Home » » Kelebihan Memiliki Lampu Suluh LED Bersama Bateri Rechargeable 10000mAh.

Kelebihan Memiliki Lampu Suluh LED Bersama Bateri Rechargeable 10000mAh.

Tips ini adalah mengenai bagaimana untuk mendapatkan lampu suluh LED (torch light) yang super power dan tahan lama khas bagi mereka yang memerlukan lampu suluh untuk tujuan kerja, atau tugas-tugas yang menerlukan lampu suluh.

Ini adalah hasil perkongsian dari rakan-rakan dan juga penulis sendiri telah mendapatkan lampu suluh ini yang super tahan lama untuk tujuan-tujuan kecemasan misalnya “ black out ”atau “outdoor activities”.

Cara untuk mendapatkan Lampu suluh LED bersama bateri 10000 mAh
Baik, sekiranya anda memerlukan lampu suluh LED yang super power ini, dinasihatkan anda ke mana-mana pasar raya, kedai pancing, kedai-kedai outdoor shop, atau di pasar malam.
Kerana terdapat banyak lampu suluh LED dijual di tempat-tempat ini dengan harga yang mampu milik. Anda boleh ke tempat ini untuk melakukkan servay terlebih dahulu atau melakukkan pembelian terus lampu suluh LED.

Berapakah harga-harga lampu suluh ini? Sebenarnya, harga adalah berbeza-beza mengikut jenis, kualiti dan jenama.

Walau begitu, jika setakat untuk digunakan untuk keperluan sendiri sahaja, anda boleh membeli lampu suluh LED dengan anggaran harga RM 15 hingga RM 30 sahaja dan lampu suluh ini boleh menempatkan 1 bateri atau 2 bateri, harga ini selalunya boleh diperoleh di pasar malam.

Walau begitu jika anda mempunyai bajet yang lebih, terpulang kepada anda memilih lampu suluh LED mengikut kesukaan anda.

Kenapa disaran untuk memilih lampu suluh jenis LED? Ini kerana, jika kualiti lampu suluh yang baik, mentol lampu suluh jenis ini mempunyai ketahanan 100,000 jam. Hebat bukan? Walau begitu, ia bergantung kepada cara pemakaian anda.

Ok, selepas anda melakukkan pembelian lampu suluh LED, langkah seterusnya adalah melakukkan pembelian bateri cas semula (Rechargeable) dengan kekuatan power bateri 10000 mAh . Wah, hebat bukan?

Cuba anda bayangkan bateri powerbank 10000 mAh untuk telefon pintar, seperti ini lah kekuatan power bateri ini. Saiz bateri ini adalah sedikit besar berbanding dengan bateri AA.

Berapakah harga pasaran bateri 10000 mAh? Ia bergantung kepada tempat dan kawasan. Selalunya bateri jenis ini dapat diperolehi dengan harga RM 17 sebiji. Dan jika anda membeli 2 biji bateri jenis ini, anda boleh mendapatkan dengan harga RM 30 berserta alat untuk pengecas.

Apa yang penulis lihat, bateri 10000 mAh (4.2V) dari jenama FocusPower 18650 Lithium Ion Battery. Bayangkan, jika torch light LED ada mampu menarik 1 ampre, dan bateri anda telah dicas penuh, anda mampu menggunakan lampu suluh LED anda selama 10 jam. Wow! nah baca juga artikel ini,
Ini lah kelebihannya jika anda menggunakan bateri power ini dan anda boleh menggunakannya di dalam tempoh yang lama. Tunggu apa lagi? Dapatkan lampu suluh LED berserta bateri 10000 mAh sekarang! Huhu






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.