Home » » Tips Cari Peluang Untuk Cari Kerja Di Sektor Kerajaan

Tips Cari Peluang Untuk Cari Kerja Di Sektor Kerajaan

Adakah anda ingin cari kerja kerajaan? Kebanyakan rakyat di negara ini sesungguhnya amat berharap untuk mendapatkan kerja di sektor kerajaan terutama sekali mereka yang baru menamatkan pelajaran mereka seperti dalam peringkat SPM, Diploma, ataupun Ijazah.

Tidak dinafikan, zaman sekarang amat susah sekali untuk memperolehi kerja kerana terlalu banyak sekali persaingan untuk mendapatkan pekerjaan. Penulis cuba membantu anda untuk mendapatkan beberapa tips, bagaimana mencari peluang-peluang untuk mendapatkan pekerjaan di dalam sektor kerajaan.

Tips Cari Peluang Untuk Cari Kerja Di Sektor Kerajaan
Baik, berikut adalah beberapa cara yang boleh anda terapkan untuk mendapatkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan di sektor kerajaan.

1. Persediaan sijil-sijil 
Tidak kira apa kelulusan anda, apa yang paling penting sekali, semua sijil-sijil anda susun semula di dalam satu fail dan dapatkan kesemua salinan sijil-sijil tersebut seperti Sijil SPM, STPM, Diploma, Ijazah, atau apa jua sijil yang berkaitan.

Buat lah beberapa salinan fotokopi sijil-sijil tersebut dan simpan lah di dalam fail yang telah disediakan. Penyediaan sijil-sijil ini sebenarnya untuk memudahkan anda sekiranya anda memerlukan dengan segera untuk keperluan untuk mencari kerja.

2. Sentiasa peka pada iklan jawatan kosong
Anda telah pun menyediakan dokumen-dokumen penting anda, apa yang penting sekarang, anda harus peka di tempat anda mengenai setiap iklan kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh kerajaan kerana setiap tahun terdapat pengambilan kekosongan jawatan kerajaan di pelbagai sektor.

Peka, maksudnya disini, anda tahu terdapatnya kekosongan jawatan kerajaan yang ditawarkan mungkin menerusi surat khabar, laman sosial, melalui kawan-kawan yang bekerja di sektor kerajaan, melalui internet, radio, ataupun berita.

Anda juga disarankan untuk rajin mengunjungi website jabatan-jabatan yang ada di dalam sektor kerajaan kerana kadang-kadang terdapat pengambilan kekosongan jawatan secara terbuka yang dilaksanakan oleh jabatan-jabatan tertentu yang dipamerkan menerusi website rasmi mereka.

3. Isi jawatan dalam sistem online SPA8i
Adakah anda tahu mengenai website ini? Kebanyakan mereka yang memperolehi kerja di sektor kerajaan kerana mereka telah melakukkan permohonan melalui perkhidmatan ini dan mereka telah berjaya untuk jawatan yang dipohon mereka.
Sebagai pengetahuan anda, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) adalah jabatan yang dilantik oleh kerajaan untuk melantik mana-mana rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat di dalam perkhidmatan awam.

Di dalam portal rasmi SPA melalui SPA8i, anda boleh melakukkan pendaftaran percuma dan juga melakukkan pendaftaran jawatan yang anda pohon, dan untuk pengetahuan anda terdapat banyak jenis jawatan yang boleh anda mohon melalui web ini.

Jika anda mempunyai kesulitan untuk mengisi permohonan jawatan melalui web tersebut, terdapat bahagian di dalam web itu mengajar cara-cara untuk mengisi borang dengan begitu detail sekali sebagai rujukan kepada permohon.

4. Isi jawatan dalam web online kerajaan negeri
Di manakah anda tinggal? Tahukah anda setiap negeri di negara ini mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri? Setiap tahun, setiap suruhanjaya negeri masing-masing akan menawarkan banyak tawaran iklan kekosongan jawatan untuk rakyat yang bermastautin di negeri masing-masing.

Oleh itu, anda sentiasa melawati website rasmi suruhanjaya negeri di kawasan anda anda untuk melihat sekiranya terdapat tawaran kekosongan jawatan yang sesuai dengan kelulusan anda.

5. Isi maklumat anda di dalam web JobMalaysia
Anda juga dinasihatkan untuk mendaftarkan diri anda di web rasmi JobMalaysia serta mencari kekosongan melalui web ini. Untuk pengetahuan anda, web ini adalah kemudahan kepada pencari kerja yang telah disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia.

Anda boleh melihat iklan kekosongan-kekosongan jawatan yang ditawarkan melalui web ini sama ada  sektor swasta ataupun sektor kerajaan.

6. Mengenai pengisian maklumat
Apa yang paling penting, setiap permohonan jawatan yang anda pohon, pastikan alamat surat menyurat anda adalah betul, begitu juga dangan nombor telefon dan juga alamat email, pastikan ianya adalah betul, kerana sekiranya anda dipanggil untuk proses ujian peperiksaan atau ujian temuduga, ataupun anda telah berjaya dengan jawatan yang ditawarkan, mereka tidak mempunyai masalah untuk menghubungi anda.

7. Persedian untuk temuduga
Walau anda belum dipanggil untuk temuduga, tetapi pastikan anda telah bersedia untuk ditemuduga, bersedia untuk menjalani apa-apa ujian peperiksaan. Selain itu, anda juga perlu bersedia dari segi pemakaian seperti pemilihan seluar, baju, kasut dan juga penampilan diri.



Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.