Home » » Kepentingan Menyediakan Resume Sebelum Mencari Pekerjaan

Kepentingan Menyediakan Resume Sebelum Mencari Pekerjaan

Apakah contoh-contoh resume? Contoh resume manakah yang bagus? Penting kah resume? Cara buat resume? Pertanyaan ini sering ditanya oleh kebanyakan orang sebelum mencari pekerjaan mereka. Bagi anda adakah anda tahu apa itu resume?

A) Pengertian mengenai resume .Sebagi pengetahuan anda, resume dikenali sebagai resume untuk pekerjaan. Pada dasarnya resume adalah mengenai latar belakang secara ringkas mengenai pemohon pekerjaan itu sendiri, misalnya, mengenai sejarah pekerjaannya, tahap pendidikan, kemahiran, atau apa-apa pun berkaitan dengan calon perkerja.

Perkataan resume banyak digunapakai secara meluas di Amerika, begitu juga di Malaysia, menggunakan istilah yang sama untuk mereka yang mencari pekerjaan, dan juga majikan itu sendiri. Apa yang penulis tahu, resume berilhamkan dari Kurikulum Vitae atau dikenali juga sebagai CV di dalam bahasa Latin.

B) Bagaimanakah resume itu digunakan. Resume digunakan untuk mengetahui siapakah calon terbaik untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh majikan. Anda sebagai calon kepada pekerjaan itu juga harus berperanaan untuk menyediakan resume yang terbaik untuk memberikan kesan kepada majikan yang menawarkan kekosongan jawatan. Nah, sebab ini lah pentingnya resume kepada pencari pekerjaan.

C) Sejauh manakah resume itu penting? Seperti yang anda tahu, resume adalah sebagai alat untuk memberi kesan yang terbaik kepada calon majikan. Membuat sebuah resume itu haruslah dibuat sebaik mungkin untuk membolehkan kebarangkalian anda akan diterima bekerja adalah cerah.
Decorative Picture
Photo by, Tumisu, Licenced Via Creative Commons
Cuba anda bayangkan, anda telah mengetahui terdapatnya kekosongan jawatan yang menawarkan pekerjaan yang anda minati, dan telah menghantar resume kepada calon majikan. Pada masa yang sama, terdapat calon yang menghantar resume kepada calon majikan dengan resume yang lebih baik daripada anda.

Hal ini akan menyebabkan, calon majikan akan melupakan anda disebabkan resume yang anda hantar tidak menarik minat kepada calon majikan. Daripada contoh ini, anda sendiri telah mengetahui, betapa pentingnya membuat resume yang mampu menarik minat majikan kepada calon pekerja bagi syarikat mereka.

Calon majikan selalunya akan menilai resume pemohon pekerjaan, apakah calon mereka akan mampu bakal memberikan manfaat kepada syarikat mereka nanti?

Resume ini adalah alat yang paling berharga untuk memasarkan diri anda sendiri, mengenai kemahiran anda, siapakah diri anda, mengenai akedemik anda, dan, apa-apa pun jua perkara yang anda fikirkan mampu menarik bakal majikan untuk menerima anda bekerja kepada mereka.

Bagaimanakah menulis resume itu? Pada masa ini penulis belum berkesempatan untuk memberikan contoh-contoh resume yang sesuai kepada pembaca sekalian, akan tetapi, jika anda melihat di luar sana, misalnya daripada internet itu sendiri, terdapat bayak pihak yang memberikan tawaran kepada mereka yang ingin membuat resume.

Membuat resume itu tidak lah sesukar mana, tetapi, adalah lebih baik mencipta resume yang kelihatan profesional padat dan lengkap untuk membolehkan calon majikan menilai anda adalah calon mereka yang terbaik berbanding dengan calon yang lain.

Ingat, membuat resume itu biarlah seperti resume, jangan memalukan diri sendiri dengan mencipta resume yang dikatakan ala kadar kerana ia sendiri merugikan diri anda sendiri.

Sebelum anda mencipta resume untuk diri anda sendiri, luangkan sedikit masa untuk melihat contoh-contoh resume profesional mungkin daripada kawan-kawan anda atau daripada mana-mana sumber tertentu.

Ini membolehkan anda tahu panduan sebenar untuk menulis resume yang baik untuk dijadikan sebagai senjata untuk diserahkan kepada calon majikan anda nanti. Penulis berharap, mungkin idea-idea dari artikel ini mampu memberikan anda inspirasi yang lebih baik untuk membuat resume yang lebih baik. Good luck!



Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.