Home » » Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Lampu suluh adalah salah satu keperluan yang amat penting bagi kita bukan sahaja digunakkan di tempat yang gelap tetapi lampu suluh amat penting semasa berlakunya keadaan kecemasan, misalnya, rumah anda tiada elekterik (black out), kereta rosak pada waktu malam, atau apa jua keperluan kecemasan yang berlaku kepada kita pada waktu malam.

Torch Light / Flashlight adalah penerang disaat kita di dalam kegelapan, tanpa lampu suluh, ia menjadi sesuatu yang sukar. Adakah anda bersetuju? Ini adalah artikel mengajar anda bagaimana untuk memilih lampuh yang suluh yang baik dan terang.

Tips-tips memilih lampu suluh (torch light)
Perkara pertama sebelum anda memilih lampu suluh untuk keperluan anda, fikirkan terlebih dahulu untuk apakah keperluan lampu suluh kepada anda, adakah hanya untuk diletakkan di dalam kereta anda, digunakan untuk masuk hutan, untuk menyelam, digunakan untuk sesuatu tugas tertentu, atau keperluan-keperluan yang lain.

1. Jenis mentol lampu suluh
Lampu suluh yang ada di pasaran pada masa ini, terdapat pelbagai jenis, tetapi apa yang banyak dijual adalah lampu suluh dengan mentol jenis halogen,xenon dan mentol jenis krypton yang boleh ditukar ganti dan juga lampu suluh jenis LED (Light Emitting Diodes).

a) Jenis Mentol lampu suluh 
  • halogen, xenon, krypton
  • LED (Light Emitting Diodes).
Bagi lampu suluh dengan mentol jenis halogen,xenon, dan krypton, anda boleh menukar mentol lampuh suluh ini apabila mentol ini kehilangan kuasa (rosak), bagi lampu suluh yang menggunakan mentol jenis LED, mentol ini selalunya tidak dapat ditukar kerana mentol ini berhubung terus pada bahagian lampu suluh itu sendiri.
Decorative Picture
Photo by, Creative Tools, Licenced Via Creative Commons
Walau begitu lampu suluh jenis mentol LED, mampu bertahan sehingga 100,000 jam, tetapi ia bergantung juga dengan cara pemakaian anda dan kualiti lampu suluh itu sendiri.

2) Jenis bateri
Anda telah mengetahui jenis mentol lampu suluh, perkara yang perlu anda ketahui juga adalah mengenai jenis bateri lampu suluh. Di pasaran terdapat 2 jenis bateri lampu suluh iaitu
  • Bateri pakai buang (Disposable batteries)
  • Bateri cas semula (Rechargeable)
a) Bateri pakai buang (Disposable batteries)
Bateri ini terdapat jenis alkali atau litium dan bateri ini adalah bateri yang banyak sekali dijual di pasaran, jenis bateri ini amat bagus digunakan pada lampu suluh yang menggunakan mentol yang boleh ditukar ganti.

Bateri ini amat mudah untuk anda mendapatkan alat ganti dan senang untuk menyimpan di rumah. Bateri ini terdapat pelbagai saiz misalnya saiz AAA, AA.
b. Bateri cas semula (Rechargeable)
Jenis bateri ini pula adalah bateri yang dapat dicas semula memggunakan kuasa elektrik. Bateri ini adalah jenisi kadmium nikel (NiCd), hidrida nikel logam (NiMH) atau bateri lithium ion.

Bateri ini amat sesuai digunakan untuk lampu suluh jenis LED atau lampu suluh yang menggunakan mentol dengan pencahayaan yang cerah dan putih. Bateri jenis ini juga sesuai bagi penggunaan lampu suluh yang kerap.

Selalunya bateri ini dijual sekali dengan pengecasnya atau adakalanya dijual secara berasingan. Anda dicadangkan untuk memilih bateri dengan kuasa milliampere hour (mAh) yang tinggi untuk ketahanan kuasa bateri yang lebih lama.

Apa itu mAh? Ia adalah singkatan bagi milliampere hour ataupun milli ampere hour iaitu jumlah kuasa tenaga elektrik yang dikeluarkan dalam sejam.

Misalnya jika pada bateri yang anda beli mempunyai kuasa 4200mAh dan telah dicas penuh dan anda menggunakannya pada lampu suluh dengan kuasa 1 empere, anda mampu menggunakan lampu suluh itu selama 4.2 jam.

Berikut adalah hal yang anda fikirkan sebelum memilih lampu suluh mengikut keperluan anda.

A. Fikirkan kos anda
Perkara pertama yang perlu anda ambil perhatian adalah mengenai kos wang anda kerana di pasaran terdapat pelbagai jenis lampu suluh dan juga harga serta kualiti lampu suluh.

Jika anda hanya menggunakan untuk keperluan seharian di rumah, mungkin anda boleh membeli sebuah lampu suluh dengan harga yang mampu milik ataupun dengan harga yang sederhana.

B. Kualiti
Ya, sebelum ingin membeli lampu suluh, fikirkan dulu kualiti lampu suluh itu seperti mungkin anda harus mengambil kira mengenai jenama, kualiti, lampu suluh untuk menjamin ketahanan penggunaan yang lebih lama.

Di pasaraya, di kedai-kedai, dan pasar malam, terdapat banyak lampu suluh dijual dengan kualiti yang bagus, walau begitu, anda harus bijak memilih lampu suluh agar tidak memilih lampuh suluh dengan kualiti yang rendah.

C. Jarak cahaya lampu suluh
Bagi anda yang menggunakan lampu suluh untuk tujuan-tujuan tertentu, misalnya untuk memasuki kawasan hutan, lampu suluh diletakkan pada senjata, memancing, atau lain-lain hal, anda harus menilai semula kemampuan jarak cahaya lampu suluh yang anda ingin beli.

Ini kerana di pasaran terdapat berbagai jenis lampu suluh, terdapat lampu suluh yang mampu mengeluarkan cahaya di dalam jarak yang jauh dan cahaya dekat, ia boleh dilaraskan melalui lampu suluh itu sendiri.

Terdapat lampu suluh dengan cahaya yang tidak dapat dilaraskan dan jarak kebolehan cahaya tidak mampu pergi jauh.

D. Ketahanan Masa
Fikirkan juga mengenai berapakah kuasa yang mampu dikeluarkan oleh lampu suluh anda dan ketahanan masa penggunaan. Terdapat lampu suluh yang mempunyai kuasa aliran elektrik yang agak kuat hingga akan menyebabkan kuasa pada bateri cepat habis.

E. Kalis air
Bagi anda yang ingin membeli lampu suluh untuk tujuan yang lasak, misalnya untuk tujuan untuk menyelam, anda harus memastikan lampu suluh anda benar-benar kalis air dan pemilihan lampu suluh jenis ini memerlukan lampu suluh dengan kualiti yang tinggi.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.