Home » » Cara Mudah Melanggan Call Me Tone Celcom (CMT)

Cara Mudah Melanggan Call Me Tone Celcom (CMT)

Bagi pengguna Celcom yang ingin kelainan apabila keluarga, kawan-kawan ataupun sesiapa pun yang melakukan panggilan keatas telefon anda yang mana setiap kali mereka melakukan panggilan, terdapat muzik kegemaran anda yang didengari oleh si pemanggil  melalui panggilan tersebut.

Sesetengah dari anda mungkin masih tidak mengetahui hal ini, baiklah, jika anda melakukan panggilan terhadap kawan-kawan anda, terdapat sesetengah panggilan itu mempunyai dendangan muzik, bukan?

Itu lah yang digelar oleh pihak Celcom sebagai Call Me Tone (CMT) atau erti kata lain apa yang pemanggil anda dengar apabila mereka memanggil telefon anda.

Perkhidmatan ini adalah fungsi rangkaian dan ianya tidak bergantung kepada jenis model telefon anda. Semua jenis model telefon boleh menggunakan perkhidmatan ini. Ringtone pula bermaksud, apa yang kamu dengar dari telefon anda apabila seseorang melakukan panggilan terhadap telefon anda.
Credit: Xpax. Celcom
Kenapa  anda perlukan nada deringan ini? Pada kebiasannya, caller tone yang biasa kita dengari hanya kedengaran pangilan lebih kurang seperti ini, toot,toot,toot, dan akhirnya dijawab oleh pemilik telefon itu.

Bagi panggilan yang memiliki tone muzik, semasa anda melakukan panggilan keatas telefon seseorang, misalnya anda melakukan panggilan telefon keatas sahabat anda dan yang anda dengari sebelum panggilan tersebut dijawab oleh sahabat anda adalah muzik ataupun dendangan lagu.

Cara-cara melanggan Call Me Tone Celcom
Bagaimana melanggan perkhidmatan ini? Baik, terdapat satu cara untuk melakukkan langganan, tetapi sebelum itu, pastikan anda adalah pengguna Celcom.

Cara Melanggan
>>  Dail *111#  >> Pilih  No 4.  Request Service >> Pilih No 2. Call Me Tone >> Pilih No 1. Subsribe to CMT

Membeli Lagu
>>  Dail *111#  >> Pilih  No 4.  Request Service >> Pilih No 2. Call Me Tone >> Pilih No 2. Purchase Songs

Mencari Lagu
>>  Dail *111#  >> Pilih  No 4.  Request Service >> Pilih No 2. Call Me Tone >> Pilih No 3. Search Songs

Melihat Albun
>>  Dail *111#  >> Pilih  No 4.  Request Service >> Pilih No 2. Call Me Tone >> Pilih No 4. View My Album

Berhenti melanggan
>>  Dail *111#  >> Pilih  No 4.  Request Service >> Pilih No 2. Call Me Tone >> Pilih No 6. Unsubscribe

Menguruskan Album Lagu
>>  Dail *323#  >> Pilih No 7. Manage My CMT  >> Pilih No 1. My Album

Bayaran bagi melanggan setiap lagu  adalah RM 1.50 seminggu, harga bagi setiap lagu adalah bergantung kepada lagu itu sendiri dan telah ditetapkan oleh Celcom. Terdapat lagu hanya RM 1 untuk langganan untuk seminggu, dan terdapat lagu adalah percuma.

Apa pun, untuk keterangan yang lebih lanjut, anda perlu berhubung dengan pihak Celcom kerana panduan ini hanya berdasarkan apa yang difahami oleh penulis.



Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.