Home » » Kebaikan Bedak Agnesia Yang Perlu Anda Tahu

Kebaikan Bedak Agnesia Yang Perlu Anda Tahu

Adakah anda mengenali bedak Agnesia? Bedak berubat ini telah berada di pasaran Malaysia selama berbelas tahun yang lepas dan bedak ini juga telah menjadi salah satu pilihan oleh kaum ibu-ibu di negara ini sebaga satu keperluan seharian.

Apakah kebaikan bedak ini? Sebenarnya terdapat banyak kebaikan bedak ini yang masih ramai yang tidak mengetahuinya. Sebagai pengetahuan anda bedak Agenesia adalah bedak anti bakteria dan kandungannya mengandungi 74% Talcum, Zinc Oxide 25%, Chlorhexidine 0.5%, dan kandungan Porfume sebanyak 0.5%.

Kebaikan Bedak Agnesia Yang Perlu Anda Tahu

Berikut adalah kebaikan-kebaikan penggunaan bedak Agnesia dalam kehidupan seharian anda.

1. Bagus untuk digunakan selepas mandi
Agnesia adalah bedak sejuk, dan amat sesuai digunakan selepas mandi, bukan sahaja orang dewasa boleh menggunakkannya tetapi ia juga sesuai digunakkan untuk kanak-kanak.
Bedak Agnesia
Penggunaan bedak ini selalunya disarankan diletakkan pada bahagian badan untuk menjadikan anda lebih selesa selepas mandi kerana bukan sahaja bedak ini adalah anti bakteria tetapi wangi bedak tidak terlalu kuat dan mudah untuk anda menyesuaikannya.

Kebanyakan kanak-kanak di Malaysia yang lahir tahun 80an hingga 90an amat mengenali bedak ini sebagai bedak yang sering digunapakai selepas mandi.

2. Mengelakkan ruam lampin pada bayi

Bagi ibu-ibu pula, mereka mengenali bedak ini untuk kegunaan bagi mengelakkan ruam lampin yang terjadi pada bayi akibat alahan pada lampin.

Kaum ibu menggunakan bedak ini dan diletakkan sedikit pada punggung bayi selepas bayi mereka mandi.

3. Melambatkan pertumbuhan bakteria
Tahukah anda, kegunaan utama bedak Agnesia adalah melambatkan pertumbuhan bakteria serta mampu membunuh bakteria? Walau begitu, jika mereka yang mempunyai alahan pada kulit akibat bedak ini (kes terpencil), dinasihatkan untuk berhenti menggunakannya dan merujuk pada doktor bertauliah.

Bedak ini juga untuk kegunaan luaran sahaja, iaitu pada bahagian kulit, dan dilarang untuk diletakkan pada bahagian yang sensitif umpamanya pada kemaluan, kepala, mata, ataupun luka yang dalam.

Selain itu, sebagai langkah keselamatan, jauhkan bedak ini dari kanak-kanak serta pastikan semasa penggunaan bedak ini, elakkan dari terkena pada hidung dan mulut budak untuk mengelakkan perkara yang tidak baik berlaku.

Apa-apa pun, bedak ini adalah bedak yang terbaik dan ianya mampu bersaing dengan bedak anti bakteria dari jenama yang lain dan ianya amat sesuai untuk keluarga anda.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.