di dalam ujian adalah mengenai ujian fizikal anda dan juga ujian pancaindera.

Ujian fizikal

  • Bagi ujian dari segi fizikal, anda mesti mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 1.57 meter bagi calon lelaki dan bagi calon wanita pula, harus mempunyai sekurang-kurangnya ketinggian adalah 1.53 meter. Ukuran ketinggian ini diukur semasa anda tidak bersepatu.
  • Untuk ujian berat badan, bagi calon lelaki, harus mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 48 kilo gram (kg), dan calon wanita pula, sekurang-kurangnya mempunyai berat badan 46 kilo gram (kg).
  • Bagi calon lelaki sahaja, ukuran dada normal harus 81 sentimeter (sm) dan semasa menarik nafas pula, ukuran dada harus melepasi 86 sentimeter (sm).
  • Bentuk fizikal calon semasa dipanggil untuk ujian wajib tidak mengalami sebarang kecacatan.
  • Selain dari ujian fizikal ini, semua calon harus diperakui sihat oleh doktor yang berdaftar.

Ujian pancaindera

  • Bagi ujian pancaindera pula, anda akan diuji pelalui pengecaman warna, pengecaman abjad dan nombor serta pendengaran anda haruslah di dalam keadaan yang baik.
  • Mata kiri dan juga mata kanan anda akan diuji secara berasingan melalui ketetapan V/6/9 dengan tanpa mempunyai apa-apa bantuan cermin mata.

Ujian kecergasan fizikal wajib lulus

Semasa anda dipanggil untuk menjalani ujian fizikal dan ujian pancaindera, anda juga akan diuji oleh ketua perkhidmatan mengenai tahap kecergasan anda dan ujian ini harus anda wajib untuk lulus. Ujian kecergasan ini adalah, 
  • Bagi calon lelaki, anda akan diuji mengangkat bebanan besi seberat 54 kilo gram (kg) dan bagi calon wanita pula, akan diuji untuk mengangkat bebanan besi seberat 46 kilo gram (kg).
  • Calon akan diuji untuk menjulang serta menegakkan tangga jenis Ajak.
  • Calon akan diuji untuk menaiki tangga penyelamat setinggi 16.5 meter.
  • Calon akan diuji untuk memanjat tali.

Syarat lantikan khas ke jawatan Bomba bagi bekas anggota tentera.

Ini adalah syarat yang dikhaskan kepada bekas anggota tentera yang telah bersara untuk menjawat jawatan pegawai Bomba gred KB 19.
  • Bagi calon bekas anggota tentera yang telah bersara, calon sekurang-kurangnya berpangkat Prebet dan mempunyai pengalaman di dalam Aerofireman Driver Class satu serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik semasa bertugas sebagai tentera.
  • Syarat yang lain pula, harus lulus di dalam ujian fizikal, ujian pancaindera, dan juga lulus ujian kecergasan.

Tugas-tugas sebagai pegawai bomba gred KB19.

Sekiranya anda berjaya memperolehi jawatani ini, tugas-tugas yang perlu anda lakukkan mengikut kesesuaian jawatan dan gred anda seperti, melakukkan kerja-kerja pemadaman api semasa operasi kecemasan, melakukkan penyelenggaraan harian keatas kenderaan bomba termasuklah pam air bomba, pemanduan dan juga kerja-kerja pada bahagian bilik kawalan / pengawasan.

Persedian-persedian fizikal sebelum ujian fizikal.

Ini adalah beberapa tips untuk membolehkan anda berjaya serta lulus semasa menjalani ujian fizikal itu nanti. Persedian-persedian ini penting sebagai senjata kepada anda sendiri kerana ujian ini tentunya satu ujian yang sukar kerana anda perlu memanjat tali, mengangkat dan memanjat tangga, mengangkat berat, berkawad, dan lain-lain lagi ujian.

Persedian fizikal dan mental

Sebelum anda dipanggil untuk menjalani ujian fizikal di mana-mana balai bomba, pastikan anda benar-benar sihat dan cergas. Adalah lebih baik anda melakukkan latihan itensif persendirian, misalnya berjogging secara rutin setiap hari, melakukkan latihan di gym bagi memantapkan tahap kekuatan fizikal pada bahagian tangan, kaki dan anggota badan anda sendiri.

Apabila anda mempunyai tahap kecergasan yang mencukupi, ujian-ujian fizikal terutama sekali ujian kecergasan, anda mampu melaluinya dengan mudah. 

Latihan yang cukup sebelum menjalani ujian fizikal bukan sahaja memberikan anda tahap kecergasan yang mencukupi tetapi bagi mereka yang mempunyai berat badan yang tidak normal (obesiti), anda mampu menjadikan berat badan ke tahap yang lebih baik.

Patikan anda tidak mempunyai sebarang penyakit

Apa yang paling penting, anda tidak mempunyai sebarang penyakit. Ini kerana, sekiranya anda mempunyai penyakit-penyakit yang tertentu, apa yang dirisaukan, ujian fizikal keatas anda akan memudaratkan tahap kesihatan anda.

Selain itu, sekiranya anda lulus di dalam ujian fizikal di dalam keadaan anda mempunyai penyakit yang tertentu, anda akan menghadapi masalah pula apabila doktor berdaftar (doktor kerajaan) yang melakukkan medical check up terhadap anda di hospital, mengetahui mengenai penyakit anda.

Laporan dari doktor akan mengatakan, anda tidak berupaya untuk menjalani latihan menjadi sebagai pegawai bomba disebabkan penyakit yang anda alami. Sekiranya doktor yang melakukkan medical check up keatas anda tidak mengesan penyakit yang anda alami, masalah akan berlaku apabila anda menjalani latihan di pusat latihan bomba, kerana latihan mereka cukup mencabar dan memenatkan.

Rujukan / Suruhanjaya Perkhidmatan Awam / Fire & Rescue Department Of Malaysia.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.