Home » » Punca Masalah Kereta Perodua Viva Bau Petrol Serta Hilang Power

Punca Masalah Kereta Perodua Viva Bau Petrol Serta Hilang Power

Memiliki kereta adalah keperluan yang amat penting pada zaman sekarang, walau begitu, kereta yang kita miliki tidak selamanya berfungsi dengan baik, adakalanya apabila tibanya masa untuk rosak, kita terpaksa menghantar kereta ke bengkel untuk pembaikan.

Penulis berkongsi dengan anda semua, mengenai masalah kereta Perodua Viva yang tiba-tiba mengeluarkan bau petrol semasa enjin dihidupkan, bunyi enjin kereta seolah-olah semput, dan juga semasa kereta bergerak, ia telah kehilangan power atau kehilangan pickup. Apa sebenarnya telah berlaku?

Pengalaman kereta Perodua Viva tiba-tiba mengeluarkan bau petrol serta hilang kuasa kelajuan.

Sebenarnya, pengalaman ini hanya berdasarkan apa yang dialami oleh penulis dan ia tidak mewakili keseluruhan punca kerosakan bagi masalah kereta anda tetapi penting bagi anda untuk jadikan sebagai rujukan.

Penulis memiliki sebuah kereta jenis Perodua Viva 850, apa yang berlaku, beberapa bulan yang lepas, semasa menghidupkan enjin kereta, bunyi enjin seolah-olah semput, enjin bergegar, dan mengeluarkan bau petrol yang agak kuat.

Pada mulanya, penulis beranggapan, masalanya mungkin berpunca dari ekzos yang bocor, penulis cuba melihat pada bahagian bawa kereta iaitu pada bahagian ekzos untuk melihat jika terdapatnya kebocoran yang berlaku.

Disebabkan kekurangan alat untuk melihat dengan lebih jelas pada bahagian ekzos, penulis tidak menemui sebarang kebocoran pada bahagian paip ekzos dan masih tertanam di dalam fikiran penulis, masalah tersebut disebabkan kebocoran kecil pada paip ekzos kereta.

Kesan memandu apabila mengalami masalah ini.

Disebabkan kesibukan tugas, penulis masih memandu kereta Perodua Viva tersebut seperti biasa tanpa membawa ke bengkel untuk pemeriksaan. Apa yang berlaku disebabkan masalah ini, kereta akan mengalami kesan-kesan ini.
  • Kereta akan kehilangan pickup/kehilangan kelajuan terutamanya mendaki bukit.
  • Kelajuan pemanduan hanya mencapai 80km sejam, walaupun telah menekan minyak pada tahap maksima.
  • Minyak petrol kereta cepat sangat habis walaupun baru sahaja mengisinya.
  • Bau petrol di dalam kereta dan juga melalui ekzos.
  • Bunyi enjin kereta seolah-olah semput seperti mengalami kebocoran ekzos.

Mengenalpasti punca-punca Perodua Viva tiba-tiba mengeluarkan bau petrol serta hilang kuasa kelajuan.

Sebenarnya, penulis mengenalpasti punca masalah kereta ini berlaku hanya kebetulan sahaja. Kisahnya begini, seorang kawan meminta bantuan kepada penulis untuk mengambil seorang mekanik di sebuah bengkel persendirian untuk melihat masalah kereta nya yang tersadai di tepi jalan disebabkan enjin mati secara tiba-tiba.

Setibanya di bengkel tersebut, mekanik telah bertanya kepada penulis mengapa enjin kereta seolah-olah semput dan bunyi seperti enjin motor boat dan saya telah menerangkan masalah apa yang telah berlaku.

Jika mekanik yang berpengalaman, ia akan cepat mengetahui punca masalah yang berlaku, dan mekanik mengatakan, puncanya adalah bukan pada masalah kebocoran pada ekzos tetapi disebabkan kemungkinan sama ada masalah spark plug ataupun punca masalah daripada coil plug / ignition coil yang telah rosak.

Setelah selesai mekanik melakukkan pembaikan kereta kawan penulis yang tersadai di tepi jalan, penulis telah menghantar mekanik tersebut ke bengkelnya. Setibanya di bengkel, mekanik telah melakukkan pemeriksaan terhadap ignition coil  Perodua Viva milik penulis.

Mekanik itu hanya mengambil masa hanya 5 minit untuk pemeriksaan dan dia mengatakan puncanya disebabkan daripada 3 ignition coil  yang ada, tinggal 2 ignition coil yang berfungsi dan 1 ignition coil  tidak berfungsi disebakan telah rosak.

Fungsi ignition coil ini adalah untuk pembakaran atau pengapian contohnya daripada 12 voltan yang dikeluarkan daripada plug menjadi beribu voltan apabila melalui ignition coil. Apabila salah satu ignition coil rosak, pembakaran tidak berlaku dengan normal, dan sebab itulah berlakunya bau petrol yang kuat.

Membeli ignition coil / coil plug di kedai alat ganti (Spare Part)

Apabila mekanik telah mengethui punca masalah kereta Perodua Viva penulis, mekanik telah membawa penulis ke kedai alat ganti yang berhampiran dan melakukkan pembelian alat ganti ignition coil Perodua Viva yang baru.

Harga alat ganti ini tidak lah mahal sangat, bagi sebuah ignition coil yang baru hanya berharga RM 130. Setelah membeli alat ganti tersebut, mekanik segera memasang ignition coil yang baru yang mana, masa diperlukan untuk memasang alat ganti ini hanya memerlukan  4-5 minit sahaja.
Ignition Coil / Coil Plug
Wow! Penulis sangat teruja, kerana selepas mekanik melakukkan pemasangan ignition coil yang baru, bunyi enjin seperti moto boat sebelum ini, bau petrol, ekzos seperti bocor, telah hilang, dan enjin kembali berbunyi senyap seperti sedia kala (normal).

Selain itu juga, kelajuan pada kereta semasa melakukkan speed, ianya kembali normal dan memang sah, punca masalah kereta Perodua Viva milik penulis memang sah disebabkan ignition coil yang rosak.

Mekanik juga ada mengatakan kepada penulis, sekiranya bukan berpunca daripada ignition coil yang rosak, terdapat kemungkinan berpunca dari spark plug yang telah rosak / kotor. 

Oleh itu sekiranya kereta anda mengalami seperti situasi yang sama dialami penulis, anda di nasihatkan untuk melakukkan pemeriksaan pada ignition coil ataupun spark plug kereta anda.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.