Home » » Cara Menghilangkan Bau Ketiak Dengan Berkesan

Cara Menghilangkan Bau Ketiak Dengan Berkesan

Cara Menghilangkan Bau Ketiak. Adakah anda menghadapai masalah bau ketiak? Sebenarnya masalah ini bukan sahaja anda sahaja yang mengalami tetapi ramai lagi orang di luar sana yang menghadapi masalah yang sama.

Diharap anda dapat bertenang, kerana masih terdapat penyelesaian untuk masalah ini. Memang tidak dinafikan, bagi sesiapa yang menghadapi masalah bau ketiak akan merasa rendah diri semasa berhadapan dengan orang di khalayak ramai.

Hal yang lebih teruk, terdapat rakan-rakan yang mengejek anda atau menjauhkan diri dari anda kerana anda menghadapi masalah ini. Penulis memahami perasaan anda, jangan berkecil hati, tetapi berusaha untuk menyelesaikan perkara ini.

Step terbaik untuk menghilangkan bau ketiak
Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh anda amalkan sebagai altenatif untuk mengatasi masalah anda dan diharap dengan cara ini, masalah bau ketiak anda akan berakhir.

a) Gunakan dedoran yang kuat
Cara ini mungkin satu penyelesaian paling cepat untuk mengatasi masalah anda. Di pasaraya atau di pasaran pada masa ini, terdapat pelbagai dedoran yang mampu untuk menghilangkan bau pada ketiak.
Decorative Picture
Anda boleh mencuba beberapa produk dedoran yang mungkin sesuai bagi anda dan sekiranya boleh, gunkakan dedoran yang kuat dan mampu menghilangkan bau ketiak anda.

Salah satu dedoran yang kuat adalah dedoran yang berunsur daripada tawas kerana tawas adalah bahan yang baik untuk menghilangkan bau ketiak serta menghilangkan kesan hitam pada ketiak anda.

b) Gunakan pakaian jenis 100% cotton
Apabila anda menghadapai masalah bau ketiak, ditambahi pula dengan pakaian anda yang tidak sesuai, masalah anda akan bertambah teruk dan bau ketiak anda akan bertambah kuat.

Disaran anda memilih pakaian yang sesuai untuk diri anda iaitu dengan memakai pakaian dari jenis kain kapas ataupun 100% cotton kerana kain jenis ini akan menyerap peluh anda dan akan mengurangkan bau peluh dari ketiak.

Pastikan juga anda mencuci setiap pakaian yang anda pakai dengan sekerap yang mungkin untuk memastikan keselesaan anda dan mengurangkan bau pada ketiak anda.

c) Amalkan sentiasa cukur bulu ketiak
Jika anda mempunyai masalah bau pada ketiak dan ditambahi lagi dengan rambut atau bulu ketiak yang tidak pernah anda cukur, ia akan menjadikan bau ketiak anda akan bertambah kuat.

Sentiasa lah memantau bulu ketiak anda dan sentiasa pastikan bulu ketiak anda dicukur.

d) Elakkan pemakanan seperti bawang dan alkohol, kafien
Tahukah anda pengambilan makanan yang mempunyai bau yang kuat akan mempengaruhi bau badan anda? Jika anda mempunyai sifat suka mengambil makanan seperti bawang, ia adalah antara penyebab yang menjadikan bau ketiak anda berbau.

Selain itu juga, pengambilan alkohol juga boleh membawa kepada masalah bau ketiak. Oleh itu hentikan atau cuba kurangkan pengambilan alkohol jika anda mahu masalah anda dapat diatasi.

Apa yang diketahui, makanan yang mengandungi kafien juga akan membawa kepada masalah ketiak berbau. Mungkin anda sukar menerima kenyataan ini lebih-lebih lagi minuman ini adalah favorite anda.

e) Ganti pakaian anda sekerap mungkin
Selain anda disarankan untuk memakai pakaian 100% cotton, anda juga disaran untuk menukar pakaian anda dengan sekerap yang mungkin untuk menjadikan bau ketiak anda tidaklah terlalu kuat.

Mungkin cara ini agak melecehkan ada tetapi ia adalah cadangan yang terbaik untuk memastikan anda berasa yakin ketika berhadapan dengan orang ramai.

f) Kerapkan mandi!
Ya! Mandi mampu mengurangkan masalah bau badan anda dan juga ketiak anda, jika sebelum ini anda hanya mandi dua kali sehari tetapi tambahkan menjadi 3-4 kali sehari.

Dengan menggunakan sabun dari anti bakteria seperti Dettol ia mampu membunuh bakteria dan seterusnya memberi anda keselesaan.

g) Elakkan merokok
Anda sendiri tahu, rokok boleh menyebabkan bau badan. Oleh itu cuba elakkan dari merokok kerana masalah anda akan bertambah sukar jika anda merokok.

h) Berbincanglah dengan doktor bertauliah
Jika keadaan mendesak anda, anda disaran untuk berjumpa dengan doktor yang bertauliah di kawasan tempat tinggala anda. 

Doktor yang baik mampu membantu anda dan melakukkan pemeriksaan keatas badan anda sekiranya bau ketiak anda berpunca dari penyakit-penyakit yang tertentu.

i) Rehatkan minda anda
Menurut beberapa pakar kesihatan, apabila badan kita mengalami tekanan yang berterusan, badan kita akan mengeluarkan hormon yang menyebabkan masalah bau badan.

Oleh itu, fikirkan kembali, andakah pada masa ini anda mengalami tekanan-tekanan di tempat kerja? Sebelum tidur, rehatkan minda anda dan cubalah untuk bertenang.

Adalah baik anda melakukkan senaman yoga untuk mengembalikan tenaga dan sekaligus menghilangkan tekanan yang anda hadapi. Lakukkan hal ini sebelum anda tidur!

j) Guna cuka putih
Cuka putih juga diketahui mampu mengurangkan bau ketiak pada ketiak anda. Bagaimana cara untuk menggunakan cuka putih? Gunakan kain yang sesuai dan basahkan kain tersebut dengan cuka putih dan sapukan pada ketiak anda.

Cara ini dikatakan mampu untuk mengubah keadaan PH pada kulit ketiak anda dan berita yang baik, bakteria tidak lagi tumbuh di ketiak anda.

k) Ubah diet pemakanan anda
Cubah anda fikirkan semula pada hari-hari ke belakang anda, apakah pemakanan yang sering anda makan? Tanya semula diri anda, adakah makanan yang anda makan adalah berkhasiat?

Kini tiba masanya anda menguba diet makanan yang anda ambil sehari-hari, lebihkan makan buah-buahan, sayuran hijau, biji-bijian, kerana makanan ini mampu meningkatkan fungsi metabolik tubuh dan seterusnya menjadikan ianya berfungsi dengan lebih cekap.

Selain itu juga, banyakkan meminum air yang bersih untuk membantu proses didalam tubuh anda berjalan dengan lancar. Anda memerlukan 8 gelas hingga 10 gelas air sehari untuk menjadikan diri anda benar-benar segar.

Berat badan yang tidak normal, juga penyebab kepada bau badan dan juga ketiak berbau. Pengambilan makanan yang tidak berzat akan memberikan tekanan keatas badan anda seterusnya menarik bakteria keatas badan anda dan juga ketiak.

l. Ketahui makanan penyebab bau badan yang kuat
Pengambilan makanan-makanan tertentu, dipercayai akan meningkatkan bau badan anda seperti pengambilan bawang putih, kari, daging merah, ikan, cili, bawang merah.

Cuba elakkan mengambil makanan ini secara kerap kerana ini lah antara penyebabnya bau badan dan juga ketiak anda berbau.

m) Gunakan Listerine
Tahukah anda, listerine bukan sahaja untuk menghilangkan masalah bau pada mulut tetapi ianya berkesan untuk ketiak berbau? Sukar dipercayai tetapi inilah kebaikan listerine.

Untuk pengetahuan anda listerine mengandungi antiseptik dan ia boleh membunuh bakteria yang berada pada ketiak anda. Bagaimana cara menggunakannya?

Gunakan kapas yang bersih atau kain yang bersih, basahkan dengan listerine, kemudian, lapkan diseluruh ketiak anda.

n) Hidrogen peroksida juga mampu membunuh bakteria pada ketiak
Larutan ini juga bagus untuk membunuh bakteria yang berada di ketiak anda. Cara penyediaannya adalah, gunakan 1 sudu teh larutan ini dan campurkan dengan air bersih di dalam anggaran 250 ml air.
Langkah seterusnya basahkan pada kapas atau kain larutan hidrogen ini dan lapkan pada keseluruhan permukaan ketiak anda.

o) Gunakkan limau nipis
Limau jeruk nipis juga mampu membunuh bakteria pada ketiak anda, cara penggunaanya adalah, hiris beberapa hirisan limau nipis dan letakkan pada permukaan ketiak anda. Walau begitu, berhati-hati menggunakan cara ini jika kulit anda daripada jenis yang sensitif.

Nah, ini lah cadangan-cadangan untuk menghilangkan bau ketiak yang anda alami, cuba anda mengamalkan petua-petua ini dan diharap ianya berkesan keatas diri anda dan sekiranya cara ini berjaya, diharap anda dapat berhadapan dengan masyarakat dengan lebih yakin.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.