Home » , » Cara Jual Motor Masih Mempunyai Hutang

Cara Jual Motor Masih Mempunyai Hutang

Adakah anda ingin menjual motosikal anda? Tetapi bagaimana pula jika motor anda masih mempunyai baki hutang di bank, hutang di kedai, atau hutang melalui Eon Credit? Kadang-kadang, ia sesuatu hal yang boleh memeningkan kepala bukan?

Walau begitu, masih terdapat beberapa cara atau idea bagaimana untuk menjual motosikal anda walaupun masih mempunyai baki hutang. Terdapat banyak sebab, mengapa anda ingin menjual motorsikal anda, mungkin anda memerlukan wang dengan segera, atau anda ingin membeli motosikal baru, ataupun alasan-alasan yang lain.

Cara-cara jual motosikal yang masih mempunyai baki hutang

Berikut adalah mungkin beberapa idea yang boleh anda guna pakai bagaimana menjual motosikal anda yang masih mempunyai baki hutang.

1. Kenal pasti dimanakah anda melakukkan sewa beli motor
Baik, langkah pertama yang perlu anda fikirkan adalah ketahui dimanakah anda melakukkan sewa beli motosikal anda, sama ada di bank, kedai, ataupun Eon Credit. Ini sebagai pengetahuan awal anda kerana setiap tempat anda melakukkan sewa beli mungkin mempunyai prosuder yang berbeza sekiranya anda menjual motosikal anda.

2. Kira baki hutang dahulu
Langkah yang kedua, kira dahulu berapakah baki sewa beli motorsikal anda, bagi memudahkan anda, adalah lebih baik terus mengunjungi dimanakah kedai anda beli motorsikal anda dahulu, misalnya jika anda membeli motor melalui kedai motorsikal, tanya melalui kedai berkenaan baki hutang motorsikal anda yang perlu dilangsaikan.

Jika anda melalui bank, berhubung terus kepada bank tersebut dan jika anda melalui Eon Credit pula, hal yang sama juga anda lakukka iatu menghubungi talian hotline Eon Credit atau mengunjungi mana-mana kaunter pejabat Eon Credit di kawasan anda sekiranya ada.

Pengetahuan ini penting untuk mengetahui jumlah sebenar baki hutang yang perlu anda langsaikan. Misalnya jika baki hutang masih berjumlah RM 2000, catit di dalam buku saku anda serta bayaran bulanan yang perlu anda bayar.

3. Cari pembeli motosikal anda
Step yang seterusnya, adalah mengenai siapakah pembeli motosikal anda, mungkin anda boleh bertanya kepada kawan-kawan terlebih dahulu bahawa anda ingin menjual motosikal anda, ini kerana menjual kepada kawan-kawan lebih baik disebabkan, urusan penjualan lebih mudah sedikit berbanding dengan orang yang anda tidak kenali kerana anda telah mengenali pembeli motosikal anda.
Sekiranya kawan-kawan anda tidak berminat dengan motosikala anda, minta bantuan dengan kawan-kawan anda agar bertanya rakan-rakan mereka yang lain sekiranya berminat dengan motorsikal anda. Jika kawan-kawan tidak dapat membantu, anda boleh mengiklankan motorsikal anda melalui media sosial seperti Facebook, mengiklankan melalui mudah.com.my, atau menerusi akhbar.

4. Pastikan jual ikut harga pasaran
Apa yang paling penting, harga motosikal yang anda jual, adalah lebih baik mengikut harga pasaran semasa mengenai motosikal anda, ini kerana menjual dengan harga yang tinggi, kemungkinan agak sukar anda untuk mendapatkan pembeli motosikal anda lebih-lebih lagi motosikala  masih mempunyai baki hutang.

Pembeli sekarang, semakin bijak kerana mereka mengetahui nilai pasaran motosikal sebelum melakukkan pembelian. Untuk mengetahui harga pasaran motosikal anda, anda boleh bertanya kepada kedai motosikal kerana mereka mengetahui harga pasaran setiap jenis model motosikal.

Untuk menjual motorsikal yang masih mempunyai baki hutang, pastikan anda jual melebihi dari baki hutang motosikal tersebut. Misalnya baki hutang motosikal anda adalah berjumlah RM 1,500, anda menjual dengan harga RM 3,000.

Anda masih mempunyai sedikit keuntungan sebanyak RM 1,500, ataupun jika anda mempunyai motosikal jenis Yamaha 125, baki hutang adalah sebanyak RM 3,000, dan anda menjualnya dengan harga RM 4,700. Anda masih mempunyai keuntungan sebanyak RM 1,700.

5. Langsaikan hutang motor
Sekiranya anda telah mempunyai pembeli, katakan secara jelas kepada pembeli tersebut mengenai baki hutang motosikal anda dan harga pasaran semasa motosikal tersebut. Ini untuk mengelakkan pembeli tidak meragui anda dan katakan juga kepada pembeli motosikal tersebut, wang pembayaran motorsikal harus diserahkan terlebih dahulu bagi anda melangsaikan baki hutang sewa beli motosikal anda.

Jika boleh, bawa sekali pembeli motosikal tersebut untuk melangsaikan baki hutang ke kedai tempat anda melakukkan pembelian motosikal tersebut, bank ataupun, Eon Credit. Jangan merasa pembeli merasa was-was dengan tindakan anda, beri kepercayaan kepadanya, anda adalah jujur dan benar-benar menjual motosikal anda.

Selepas anda melangsaikan baki hutang motosikal, jangan lupa meminta geran motor ataupun Sijil Pemilikan Kenderaan motorsikal anda dimana anda melakukkan sewa beli motosikal , misalnya kedai motosikal, bank ataupun pihak Eon Credit.

6. Pastikan tukar insuran
Langkah seterusnya, anda perlu membawa pembeli motosikal di mana anda melakukkan pembelian insuran motorsikal anda dan anda perlu mematikan insuran motosikal anda terlebih dahulu dan barulah anda mengarahkan pembeli motosikal anda untuk membeli insuran motosikal yang baru diatas nama pembeli.

Anda tentunya telah berbincang dengan pembeli siapa yang melakukan bayaran mengenai insuran yang baru atas persetujuan anda berdua. Anda boleh memberi pilihan kepada pembeli sama ada untuk membeli insuran first party atau pun insuran third party.

Sebagai pengetahuan anda juga, insuran motosikal harus ditukarkan kepada pembeli yang baru untuk membolehkan pertukaran nama boleh dilaksanakan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), maksudnya pembeli motosikal harus membeli polisi insuran motosikal yang baru.

7. Tukar nama motosikal di JPJ
Baik langkah terakhir, anda harus membawa pembeli baru untuk datang ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berhampiran dengan tempat tinggal anda untuk urusan pertukaran hak milik motosikal.

Anda sebagai pemilik motosikal harus membawa dokumen seperti,

1. Sijil Pemilikan Kenderaan
2. (01) Salinan Sijil Pemilikan Kenderaan
3. Mykad
4. (01) salinan Mykad

Bagi pembeli motosikal anda harus membawa,

1. Mykad
2. (01) Salinan Mykad
3. Polisi insuran motorsikal baru

Bagi polisi insuran, sebenarnya, pihak JPJ telah mengetahui secara online sama ada pembeli baru telah membeli insuran motosikal ataupun tidak, tetapi anda disaran untuk membawa sekali untuk sebagai persediaan.


8. Idea lain cara jual motosikal yang masih mempunyai hutang
Jika idea-idea diatas agak membebankan anda, dan sekiranya anda bertujuan menjual motosikal anda kerana ingin membeli motosikal jenis model yang lain, anda hanya perlu berbincang dengan pihak kedai motosikal dimana anda beli motosikal anda dahulu.

Pihak kedai motosikal akan memberi anda tawaran harga motosikal dan segala urusan pertukaran nama akan diuruskan oleh pihak mereka. Melalui cara ini, anda tidak memerlukan banyak urusan untuk pertukaran pemilikan semula motosikal.

Selain itu, anda juga boleh menjual motosikal kepada kawan-kawan anda tanpa urusan pertukaran nama terlebih dahulu, ini bermakna, pembeli telah memberikan anda sejumlah wang kepada anda, dan bayaran bulanan motosikal dilakukkan oleh pembeli dan apabila baki hutang telah dilangsaikan, barulah urusan pertukaran nama dilakukkan.

Walau begitu, cara ini agak berisiko sedikit dan tidak disaran kepada anda, kerana apabila pembeli tidak mampu melakukkan bayaran bulanan motosikal, anda sendiri yang menghadapi masalah nanti ataupun lebih teruk motosikal anda dibawah lari oleh rakan anda dan menghilangkan diri. Tahukah anda? Kes seperti ini kerap berlaku.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.