Home » » Ingin Trade In Handphone? Ikuti Langkah-Langkah Ini Untuk Keselamatan Data Anda

Ingin Trade In Handphone? Ikuti Langkah-Langkah Ini Untuk Keselamatan Data Anda

Adakah anda ingin melakukkan trade in atau menjual telefon pintar anda? Selalunya mereka yang ingin menjual telefon pintar mereka disebabkan memerlukan kewangan dengan cepat atau ingin membeli telefon model terbaru.

Sebelum anda mengambil keputusan untuk melakukkan trade in handphone anda, adalah penting sekali untuk melakukkan beberapa langkah keatas telefon anda untuk memastikan semua data melalui telefon anda dipadam sepenuhnya untuk memastikan data-data penting yang kita simpan tidak sampai kepada pihak ketiga.

Langkah-langkah untuk memadam data pada telefon pintar

Berikut adalah beberapa langkah yang anda boleh lakukkan untuk memada segala data di telefon anda sebelum menjual kepada pihak kedai telefon ataupun menjual kepada orang lain.

1. Melakukkan back up telefon anda

Sebelum anda melakukkan trade in keatas telefon pintar anda, adalah penting untuk melakukkan back up semua data-data pada telefon anda untuk disimpan di tempat yag lebih selamat. Misalnya jika anda mempunyai telefon pintar iPhone, anda hanya pergi kepada bahagian tetapan, pilih iCloud dan seterusnya pilih Storage dan Back Up.

Bagi pengguna Android, anda harus menggunakan USB dan sambungkan ke komputer anda, cara ini membolehkan anda menyimpan semua data-data anda melalui komputer anda.

2. Menyulitkan semua data 

Tahukah anda, walaupun anda telah membuang semua data pada telefon anda, terdapat sofware yang mampu mengembalikan semula data-data yang telah dipadam. Perkara yang paling menakutkan, anda menjual telefon pintar anda kepada pembeli yang tidak sepatutnya, dan mereka telah mendapatkan semula data-data penting pada telefon walaupun anda telah memadam kesemua data tersebut.
Photo by, pexels, Licenced Via Creative Commons.org
Untuk mengelakkan hal ini berlaku, anda harus menyulitkan dengan menggunakan kata kunci unik pada telefon pintar anda agar data yang telah dipadam tidak boleh dibaca semula melalui sofware tertentu.

Bagi pengguna peranti iOS, penyulitan data hanya dilakukkan dengan melalui tetapan lalai, tetapi bagi pengguna peranti Android, anda harus mengaktifkan enkripsi secara manual dengan pergi ke menu Tetapan, klik pada Keselamatan, dan klik Sulitkan Peranti.

Proses ini harus mengambil sedikit waktu tetapi, cara ini menjadikan telefon pintar anda yang anda ingin jual atau trade in, sukar dibaca dengan menggunakan sofre tertentu.

3. Keluarkan sim kad atau kad SD

Pastikan sebelum anda melakukkan trade in telefon pintar anda, pastikan anda mengeluarkan sim kad dan juga kad SD pada telefon pintar anda. Setiap telefon pintar mempunyai cara-cara yang tertentu bergantung kepada jenis telefon tersebut untuk mengeluarkan sim kad ataupun kad SD.

4. Tetapkan semula telefon anda kepada tetapan kilang

Selepas anda telah selesai menyimpan segala data-data yang diperlukan pada telefon pintar anda, misalnya photo-photo, video, dan sebagainya, hal yang paling penting anda harus menetapkan semula telefon anda kepada tetapan kilang semula.

Cara ini akan memnyebabkan kesemua data-data anda sebelum ini akan terpadam dan menjadikan tetapan telefon anda sama semasa anda mula-mula membeli telefon itu dahulu.

Bagi pengguna iPhone, anda hanya pergi ke menu Tetapan, klik Umum, dan seterusnya klik Reset. Cara ini menjadikan semua data iPhone anda dipadam sepenuhnya.

Tetapan bagi pengguna Android pula, anda hanya pergi ke menu Tetapan, seterusnya pilih Privasi, dan klik Reset.

5. Melakukkan pembersihan telefon anda

Ini adalah langkah yang terakhir untuk persiapan anda sebelum melakukkan trade ini telefon pintar anda, walaupun cara ini tidak melibatkan data pada telefon anda tetapi idea membersihkan telefon pintar terlebih dahulu sebelum melakukkan trade ini dengan mengelap setiap bahagian telefon untuk memastikan ianya kelihatan bersih dan tidak kotor.

Idea ini bagi memastikan pembeli baru berpuas hati dengan dengan telefon pintar anda dan ianya lebih bersopan bukan? Jika boleh, pastikan anda menyertakan semula kotak asal dan asesori asal telefon misalnya hand free, dan juga charger. Pembeli baru tentunya akan berpuas hati dengan cara anda. - Rujukan / Gazelle.



Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.