Home » , » Kicap Paling Lama Dan Sedap Di Negeri Sabah

Kicap Paling Lama Dan Sedap Di Negeri Sabah

Tahukah anda terdapat beberapa jenama kicap di negeri ini yang telah bertapak selama berpuluh-puluh tahun dan ianya telah menjadi salah satu pilihan bagi rakyat di negeri ini. Ini hanya lah sebagai pengetahuan buat pembaca di luar sana mengenai kehebatan kicap jenis ini.

Apa yang penulis maksudkan adalah kicap dari jenama Kicap Soya Pekat Manis HW Cap Ayam. Menurut pemerhatian penulis kicap ini telah berada di pasaran telah bertapak terlalu lama di negeri ini. Bayangkan penulis lahir tahun 1984 dan kicap ini telah pun berada di pasaran.

Hebat kan? Dan sehingga artikel ini di tulis, kicap ini masih berada di pasaran dan masih menjadi pilihan utama bagi kebanyakan rakyat di negeri ini.

Mengenai Kicap ini
Baik berikut adalah serba sedikit mengenai kicap ini hasil beberapa kajian dari penulis sendiri. Jenama kicap ini dibuat oleh sebuah syarikat (HW) Hing Wa Sause & FoodStuff (S) Sdn. Bhd yang berlokasi di Lokawi Kota Kinabalu.
Kicap daripada jenama ini menggunakan ramuan dari kacang soya, tepung, garam, gula, cecair, bahan pengawet yang dibenarkan dan juga caramel.

Tahukah anda apabila penulis melakukkan kajian, kicap ini telah berada di pasaran semenjak tahun 1942 lagi. Masa itu adalah zaman British dan Jepun. Kicap ini berada di pasaran cukup laman, dan penulis percaya, kebanyakan rakyat di negeri ini mengetahui kicap ini.

Sebab rakyat memilih kicap ini sebagai menu masakan seharian
Kenapa rakyat memilih kicap ini sebagai salah satu menu di dalam masakan dalam kehidupan seharian mereka? Ini kerana, kicap ini memiliki keunikan yang tersendiri atau dalam erti kata lain, kicap ini sedap.

Jika anda tidak mempercayai anda boleh mencuba kicap ini sebagai menu masakan anda. Kicap ini amat mudah ditemui di mana-mana pasaraya, kedai-kedai runcit di negeri dengan mudah. Ianya begitu mudah diperolehi disebabkan adanya permintaan tinggi dari orang ramai.

Jika terdapat majlis kahwin, atau apa-apa pun majlis perayaan, rakyat di negeri ini akan melakukkan pembelian kicap ini untuk dijadikan sebagai penambah resepi di dalam masakan misalnya dalam menu resepi masak kicap kerana rasanya berlemak dan sedap.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.