Home » » Tanda Bateri iPhone Rosak

Tanda Bateri iPhone Rosak

Adakaha anda memiliki telefon pintar iPhone? Ini adalah beberapa maklumat yang mungkin berguna kepada anda untuk mengetahui tanda bateri iPhone rosak. Walau begitu, sebelum kita mengenal pasti adakah benar-benar bateri iPhone kita mula rosak, mari kita ketahui serba sedikit yang mungkin menjadi punca menyebabkan masalah pada telefon anda.

Menurut David Payette, dimana beliau adalah seorang bekas juruteknik daripada Apple, bagi kebanyakan telefon iPhone yang dihantar oleh pelanggan, sebenarnya kebanyakan masalah pada telefon iPhone bukan berpunca daripada bateri rosak tetapi masalah-masalah yang lain.

Kebanyakan pelanggan mengatakan, bateri mereka telah rosak sedangkan apabila pihak mereka melakukkan pemeriksaan, ianya berpunca daripada masalah berikut.

1. Masalah pada kabel pengecas

2. Masalah port pengecasan

3. Masalah perisaian


Masalah pada kabel pengecas
Apabil anda merasakan bateri telefon iPhone anda mempunyai masalah, misalnya anda tidak boleh menghidupkan langsung telefon anda, atau anda telah mengecasnya selama berjam-jam tetapi bateri tidak mencapai tahap penuh, lakukkan pemeriksaan keseluruhan kabel pengecasan telefon anda untuk memastikan terdapatnya kerosakan atau pun tidak.
Photo by, Bonny Jodwin, Licenced Via Creative Commons
Menurut David, bagi kebanyakan kes, hujung pengecas kabel USB yang menyambungkan ke port pengecasan telefon, mungkin telah rosak dan itulah yang menyebabkan ianya tidak berfungsi untuk mengecas telefon anda.

Hujung kabel pengecasan tersebut bersifat sensitif serta lembut, pada satu masa ia akan mengalami kerosakan. Untuk memastikan punca kerosakan telefon berpunca dari kabel pengecas, sambungkan kabel USB ke komputer atau anda boleh meminjam kabel pengecas daripada kawan anda.

Masalah port pengecasan
Bagi masalah pada port pengecasan pula, port pengecasan yang terletak pada bahagian bawah telefon iPhone akan bermasalah apabila keadaan di dalamnya terlalu kotor dan menghalang cas untuk masuk ke dalam telefon.

Lakukkan pemeriksaan pada bahagian port pengecasan anda dan sekiranya keadaan di dalamnya kotor, cuba bersihkan dengan menggunakan berus lembut dan setelah dibersihkan cuba untuk mengecas telefon anda semula.

Perisaian
Masalah perisaian juga antara sebab yang menyebabkan bateri tidak dapat dicas dan seterusnya bateri sukar dihidupkan. Kabel pengecas anda berfungsi dengan baik tetapi apabila anda cuba untuk mengecasnya, kuasa cas tidak masuk pada telefon disebabkan sistem perisaian menolak penyaluran cas ke dalam telefon.

Apabila perkara ini berlaku keatas telefon anda, telefon anda harus di ‘Hard Reset’ semula dengan menekan butang ‘on of ’ (butang kuasa) serentak dengan butang utama di dalam anggaran 20 saat atau lebih hingga lambang Apple keluar pada skrin.

Jika tidak berjaya dengan cara-cara yang disyorkan ini, disaran untuk menghantar telefon iPhone anda ke kedai iPhone yang berhampiran untuk membolehkan pihak mereka melakukkan pemeriksaan.

Ini lah tanda-tanda telefon iPhone mula rosak
Apabila bateri telefon iPhone mula rosak, bateri akan berkurangan setiap 30 saat hingga 1 minit walaupun anda telah mengecas penuh telefon anda. Bagaimana? Adakah telefon anda mengalami hal yang sama?

Jika kita mendapati hal yang sama berlaku keatas iPhone milik kita, disarankan untuk menghantar ke mana-mana wakil ataupun kedai Apple untuk penggantian semula bateri telefon yang baru.

Jika anda masih mempunya jaminan keatas telefon anda, ia adalah satu berita yang baik kerana anda tidak perlu mengeluarkan sedikit pun wang bagi penukaran bateri ini.

Sebagai pengetahuan kita bersama, bateri telefon iPhone mampu mencapai sehingga 18 bulan penggunaan, walaupun begitu ia masih bergantung bagaimana cara anda menggunakan telefon tersebut.



Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.