Home » » Cara Mudah Buka Akaun ASB (Amanah Saham Bumiputera)

Cara Mudah Buka Akaun ASB (Amanah Saham Bumiputera)

Bagaimana cara buka akaun ASB? Baik, sebelum itu,  mari kita ketahui apa itu maksud ASB dahulu, ASB adalah singkatan bagi Amanah Saham Bumiputera yang dikendalikan oleh sebuah syarikat pengurusan unit amanah iaitu Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) anak syarikat kepada PNB atau Permodalan Nasional Berhad.

Membuka akaun ASB tidaklah sesukar mana, tetapi apa yang penting anda mesti tahu status kelayakan anda, penyediaan dokumen-dokumen yang diperlukan, dimana harus buka akaun,  apakah jenis borang yang perlu diisi, dan juga minima wang perlu untuk membuka akaun.

Panduan Mudah Buka Akaun ASB (Amanah Saham Bumiputera).

Baik, ini adalah step by step untuk anda perlu ketahui sebelum membuka akaun ASB dan juga layak atau tidak untuk anda membuka akaun ASB.

1. Syarat Kelayakan Permohon ASB.
Sebagai pengetahuan anda, yang layak untuk membuka akaun ASB adalah kaum Bumiputera Melayu, Orang Asli, dan juga penduduk Peribumi Sarawak serta Sabah.
Amanah Saham Bumiputera
Selain itu, kaum minoriti warganegara Malaysia seperti, Eurasian, Portugis, Serani, India Muslim, Siam, dan juga Mualaf,  layak untuk melabur untuk akaun yang dikhaskan untuk bumiputera.

2. Jenis Akaun ASB dan kategori umur.
Akaun ASB terbahagi kepada dua jenis iaitu,
  • Akaun Remaja
  • Akaun Dewasa
a) Akaun Remaja (Akaun Bijak/Akaun Remaja).
  • Had kelayakan umur - 18 tahun ke bawah dan minima umur untuk buka akaun adalah 6 bulan keatas.
  • Had pelaburan - RM 50k
b. Akaun Dewasa.
  • Had kelayakan umur- 18 tahun keatas
  • Had Pelaburan- RM 200k
3. Dimana harus buka akaun ASB.
Anda boleh membuka mana-mana akaun ASB di kaunter Utama ASNB, cawangan-cawangan ASNB, dan juga mana-mana ejen ASNB seperti  Maybank, Pejabat Pos, RHB Bank, BSN, serta CIMB.

4. Dokumen yang diperlukan semasa buka akaun.
Bagi anda yang ingin membuka Akaun Remaja untuk anak-anak anda, anda sebagai penjaga ibubapa kepada anak anda , harus membawa Mykad ibu bapa/penjaga, Mykad anak, atau sekiranya anak anda masih kecil, diperlukan sijil lahir dan juga Mykid.

5. Borang yang perlu diisi.
Apabila anda ke mana-mana kaunter ASNB atau ejen ASNB, anda boleh mendapatkan borang permohonan buka akaun ASNB P1 untuk Akaun Dewasa , borang ASNB P2 untuk Akaun Bijak/Akaun Remaja.

Sesetengah tempat terdapat borang untuk Akaun Dewasa dan juga Akaun Remaja yang digandingkan bersama, bermakna borang ini boleh diisi oleh pemohon remaja ataupun pemohon dewasa

6. Jangan lupa wang untuk dilaburkan/simpanan.
Untuk membuka akaun, minima wang yang diperlukan adalah RM 10 sahaja dan RM 1++GST untuk caj pemprosesan.

Walaupun minima RM 10 sahaja untuk membuka akaun, anda boleh memasukkan terus wang yang lebih banyak ke akaun anda misalnya RM 200, RM 500, atau lebih banyak daripada itu pun boleh sebagai simpanan anda.

Untuk pemahaman yang lebih lanjut mengenai pelaburan ASB, anda boleh melayari laman rasmi ASNB sendiri melalui alamat http://www.asnb.com.my. 






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.