Home » » Tips Jimatkan Bateri Telefon iPhone

Tips Jimatkan Bateri Telefon iPhone

Adakah telefon iPhone anda cepat habis bateri? Berapa lama kah anda menggunakan telefon tersebut? Kadang-kadang, cara pemakaian sendiri yang menyebabkan bateri telefon kita cepat habis. Adalah penting untuk anda mengetahui tips untuk menjimatkan bateri iPhone anda.

Sebenarnya, terdapat pelbagai punca ataupun sebab, mengapa bateri telefon kita ini cepat habis bateri. Jika telefon iPhone anda terlalu cepat sangat kehilangan kuasa, besar kemungkinan adanya tanda-tanda bateri iPhone akan rosak.

Tips jimatkan bateri telefon iPhone agar tidak cepat hilang cas
Baik, berikut adalah beberapa tips yang amat berguna untuk anda terapkan semasa anda menggunakan telefon anda sehari-hari agar kesihatan bateri anda sentiasa terpelihara.

1. Aktifkan telefon ke low power mod
Tips yang utama sekali adalah, pada telefon anda, aktifkan mod telefon kepada low power mod apabila bateri telefon berkurang kepada 20% atau ke 10%. Ini adalah cara untuk memanjangkan lagi penggunaan telefon anda.

Dalam keadaan mod ini, anda masih boleh melayari internet, menerima panggilan, melakukkan mesej, melihat email, dan lain-lain lagi. Mod ini sebenarnya mengurangkan penggunaan cahaya, dan meminimakan perfomance telefon anda untuk menjimatkan bateri.
Photo by, cmart29, Licenced Via Creative Commons
Apabila anda melakukkan pengecasan semula telefon anda, low power mod akan automatik akan hilang kepada keadaan normal semula. Untuk mengaktifkan mod ini, pergi ke setting dan klik pada butang bateri dan aktifkan ke low power mod.

2. Matikan sistem Wi-Fi, Pemberitahuan dan juga Perkhidmatan Lokasi

Mematikan perkhidmatan ini adalah salah satu idea yang bijak untuk memanjangkan jangka hayat bateri anda.

Menghidupkan signal Wi-Fi, Pemberitahuan, dan GPS, sebenarnya memerlukan kuasa bateri untuk sistem berfungsi dengan baik. Hanya hidupkan perkhidmatan ini apabila anda memerlukannya.

3. Gunakan power bank
Sekiranya anda berada di luar kawasan, ataupun mempunyai tugasan luar, pastikan anda membawa sekali bekalan kuasa bateri untuk telefon iPhone anda, misalnya Power Bank dengan kuasa 10000 mAh atau lebih dari itu.

4.Kawasan tiada coverage atau low signal aktifkan ke air plane mod
Apabila anda berada di kawasan tiada liputan ataupun low signal, sistem di dalam telefon akan sentiasa memancarkan signal untuk mencari liputan dan ini sebenarnya hanya akan membazirkan bateri telefon anda.

Apa yang perlu anda lakukkan, tukar ke air plane mode dan apabila berada di kawasan yang mempunyai liputan barulah anda menukar ke mod biasa.

5. Matikan aplikasi-aplikasi yang sedang ‘running’

Kadang-kadang, apabila kita selesai menggunakan aplikasi-aplikasi pada telefon iPhone, kita lupa untuk menutup aplikasi hingga ianya masih di dalam keadaan running. 

Hal ini sebenarnya akan membawa kepada penggunaan bateri yang berlebihan. Oleh itu untuk menutup aplikasi yang sedag running, pergi ke setting > Background App Refresh > dan lakukkan setting ke Switch Off.

6. Matikan fungsi Notifikasi
Adakalanya, telefon kita terlalu banyak notifakasi yang masuk melalui paparan Home & Lock Screen dan mengeluarkan cahaya. Hal ini adalah satu pembaziran pada bateri telefon anda. Untuk mematikan fungsi ini, pergi ke Setting > Notifications > dan tetapkan ke tetapan Off.

7. Mengecas pada komputer
Jika anda mengecas telefon anda dengan menggunakan kabel USB yang disambungkan pada komputer, pastikan anda telah menghidupkan komputer atau laptop anda terlebih dahulu sebelum mengecas telefon anda.

Ini kerana jika anda menyambungkan telefon anda melalui kabel USB ke komputer yang masih belum dihidupkan dan anda tidak segera menghidupkan komputer anda, telefon anda akan kehabisan kuasa bateri sepenuhnya.



Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.