Home » » Tips Memilih Minyak Wangi Dengan Betul

Tips Memilih Minyak Wangi Dengan Betul

Bagaimana memilih minyak wangi dengan cara yang betul? Memilih perfume adalah satu kaedah yang cukup sukar sekiranya anda tidak mengetahui tips yang sepatutnya melakukkan pilihan. Ini disebabkan, di luar sana terdapat beribu-ribu jenis minyak wangi dan ia sesuatu  yang sukar semasa melakukkan pemilihan.

Di pasaran Malaysia, minyak wangi yang popular yang kita ketahui adalah seperti minyak wangi Dexandra (Dexandra Perfume), One Drop Perfume, Victoria Secret, Versace, Calvin Klein, Hugo Boss, Dunhill, 212 Vip, Gucci, dan macam-macam lagi minyak wangi yang popular.

Panduan memilih minyak wangi dengan kaedah betul

Tips ini mungkin serba sedikit boleh membantu anda semasa membeli minyak wangi di pasaran. Kerana, sekiranya anda salah memilih minyak wangi, kemungkinan anda akan menyesal disebabkan pilihan yang kurang tepat diatas pemilihan anda sendiri.
Decorative Picture
Photo by, Monicore, Licenced Via Creative Commons
Baik, berikut adalah beberapa tips yang perlu anda ambil perhatian semasa memilih minyak wangi.

1. Persediaan ke kedai minyak wangi
Tentunya, sebelum anda ke kedai minyak wangi atau, mana-mana pasaraya, pertimbangkan penentuan bajet anda sendiri dahulu, berapakah harga porfume yang sepatutnya anda beli, dan untuk siapakah minyak wangi tersebut.

Sekiranya untuk isteri anda, mungkin bajet yang agak besar sedikit berbanding dengan bajet untuk membeli minyak wangi untuk hadiah perkhawinan, hadiah hari jadi atau sebagainya. Jika untuk diri sendiri, anda haruslah menentukan bajet yang benar-benar sesuai dengan keperluan anda.

2. Jenis-jenis minyak wangi
Pentingnya anda mengetahui hal ini sebelum melakukkan pemilihan. Tahukah anda?Minyak wangi yang ada di pasaran ada yang berharga murah dan terdapat juga harga yang mahal hingga mencapai beratus-ratus dengan hanya sebotol malahan ada yang mampu mencapai hingga ribuan ringgit.

Pada  kebiasannya, minyak wangi yang mempunyai harga yang mahal, selalunya mampu bertahan dengan lebih lama dan minyak wangi yang berharga murah pula, ketahanan minyak wangi tersebut adalah tidak tetap.

Ketahui tentang hal ini, minyak wangi yang berada di pasaran, anda boleh membaca maklumat perfume melalui botol minyak wangi tersebut contohnya, jika tertera maklumat pada botol minyak wangi dengan nama, Eau de cologne, minyak wangi jenis ini mempunyai kepekatan wangian yang terendah sekali iaitu sebanyak 3%-5% kandungan minyak, air dan juga alkohol. Minyak wangi ini mampu bertahan hanya di dalam anggaran 2 jam sahaja.

Eau de toilette pula mempunyai kepekatan minyak sebanyak 4% hingga 8% dan mampu bertahan sehingga 3 hingga 4 jam. Eau de parfum mempunyai kepekatan sebanyak 15% hingga 18% minyak bercampur dengan alkohol dan ia mampu bertahan sehingga 6 jam. 

Minyak wangi yang memiliki kepekatan tertinggi kandungan minyak di dalam anggara 15% hingga 30% bercampur dengan alkohol. Minyak wangi ini mampu bertahan 24 jam, maklumat pada botol minyak wangi ianya hanya tertera Perfume atau Parfum.

Jika anda mempunyai minyak wangi anda sekarang, baca jenis dan peratus kandungan minyak serta alkohol pada minyak wangi anda. Disini anda ketahui sejauh mana ketahanan minyak wangi anda. Ianya amat mudah!

4. Pemilihan minyak wangi
Sebelum membeli minyak wangi pentingnya anda mengetahui apakah wangian yang anda suka atau jika anda membelikan minyak wangi untuk dijadiakn hadiah, minyak wangi untuk isteri umpamanya, anda hanya perlu ketahui apakah minyak wangi yang digunakan oleh mereka.

Menurut beberapa rujukan selalunya minyak wangi ini mempunyai empat kategori wangian seperti,

  • Bunga-bungaan segar- Seperti bunga oren, lavender, bunga merah, bunga ros (disukai oleh wanita)
  • Buah-buahan bau menyegarkan- Buah sitrus, limau, epal, aprikot, 
  • Wangian kayu- Bau yang bersahaja seperti  bau seperti nilam, aokmoss dan bergamot 
  • Wangian orintal / pedas- Wangian rempah seperi  kayu manis, dan vanilla

5. Apa harus dilakukkan semasa memilih minyak wangi
Jika anda telah ketahui ketegori wangian, tips yang seterusnya adalah bagaimana untuk memilih minyak wangi semasa anda ke pasar raya atau ke kedai minyak wangi.

a) Pertama sekali yang perlu anda lakukkan, jangan menghidu terlalu banyak minyak wangi menerusi sampel kerana ia akan lebih memeningkan anda ketika melakukkan pilihan. Dinasihatkan anda hanya menghidu enam sampel sahaja.

b) Jangan terlalu mencari wangian yang benar-benar sempurna kerana ia akan menyebabkan anda akan merasa keciwa disebabkan kesukaran melakukkan pemilihan.

c) Anda digalakkan untuk membawa kawan bersama kerana adakalanya kawan dapat membantu anda untuk melakukkan pilihan yang tepat.

d) Lakukkan servay dahulu untuk penilaian harga dan memastikan dimana kedai minyak wangi yang mempunyai kakitangan yang berpengalaman mengenai minyak wangi.

e) Semasa melakukkan pilihan jenis bau minyak wangi, sebaiknya melakukkan semburan tester, dengan mengunakan blotter, dan tulis jenis minyak wangi tersebut. Jika anda menyukai bau tersebut simpan blotter di dalam beg sebagai rujukan anda.

f) Jangan melakukkan beberapa semburan minyak wangi di lengan anda melalui sampel tester kerana bau tersebut akan bercampur.

g) Minta sampel minyak wangi yang anda sukai kerana selalunya, kedai minyak wangi yang mempunyai reputasi yang baik, akan merasa bangga dengan anda dan tidak keberatan untuk memberikan sampel kerana anda benar-benar berminat dengan minyak wangi mereka.

h) Setiap kali menghidu sampel minyak wangi, adalah lebih baik menyegarkan kembali pernafasan anda dengan menghidu sesuatu yang neutral misalnya seperti kopi, atau bau yang neutral.

i) Semasa datang ke kedai minyak wangi, jangan menggunakan wangian badan seperti losyen atau minyak wangi yang lain kerana ia akan menganggu pemilihan minyak wangi yang anda inginkan.

j) Jika anda mengalami kesukaran untuk mendapatkan minyak wangi yang sesuai, disarankan anda membeli sampel dahulu sekiranya kedai minyak wangi tidak memberikan sampel yang percuma kepada anda dan gunakan selama beberapa mingu sampel minyak wangi tersebut dan sekiranya anda sesuai dengan wangian tersebut, barulah anda disaran untuk membeli minyak wangi dengan botol yang lebih besar.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.