Home » , » Idea Cari Duit Sampingan Di Kampus Universiti

Idea Cari Duit Sampingan Di Kampus Universiti

Belajar di universiti tidak sama dengan situasi pembelajaran di sekolah menengah, hampir 80% pembelajaran adalah berdasarkan usaha kita sendiri untuk belajar dan di samping itu, kita terpaksa mengeluarkan banyak wang untuk penugasan kita di dalam pembelajaran.

Jika anda dari keluarga yang senang, mungkin perbelanjaan di universiti tidak memberi masalah sangat mengenai soal kewangan tetapi bagi mereka yang berasal dari latar belakang yang agak susah, soal kewangan mungkin harus diberi perhatian yang serius.

Sebenarnya, jika anda tinggal di kampus universiti, beberapa idea ini mungkin boleh menambahkan sedikit ataupun mampu memberikan anda pendapatan untuk menampung perbelanjaan-perbelanjaan semasa anda tinggal di kampus universiti.

Idea yang mampu memberikan anda pendapatan sampingan semasa tinggal di kampus universiti

Sebagai pengetahuan anda, idea ini telah diamalkan ramai student atau pelajar-pelajar di universiti untuk memperolehi pendapatan sampingan semasa berada di kampus universiti.

Baik, idea-idea berikut, mungkin boleh memberi idea kepada anda untuk  membolehkan anda memperolehi sedikit pendapatan sampingan semasa tinggal di kampus universiti.

Bisnes jual top up (kredit telefon)

Ini adalah bisnes yang paling mudah dan mampu memberikan anda sedikit keuntungan dengan menjual top up atau kad reload semasa anda tinggal bersama-sama dengan rakan-rakan di kampus universiti.

Kad reload atau top up telefon, adalah keperluan yang amat penting dan ianya diperlukan oleh semua orang pada masa ini. Bagaimana caranya untuk memulakan bisnes ini?

Terdapat beberapa cara bagaimana untuk memulakan bisnes ini dengan permulaan modal yang sedikit tetapi ianya mampu memberikan modal pulangan yang agak berbaloi untuk anda memulakannya.

Cara yang pertama adalah mendaftarkan diri untuk menjadi ejen top up dimana setiap kali anda melakukkan reload telefon kepada pelanggan, anda mampu memperolehi keuntungan di dalam anggaran RM 0.45 sen.

Walaupun keuntungan yang agak kecil, tetapi, apabila anda memperolehi pelanggan yang ramai, anda memperolehi keuntungan yang agak banyak.

Anda boleh juga mengeluarkan sedikit modal dengan membeli kad top up, di mana-mana kedai telefon dan menjualnya semula di kampus universiti. Misalnya anda membeli kad top up RM 5 Celcom sebanyak 100 keping dengan modal RM 500 keseluruhannya.

Jika anda menjual kepada pelanggan anda dengan harga RM 5.50 setiap top up tersebut dan mampu menjual keseluruhan top up kepada rakan-rakan di kampus, anda mampu memperolehi keuntungan bersih sebanyak RM 50.

Jika anda merasa idea mengeluarkan modal untuk membeli kad top up agak tidak berbaloi, terdapat cara yang lebih mudah iaitu dengan hanya membeli top up melalui online banking.
Decorative Picture
Photo by, PublicDomainPicture, Licenced Via Creative Commons
Misalnya jika anda mempunyai akaun Maybank2u, anda hanya perlu, membeli kredit top up melalui web tersebut sekiranya terdapat pelanggan yang membeli top up kredit daripada anda dan terpulang kepada anda untuk mengenakan caj melalui perkhidmatan yang anda berikan.

Mungkin anda boleh mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM 0.50 hingga RM 1 bagi setiap pelanggan yang membeli kredit top up yang ditolak melalui akaun Maybank2u anda.

Untuk mendapatkan pelanggan melalui penjualan top up, anda perlu memberitahu kepada semua kawan-kawan anda di kampus mengenai perkhidmatan yang anda boleh berikan kepada mereka.

Bisnes jual maggi

Maggi adalah makanan yang amat popular di kampus universiti memandangkan terpaksa berjimat cermat disebabkan kos pembelajaran yang agak tinggi.

Anda boleh mengeluarkan sedikit modal untuk membeli stok maggi di dalam beberapa kotak untuk dijual kepada rakan-rakan di kampus universiti.

Walau keuntungan tidak lah banyak dengan menjual maggi dengan kawan-kawan tetapi wang hasil jualan  berbaloi untuk menampung makan dan minum anda di kantin universiti.

Anda boleh menjual maggi di dalam anggaran RM 1.50 hingga RM 2 bagi setiap bungkus maggi. Pada waktu malam, bisnes maggi anda tentunya akan laku disebabkan ramai kawan-kawan yang ingin menikmati maggi semasa membuat ulangkaji pelajaran.

Perkhidmatan buat  assigment

Ini adalah bisnes yang paling menguntungkan semasa anda tinggal di kampus universiti, walaupun cara ini dilarang dan melanggar peraturan universiti, mana-mana universiti, terdapat student yang sanggup untuk menawarkan perkhidmatan untuk membuat assigment bagi student yang lain disebabkan kekangan kewangan.

Jika anda sanggup dan mempunyai pengetahuan yang luas mengenai assigment yang diberikan oleh student lain kepada anda, mungkin anda boleh menawarkan diri untuk membuat assigment daripada pelajar lain jika terdapat tawaran untuk kerja-kerja tersebut.

Walau begitu, cara ini tidak disyorkan kepada anda kerana sekiranya diketahui oleh pihak universiti, anda berisiko untuk dikenakan tindakan disiplin atau lebih teruk lagi anda akan dibuang dari universiti.

Perkhidmatan fotostat dan scan

Anda boleh membeli mini printer yang mempunyai fungsi scan untuk tugasan anda semasa anda tinggal di kampus universiti kerana printer begitu penting sekali untuk penugasan-penugasan tertentu terutamanya membuat assigment.

Selain untuk kegunaan anda, anda boleh menawarkan kepada kawan-kawan anda di kampus mengenai perkhidmatan photostat dan scan yang anda berikan.

Anda boleh mengenakan bayaran bagi setiap kertas kerja yang diprint melalui printer anda dengan bayaran RM 0.05 sen bagi sekeping kertas bagi colour hitam dan putih, bagi photokopi berwarna, anda boleh mengenakan caj anggaran RM 0.10 hingga RM 0.50 bagi setiap helaian kertas yang diprint.

Perkhidmatan kereta sewa / motor

Jika anda mempunyai kereta ataupun motosikal, anda boleh menawarkan kepada kawan-kawan anda di kampus mengenai perkhidmatan kenderaan sewa yang anda berikan.

Di kampus universiti, ramai student, yang melakukkan cara ini untuk menampung perbelanjaan yang tinggi semasa melanjutkan pelajaran di universiti.

Anda boleh mengenakan sewa per jam atau sewa untuk sehari kenderaan anda. Misalnya, RM 5 hingga RM 10 untuk sewa sejam dan mungkin RM 40 hingga RM 60 untuk sewa sehari.

Idea ini amat menguntungkan tetapi pastikan setiap pelajar yang menyewa kenderaan anda memiliki lesen memandu yang sah.

Bagaimana jika anda tidak mempunyai kereta ataupun motor? Anda masih boleh menjalankan bisnes ini dengan menyewa kereta di luar dan anda menyewakan pula kepada pelajar di kampus universiti, tetapi pastikan anda telah berbincang dengan pemilik kereta sewa terlebih dahulu untuk persetujuan bersama.

Perkhidmatan mencetak baju

Di universiti, tentunya mempunyai pelbagai persatuan dan juga kelab umpamanya kelab sukan, penyelidikan, dan banyak lagi. Anda boleh menawarkan kepada setiap kelab ataupun persatuan di kampus universiti, anda mempunyai perkhidmatan untuk mencetak baju.

Apa yang perlu anda lakukkan, anda perlu menyediakan beberapa bentuk design baju kepada kelab tersebut dan harga bagi setiap helaian baju yang telah siap.

Di dalam masa yang sama, anda telah pun melakukkan servay kedai printing baju di tempat yang berhampiran dengan kampus universiti mengenai detail harga dan jenis-jenis Tshirt.

Apa yang paling penting disini, harga baju harus sesuai dengan kualiti baju serta design yang diperlukan.

Idea-idea cari duit sampingan yang lain

Sebenarnya terdapat bermacam cara lagi untuk menjadikan anda mampu memperolehi sedikit pendapatan sampingan semasa tinggal di kampus universiti, misalnya jika anda mempunyai kemahiran untuk gunting rambut, anda boleh menawarkan perkhidmatan gunting rambut kepada rakan-rakan anda dengan bayaran RM 5 bagi setiap perkhidmatan.

Jika anda mempunyai kemahiran bahasa english atau bahasa yang lain, anda boleh menawarkan rakan-rakan di kampus untuk belajar bahasa yang mereka ingin belajar dengan tawaran harga yang sesuai bagi setiap seisi pembelajaran.

Pendek kata, jika anda mempunyai kemahiran di dalam diri anda, keluarkan kemahiran anda tersebut untuk mendapatkan sedikit pendapatan hasil dari kemahiran anda.

Selain itu, semasa anda cuti semester, anda boleh mencari pekerjaan sampingan di mana-mana pasaraya untuk mendapatkan sedikit pendapatan sampingan bagi memenuhi keperluan anda apabila memasuki kampus universiti semula.



Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.