Home » » Cara Jual Kereta Masih Mempunyai Hutang Dengan Bank

Cara Jual Kereta Masih Mempunyai Hutang Dengan Bank

Kereta yang kita gunakan, adakalanya sampai waktunya kita mungkin akan menjual kereta milik kita disebabkan mungkin anda ingin membeli kereta baru tetapi tidak tahu bagaimana untuk menjual kereta tersebut.

Menjual kereta yang mana masih mempunyai hutang dengan pihak bank tidaklah sesukar mana jika anda tahu prosuder untuk menjualnya semula.  Menjual kereta yang masih memiliki hutang penting sebelum anda menjual kepada orang lain, kerana apa yang kita risau, kita mungkin akan mengalami kerugian apabila menjualnya.

Cara-cara jual kereta yang masih belum habis bayar dengan bank

Tips ini mungkin akan memberikan sedikit anda pengetahuan bagaimana untuk menjual kereta anda kepada pemilik yang baru. Baik berikut adalah beberapa cara yang patut anda lakukkan.

1. Rujuk pihak bank
Apa yang paling penting, anda harus merujuk kepada pihak bank dimana anda membeli kereta anda dahulu. Tanya kepada pihak bank bagaimana caranya anda perlu menjual kereta anda kepada orang lain.

Ini disebabkan, sesetengah bank pada masa ini, mempunyai ejen mereka sendiri yang telah mereka lantik. Sekiranya pihak bank mempunyai ejen, anda harus berhubung dengan ejen tersebut dan pastikan anda telah pun mempunyai pembeli kereta anda.
Decorative Picture
Photo by, zombieite, Licenced Via Creative Commons.org
Sekiranya, pihak bank tidak mewajibkan adanya  ejen, prosuder menjual kereta anda hanya dilakukkan oleh anda sendiri. Ini sesuatu hal yang lebih memudahkan anda untuk menjual kereta anda kerana tiada pihak ketiga yang menguruskan penjualan kereta anda, kecuala diri anda, pembeli kereta dan dengan pihak bank.

Walau begitu, ejen itu penting apabila anda tidak berkesempatan menguruskan penjualan kereta anda kerana kesibukan masa dengan kerja.

2. Cara menjual kereta sekiranya belum ada pembeli
Bagaimana pula jika anda masih belum memiliki pembeli? Jangan risau, terdapat beberapa cara untuk menjual kereta anda, misalnya,
  • Jual dengan rakan
  • Jual di kedai Use Car (ejen kereta terpakai)
  • Mengiklankan kereta anda
a) Jual dengan rakan- Sebelum anda menjual kereta kepada orang lain, adalah lebih baik anda menjual kereta anda kepada kawan-kawan anda keran urusannya akan lebih mudah kerana anda mengenali mereka secara tidak langsung.

b) Jual di kedai use car- Jika tiada rakan anda yang berminat dengan kereta anda, anda boleh menjual kereta anda melalui ejen kereta terpakai. Walabegitu, selalunya mereka akan membeli keret anda dengan harga murah.

c) Iklan kereta anda- Mengiklankan kereta untuk dijual mempunyai banyak cara, umpamanya melalui media sosial,iaitu  Facebook, Twitter, Whatsapps, melalui surat khabar, dan juga melalui mudah.com,my. Selain itu anda boleh juga melekatkan kertas di belakang cermin kereta anda dengan perkataan seperti ini, ''kereta untuk dijual, berminat hubungi 019xxxxxxx''.

3. Reloan semula atau beli cash
Sekiranya anda telah mempunyai pembeli kereta anda, tetapkan berapakah harga kereta anda kepada pembeli kereta. Misalnya kereta anda masih berbaki hutang di bank berjumlah RM 15,000, dan anda jual kereta anda dengan harga RM 20,000.

Ini bermakna, anda masih mempunyai sedikit keuntungan sebanyak RM 5,000. Sekiranya pembeli tidak mempunyai wang mencukupi untuk membeli kereta anda secara 'cash money', anda boleh mengarahkan pembeli untuk membuat permohonan kepada pihak bank untuk reloan semula kereta anda.

Sekiranya boleh, pastikan pembeli yang melakukkan reloan semula kereta anda, melakukkan bayaran harga kereta yang anda tetapkan, umpamanya anda telah tetapkan harga sebanyak RM 5,000 dan barulah pembeli membuat permohonan untuk reloan semula.

Ianya bergantung kepada perjanjian anda dengan pembeli bila masa wang tersebut harus diserahkan sama ada permohonan reloan semula diluluskan dahulu oleh pihak bank ataupun sebaliknya. Sebaiknya, untuk mengetahui harga sebenar kereta anda yang patut dijual kepada pembeli adalah, dengan merujuk kepada pihak bank mengenai harga pasaran semasa kereta anda.

Jika pihak bank mengharuskan penjualan kereta anda melalui ejen yang telah ditetapkan oleh pihak bank, anda tidak perlu lakukkan apa-apa, kerana urusan penjualan semua diuruskan oleh ejen yang telah dilantik, anda hanya perlu ke JPJ untuk urusan tandatangan penyerahan kereta kepada pemilik yang baru.

4. Step urusan jualan kereta
Ini adalah beberapa step yang perlu anda ketahui semasa ingin menjual kereta anda agar anda tahu secara jelas apakah yang patut anda lakukkan.
  • Urusan dengan pihak bank- Melibatkan urusan penjualan kereta
  • Urusan dengan pembeli- Melibatkan perjanjian anda dengan pembeli dan urusan-urusan dengan pihak bank
  • Berurusan dengan ejen (sekiranya anda)
  • Urusan dengan PUSPAKOM- Wajib lulus dan wajib untuk pemeriksaan
  • Urusan dengan Insuran Kereta- Mematikan insuran kereta yang lama atas nama anda dan pembeli baru harus membeli insuran yang baru
  • Urusan dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)- Urusan pertukaran nama dengan pemilik kereta yang baru
5. Jual kereta atas dasar percaya
Jika anda rasakan prosuder diatas memeningkan kepala anda, terdapat cara yang lebih mudah, tetapi cara ini tidak disyorkan kepada anda untuk mengelakkan berlakunya masalah kepada diri anda sendiri di masa yang akan datang.

Anda masih boleh menjual kereta anda dengan rakan terdekat anda atau keluarga anda sendiri dimana anda menjual kereta dengan harga RM 10,000 misalnya, dan mereka ini lah yang akan sambung bayaran bulanan bayaran kereta tersebut.

Mereka akan melakukkan bayaran kereta anda tiap bulan dengan pihak bank dan sehingga bayaran itu habis, barulah anda akan melakukkan urusan pertukaran nama.

Jika anda menggunakan cara ini, pembeli baru adalah benar-benar orang yang anda percayai dan pembeli harus melakukkan bayaran setiap bulan mengenai kereta anda kepada pihak bank.

Walau cara ini amat mudah, tetapi apa yang sering berlaku dengan cara ini, pembeli baru gagal melakukkan bayaran bulanan kereta yang telah dijual dan kes yang paling teruk, kereta telah hilang entah ke mana dan pembeli pula gagal dihubungi.

Selain itu, cara ini juga akan bermasalah apabila kereta mengalami kemalangan yang agak teruk serta pembeli baru tidak lagi melakukkan bayaran bulanan kereta yang telah dijual, anda pula pada masa itu mempunyai komitmen dengan bayaran kereta baru anda.



Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.