Home » » Kelebihan Menggunakan Minyak Rambut Pomade

Kelebihan Menggunakan Minyak Rambut Pomade

Minyak rambut Pomade telah menjadi begitu popular sekali di Malaysia pada masa ini terutama sekali bagi kaum muda-mudi kerana ketahanan penggunaan minyak rambut jenis ini keatas rambut selain mampu memberikan style yang kita inginkan.

Minyak rambut Pomade mempunyai kelainan yang tersendiri berbanding dengan minyak rambut yang dijual di pasaran kerana bahan-bahan yang diperbuat daripada asas yang berbeza dengan kebanyakan minyak rambut.

Minyak rambut Pomade mempunyai sejarah yang tersendiri dan perkataan Pomade itu adalah berasal daripada bahasa Francis yang memberikan maksud, bahan yang berminyak, lilin dan mempunyai asas air dari pembuatannya.

Sejarah ringkas minyak rambut Pomade
Melalui beberapa rujukan, minyak rambut Pomade ini telah melalui banyak zaman dan amat popular digunakan di Eropah pada abda ke 20 yang mana bahan asas Pomade pada masa itu adalah dari lemak haiwan, petroleum jeli, dan juga kandungan lilin serta bahan dari lilin madu lebah.
Photo by, @N3T10, Licenced Via Creative Commons.org
Syarikat yang begitu popular menghasilkan minyak rambut pomade pada masa zaman tersebut adalah seperti Pomade Superior Murray, Royal Crown Hair Dressing, Dixie Peach Hair Pomade dan juga Brylcreem.

Apakah kelebihan menggunakan minyak rambut pomade?
Minyak rambut pomade amat disukai oleh ramai orang kerana ianya mampu bertahan lebih lama dari segi penggunaannya, minyak rambut jenis ini juga tidak seperti minyak rambut yang lain, pemakaian minyak rambut ini akan menjadikan rambut anda tidak akan kering.

Menggunakan minyak rambut pomade amat bagus sekali kerana anda mampu mengenakan pelbagai gaya rambut terkini seperti, pompadour, ducktail, quiff dan termasuklah gaya untuk side burn, misai dan juga jambang, serta amat sesuai bagi rambut jenis afro untuk mengelakkan daripada kering.

Dengan menggunakan minyak rambut ini juga menjadikan rambut anda kelihatan berkilat, hitam, dan juga kelihatan licin. Selain dari itu, minyak rambut pomade zaman sekarang  amat mudah dicuci berbanding dengan minyak rambut pomade tradisional.

Bahan-bahan asas membuat pomade
Pada tahun 2001, syarikat Layrite telah menghasilkan minyak rambut pomade berasaskan air dan juga minyak lilin. Kandungan minyak lilin telah dikurangkan untuk menjadikan amat mudah untuk dicuci dengan menggunakan air. Walau begitu, pada masa ini bahan asas pomade banyak menggunakan minyak lilin madu dan juga pomade berasaskan air.

Jenis minyak rambut pomade
Sesetengah minyak rambut pomade mensasarkan pengguna tertentu umpamanya produk pomade mustache wax yang mana mensasarkan untuk lelaki bermisai dan bagi pomade Ultra Sheen pula mensasarkan pengguna rambut jenis afro untuk mengelakkan rambut agar tidak mengering.

Di pasaran mempunyai pelbagai jenis minyak rambut pomade dan setiap jenis minyak rambut mempunyai kegunaan-kegunaan yang berbeza dan terdapat minyak rambut pomade yang dikhaskan untuk menjadikan rambut anda berwarna tetapi ianya akan hilang apabila dicuci.

Walau begitu, bahan asas adalah masih tetap sama iaitu menggunakan madu lilin dan juga berasaskan air. Antara jenis pomade yang ada di pasaran Malaysia adalah seperti, Goon Grease, Suavecito, Mizu Aqua, The Perstige, Cock Grease, Shiner Gold Pomade, Hipster Pomade Vanilla, Pomade Brown Gel, King Pomade Water Base, Skelton Stylist Shaping, dan pelbagai lagi.

Harga minyak rambut pomade
Minyak rambut pomade sebenarnya mempunyai harga yang berbeza-beza bergantung kepada jenis pomade itu sendiri. Di Pasaran Malaysia terdapat pomade yang dijual dengan harga RM 10, RM 15, RM 35, RM 65 , dan ada yang mampu mencapai sehingga beratus ringgit bergantung kepada jenis minyak pomade serta kualiti minyak rambut pomade itu sendiri.

Tempat jual minyak rambut pomade
Bagi minyak rambut pomade murah, anda boleh mendapatkan melalui mana-mana pasar malam, atau mana-mana kedai dengan harga RM 10 setin, tetapi ianya tidak menjamin keaslian ataupun kualiti minyak pomade tersebut.

Pastikan sebelum membeli minyak rambut itu, baca dengan teliti maklumat minyak pomade melalui makluman yang tertera pada tin, untuk memastikan adakah minyak rambut pomade itu adalah benar-benar asli atau sebaliknya, kerana apa yang kita risau kita membeli produk tiruan dan seterusnya memberikan kesan keatas rambut kita.

Selain itu, anda juga boleh membeli secara online melalui mana-mana laman e-dagang seperti Lazada, Zalora, Sephora, atau mana-mana kedai online.

Membeli minyak rambut pomade dari pengedar Pomade berkualiti di Malaysia
Jika anda inginkan produk pomade yang benar-benar asli, anda boleh membeli secara online melalui syarikat The Pompadour Trading di mana syarikat ini menjual produk minyak rambut pomade yang benar-benar berlualiti. Lokasi Syarikat ini berada alamat 27-3, Jalan USJ 9/5M, UEP Subang Jaya, 47620 Subang Jaya, Subang Jaya Selangor Malaysia.

Untuk melakukkan pembelian atau melihat minyak rambut pomade yang berkualiti dan murah daripada syarikat mereka, anda boleh terus ke halaman mereka melalui link ini.

>>>PENGEDAR MINYAK RAMBUT POMADE MALAYSIA<<<

Tahukah anda, bukan sahaja di Malaysia sebenarnya, minyak rambut pomade telah menjadi trend terkini bagi kebanyakan masyarakat dunia terutama sekali kaum lelaki. Di Barat dan juga Eopah, minyak rambut pomade telah digunakan dengan secara meluas dan ianya amat popular sekali,  anda tidak rugi untuk mencubanya!



Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.