Home » » Tips Tinggal Selesa Di Kawasan Apartment

Tips Tinggal Selesa Di Kawasan Apartment

Adakah anda tinggal di apartment? Atau anda berkira-kira untuk tinggal di kawasan perumahan jenis ini? Ramai daripada anda yang tinggal di kawasan perumahan apartment kurang mengambil berat beberapa tips yang sepatutnya boleh dipraktikan agar kita tidak menghadapi sebarang masalah untuk tinggal di kawasan perumahan apartmen.

Selalunya masalah yang sering berlaku apabila kita tinggal di kawasan apartment adalah, lif sering rosak, masalah sampah, masalah air, atau bermacam-macam lagi masalah yang timbul disebabkan kurangnya persediaan diri kita untuk tinggal di kawasan perumahan jenis apartment.

Tips agar selesa di kawasan perumahan apartment

Baik, berikut adalah mungkin beberapa tips yang berguna kepada anda agar sentiasa selesa tinggal di kawasan apartment.

1. Persediaan tong gas
Tong gas adalah memang wajib bagi kita untuk sediakan kerana tanpa tong gas bagaimana kita untuk memasak? Persoalannya disini, kita harus menyediakan sekurang-kurangnya 2 buah tong gas di kawasan perumahan apartment.

Jika anda tinggal di kawasan tingkat satu atau dua, mungkin anda tiada masalah untuk sering mengangkat tong gas apabila kehabisan gas pada tong gas memasak anda, tetapi apabila anda tinggal di tingkat yang lebih tinggi, bukankah ianya meletihkan anda?
Decorative Picture
Photo by, Free-Photos, Licenced Via Creative Commons.org
Meskipun apartment anda mempunyai lif, tetapi anda harus memikirkan seandainya lif di apartment anda secara tiba-tiba rosak, dan pada masa itu anda kehabisan gas memasak anda, ia sesuatu hal yang agak melecehkan bukan?

Jika anda memiliki sekurang-kurangnya 2 biji tong gas, walaupun lif rosak, dan pada masa yang sama gas memasak anda habis, sekurang-kurangnya anda masih mempunyai satu lagi stok gas memasak yang masih berisi.

2. Persediaan tong air
Ini adalah wajib, sering kali berlakunya masalah ketiadaan air adalah di kawasan perumahan apartment. Apa yang perlu anda lakukkan, anda mesti membeli beberapa tong air sebagai persediaan apabila kawasan perumahan anda tinggal mengahadapi masalah air, sekurang-kurangnya anda telah melakukkan persediaan untuk menyimpan stok air bersih.

Anda disyorkan membeli sekurang-kurangnya 1 atau 2 tong air berwarna biru yang mempunyai ukuran sederhana besar untuk anda menyimpan stok air bersih. Tahukah anda, ramai yang mengeluh apabila masalah ketiadaan air di kawasan apartment?

Apabila masalah air berlaku, yang menghadapi masalah selalunya, keluarga yang ramai dan anak-anak pula masih bersekolah. Apapun, anda harus mencari iktihar untuk mendapatkan tong air untuk anda menyimpan stok air bersih walaupun selalunya setiap apartment mempunyai tangki untuk menyimpan air tetapi bagi keluarga yag besar, ianya tidak mencukupi apabila berlakunya masalah air.

3. Plastik sampah
Sesetengah keluarga, mereka kurang memberi perhatian mengenai plastik sampah yang perlu disediakan apabila tinggal kawasan perumahan apartment, dan yang paling teruk, mereka membuang sampah ke bawah melalui tingkat apartment mereka tinggal. Ini sesuatu tabiat yang buruk dan ia mencerminkan siapa diri kita.

Bagi mengelakkan masalah tempat untuk menyimpan sampah di apartmen anda, setiap bekas plastik untuk membeli barang, simpanlah untuk kegunaan lain misalnya untuk kegunaan membuang sampah sebelum anda membuang ke kawasan tong sampah yang ada di kawasan apartment.

Anda juga boleh membeli plastik sampah yang banyak dijual di pasar raya untuk kegunaan anda apabila tinggal di apartment. Plastik sampah mempunyai pelbagai saiz dan anda dinasihatkan untuk memilih mengikut saiz keperluan anda.

Setiap kali adanya sampah, masukkan ke dalam palstik sampah dan seterusnya jika boleh apabila ianya penuh, buang dengan segera di kawasan pembuangan sampah yang disediakan di kawasan bawah kediaman apartmen anda untuk mengelakkan bau yang tidak menyenangkan.

4. Jangan Penuhi Banyak Barang
Jika anda membeli rumah apartmen tersebut, mungkin tidak memberi masalah sangat apabila anda memenuhkan aparten tempat anda tinggal dengan perabot seperti sofa, almari, kerusi, almari, katil atau lain-lain barangan kerana ia adalah keperluan anda.

Tetapi jika boleh, kurangkan perabot yang tidak perlu, kerana ia membuatkan kediaman apartment anda bertambah sempit. Bagi anda yang hanya menyewa di kawaasan apartment, adalah lebih baik hanya menempatkan barangan yang benar-benar penting sahaja, ini untuk keselesaan dan memudahkan anda apabila berpindah nanti.

5. Beli Mesin Pengering Pakaian
Masalah yang sering berlaku di kawasan perumahan apartmen juga adalah pakaian yang dikeringkan tidak kering disebabkan kurang menerima pancaran cahaya matahari disebabkan kedudukan perumahan apartmen itu sendiri.

Masalah akan bertambah teruk apabila tibanya musim hujan, sesetengah orang akan mengeringkan melalui kipas siling atau kipas berdiri (stand fan) tetapi ianya masih belum cukup untuk mengeringkan pakaian anda lebih-lebih lagi pakaian anda adalah banyak.

Anda mungkin boleh menyediakan bajet anda untuk membeli mesin pengering pakaian seperti jenis gas drayer, atau jika anda hendak harga yang lebih murah membeli pengering pakaian seperti Portable Electric Clothes Laundry Dryer yang banyak dijual secara online.

Dengan adanya mesin ini, apabila anda selesai membasuh pakaian anda, anda hanya memasukan pakain anda melalui mesin pengering elektrik ini dan ianya tidak perlu menunggu lama untuk pakaian anda kering. Amat mudah!

6. Beli Penyaman Udara (aircond)
Jika anda tinggal di mana-mana kawasan perumahan, masalah yang berlaku pada waktu malam adalah haba yang keluar daripada simen di sekitar perumahan dan ia akan menyebabkan kediaman menjadi panas dan tidak selesa.

Untuk keselesaan anda, anda disyorkan untuk mendapatkan penghawa dingin (aircond) yang dipasang di kediaman anda, anda boleh meletakkannya menerusi bilik anda ataupun ruang tamu.

Jika bajet anda tidak mencukupi untuk mendapatkan penghawa dingin yang memiliki hos power yang agak tinggi, cukuplah anda mendapatkan aircond dengan hos power 1HP daripada jenama Panasonic, LG, York, atau lain-lain jenama.

7. Jangan buang sampah pada mangkuk tandas
Ini adalah tabiat buruk yang sering berlaku di kawasan perumahan apartment dengan membuang sampah seperti tuala wanita, kapas, cotton bud, atau apa-apa sampah yang dibuang menerusi mangkuk tandas.

Tahukah anda, tabiat ini akan menyebabkan saluran tandas anda akan tersumbat. Oleh itu, pastikan anda ataupun keluarga anda agar tidak membuang bahan-bahan yang tidak sepatutnya ke dalam mangkuk tandas kerana apabila tandas anda tersumbat, memerlukan penyelangaraan dengan kos yang agak tinggi untuk baik pulih semula.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.