Home » » Kenapa Penting Mengetahui Peratus NCD Kereta Anda?

Kenapa Penting Mengetahui Peratus NCD Kereta Anda?

Anda telah menggunakan kereta anda telah beberapa lama? Bagaimana pembayaran insuran kereta anda tahunan? Adakah bayaran semakin meningkat ataupun menurun? Ini lah betapa pentingnya anda memahami pentingnya anda mengetahui peratus NCD kereta anda.

Setiap kereta di negara ini mempunyai peratus NCD masing-masing bergantung kepada cara penggunaaan kereta itu sendiri. Ada kereta yang mempunyai NCD telah menurun sejak beberapa tahun menggunakan kereta, tetapi telah meningkat pada tahun seterusnya.

Mengapa jadi begitu? Sebab itu lah betapa pentingnya anda memahami apakah kepentingan NCD bagi kereta anda. Seperti yang kita tahu, NCD singkatan bagi Non Claim Discount iaitu pengiraan peratus jumlah insuran yang perlu kita bayar bergantung kepada penggunaan insuran kereta kita itu sendiri.

Untuk mengekalkan penggunaan NCD bagi kereta anda, hanya satu sahaja, kekalkan pemanduan berhemah, agar tidak mengalami kemalangan yang akan menyebabkan anda terpaksa melakukkan tuntutan insuran bagi kereta anda.

Kesan dari tuntutan insuran itu akan menyebabkan, hal ini akan berlaku.

Bayaran Insuran akan meningkat
Ya! Bayaran insuran tahunan anda akan meningkat semula bergantung kepada sejauh mana jumlah tuntutan insuran keatas kenderaan anda akibat kemalangan. Jumlah peratus NCD kenderaan anda akan menurun semula kepada peratus asal tetapi kadar sebenar bergantung kepada jumlah tuntutan yang anda lakukkan.
Jika anda menggunakan kenderaan anda selama bertahun-tahun tanpa melakukkan apa-apa tuntuntan insuran, peratus NCD anda akan meningkat sehingga akan mencapai 55% dan hal ini akan menyebabkan jumlah bayaran insuran anda akan semakin menurun seiring dengan harga pasaran kereta anda.

Dimana harus lakukkan semakan NCD?
Bagaimana jika saya tidak mengetahui apakah jumlah NCD bagi kereta saya? Kadang-kadang anda harus mengetahui berapakah jumlah peratus terkini NCD bagi kereta anda kerana sesetengah wakil insuran yang tidak jujur, akan mengatakan peratus NCD kenderaan anda masih belum mencapai maksima 55% sedangkan anda telah menggunakan kereta anda selama bertahun-tahun tanpa apa-apa tuntutan insuran.

Ini akan menyebabkan, mereka akan meminta jumlah bayaran yang agak tinggi mengenai insuran anda. Anda harus memahami hal ini dan lakukkan semakan dengan teliti mengenai insuran anda selepas melakukkan penyambungan ataupun renew insuran kereta, ini kerana, pada butir-butir polisi insuran yang anda beli, wajib tercatit mengenai peratus NCD kereta anda.

Untuk mengetahui secara jelas jumlah peratus NCD bagi kereta anda, anda hanya lakukkan semakan online melalui web MyCarInfo. Apabila anda telah memasuki web berkenaan, anda hanya masukkan butir-butir kenderaan anda dan juga memasukan nombor kad pengenalan. Seterusnya melakukkan semakan, daripada web ini anda akan mengetahui peratus NCD bagi kereta anda.

 Apa harus dilakukkan jika peratus NCD menurun?
Seperti yang kita tahu, peratus NCD menurun disebabkan anda telah melakukkan tuntutan insuran keatas kenderaan anda. Peratus NCD meningkat pula anda tidak melakukkan apa-apa tuntutan insuran keatas kereta anda

Jika NCD anda telah menurun disebabkan tuntutan insuran kenderaan baru-baru ini, anda disaran untuk sentiasa berhati-hati semasa memandu kerana apabila anda mengalami kemalangan lagi yang menyebabkan kenderaan anda perlu dihantar ke bengkel dengan kos pembaikan yang agak tinggi, apa yang kita risau, insuran tidak ‘covering’ sepenuhnya keseluruhan kos tersebut.



Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.