Home » » Cara Menghalau Lalat Paling Berkesan Dari Kediaman Anda

Cara Menghalau Lalat Paling Berkesan Dari Kediaman Anda

Cara menghalau lalat. Adakah kediamana anda selalu didatangi oleh banyak lalat? Apabila hal ini berlaku, anda berisiko memakan makanan yang tercemar akibat dihinggapi oleh lalat. Adakah cara yang paling berkesan untuk menghalau lalat-lat ini?

Bagi sesetengah kes, lalat menjadi terlalu banyak datang ke rumah hingga mencapai beratus atau beribu-ribu. Ia tak mustahil? Kerana penulis sendiri pernah melihat lalat yang datang begitu banyak sekali.

Lalat atau dalam bahasa inggeris “fly’’ mempunyai berbagai jenis dan paling sering kita lihat adalah lalat rumah atau housefly (insect) kerana lalat jenis ini mampu membiak dengan jumlah yang banyak.

Berikut adalah beberapa cadangan bagaimana untuk menghalau lalat dengan cara yang berkesan menurut kajian-kajian sendiri penulis berdasarkan rujukan daripada berbagai sumber dan pengalaman sendiri penulis.

Tips-tips terbaik untuk menghalau lalat di kediaman anda

A.Gunakan alat pelekat lalat
Pelekat lalat adalah kertas berwarna cokelat yang direka cipta untuk menangkap lalat. Pelekat lalat ini mempunyai gam ataupun pelekat pada bahagian kertas itu sendiri dan gam yang ada pada kertas itu direka agar berbau ikan masin yang mampu menarik lalat-lalat untuk hinggap pada bahagian pelekat.
Photo by, Cocoparisienne, Licenced Via Creative Commons
Untuk mendapatkan pelekat lalat ini, anda boleh mendapatkannya di mana-mana pasar raya atau kedai-kedai runcit, dan setiap set pelekat lalat mempunyai beberapa keping kertas pelekat lalat. Pelekat lalat ini mempunyai berbagai jenama, tetapi semuanya bagus untuk menangkap lalat di rumah anda.

Cara menggunakannya, anda hanya meletakkan pelekat ini di kawasan yang terdapat banyak lalat di kediamana anda. Kesemua lalat akan melekat pada kertas pelekat apabila hinggap pada permukaan pelekat.

B. Menggunakan mesin perangkap lalat
Anda mungkin mencuba sesuatu yang agak canggih dengan menggunakan alat perangkap lalat yang menggunakan cahaya UV. Alat ini menggunakan kuasa elektrik dengan cahaya UV berwarna biru dan mampu menarik lalat untuk ke kawasan cahaya. Apabila lalat hinggap ia dengan serta merta akan terbakar disebabkan kuasa elektrik yang terdapat pada alat tersebut.

Walau begitu, untuk menggunakan alat ini, anda harus berhati-hati dan jauhkan daripada kanak-kanak dan tempatkan di kawasan yang agak jauh daripada orang ramai kerana ia agak kurang selesa kerana bunyi tindak balas alat ini apabila lalat menyentuh mesin perangkap ini.

Di pasaran terdapat pelbaga jenis mesin untuk menangkap lalat misalnya, Fly catcher, Fly trap, dan lain-lain lagi. Anda boleh mencubah cara ini untuk menangkap seterusnya mengurangkan jumlah lalat di kediaman anda.

C. Menggunakan wain atau cuka
Jika anda tidak berkesempatan untuk membeli mesin perangkap lalat, anda mungkin mencuba kaedah sendiri dengan menggunakan botol ataupun apa-apa balang yang sesuai. 

Letakkan sedikit wain ataupun cuka kedalam balang atau botol, tempatkannya di kawasan yang banyak lalat di kawasan kediamana anda. Lalat-lalat akan memasuki balang ataupun botol dan seterusnya akan mati terperangkap di dalam bekas itu.

Kaedah lain pula, sediakan mangkuk yang diyakini anda tidak menggunakannya lagi, letakkan sedikit sabun pinggan di sekitar permukaan mangkuk dan seterusnya letakan beberapa titisan cuka. Lalat-lalat akan menghinggapi permukaan mangkuk tersebut dan seterusnya akan terperangkap di dalam mangkuk.

Tahukah anda, cuka dan wain, digemari oleh lalat, gunakan kaedah ini untuk menarik lalat dengan cara yang dicadangkan kepada anda.

D. Gunakan raket pemukul lalat elektrik (Swatters elektronik)
Jika anda pergi mana-mana pasaraya, mereka ada menjual raket elektrik untuk lalat. Anda boleh mencuba cara ini untuk memerangkap lalat di kediaman anda. Walau begitu, pastikan jauhkan alat ini daripada kanak-kanak.

E. Spray halau lalat berasaskan tumbuhan serai
Di Malaysia terdapat beberapa produk berunsurkan dari tumbuh-tumbuhan iaitu daripada serai. Produk ini mampu untuk menghalau lalat, semut, lipas, dan tikus. Anda boleh mencuba produk berasaskan serai ini dengan melakukkan semburan di tempat-tempat yang banyak lalat. 

Produk Serai ini boleh diperolehi di kebanyakan pasaraya dan jangan lepaskan peluang ini untuk mencuba produk yang lebih selamat. Untuk melihat keberkesanan produk ini, tipsnya kerapkan melakukkan semburan di kawasan yang banyak dihinggapi lalat dan lambat laun lalat akan lari daripada rumah anda. Produk yang penulis maksudkan adalah produk daripada Serai Wangi.

F. Menggunakan perangkap lalat buah
Penulis tidak mengetahui jika produk ini ada dijual di Malaysia tetapi produk ini amat popular di Eropah dan juga Barat sebagai alat yang amat berkesan untuk memerangkap lalat.

Alat ini juga diformulasikan daripada epal dan buah-buahan. Contoh perangkap lalat buah yang paling popular adalah Rescue Fruit Fly Trap dan juga Terro Fruit Flay Trap.

G. Menggunakan semburan daraipada pyrethrin
Pyrethrin adalah sebatian organik berasaskan daripada bunga-bungaan iaitu Chrysanthemum cinerariifolium. Bahan ini memiliki bahan insektisida yang memberi tumpuan kepada sistem saraf serangga.

Anda boleh menggunakan semburan pyrethrin di bahagian pintu-pintu, dinding untuk menghalau lalat di kawasan rumah anda. Walau bahan ini tidak berbahaya kepada manusia, ia masih merbahaya jika termakan dalam jumlah yang banyak. Oleh itu berhati-hati semasa menggunakan bahan ini.

H. Umpan serangga
Di eropah dan juga barat, terdapat produk yang dikenali sebagai umpan serangga. Produk ini akan dilekatkan berhampiran tingkap-tingkap rumah untuk memerangkap lalat.

Produk yang popular sekali dikenali sebagai Ortho Home Defense Flyer Window Decal. Produk ini mengandungi insektisida untuk membunuh serangga. Walau begitu, ianya agak berbahaya kepada haiwan dan binatang peliharaan anda.

I. Penggunaan minyak pati
Melalui kajian penulis, penggunaan minyak pati daripada tumbuh-tumbuhan juga mampu untuk mengusir lalat ataupun serangga di kediaman anda. Minyak pati seperti pepermint, cengkih, serai, lavender, ataupun apa jua minyak daripada tumbuhan dikatakan mampu menghalau lalat di rumah anda.

Ini kerana, bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan ini mempunyai insektisida semulajadi untuk menghalau lalat.

J. Tanam tumbuhan penghalau lalat
Ini mungkin satu idea yang bijak dengan menggunakan cara menanam tumbuh-tumbuhan yang tidak disukai oleh serangga misalnya lalat. 

Seperti yang kita tahu, pudina, rosemary, lavender, serai, adalah tumbuhan yang tidak disukai oleh lalat. Untuk idea bijak ini, disarankan untuk meletakkan tumbuhan ini melalui pasu bunga dan letakkan lah berhampiran tingkap anda di tepi dapur.

K. Penggunaan produk pembunuh lalat buah
Terdapat produk yang direka cipta untuk memusnahkan jenis lalat buah khususnya di kebun, lalat di ladang-ladang atau kandang-kandang ternakan.

Misalnya di Malaysia terdapat produk seperti, Fly Trap, BMO, Saros Kristal, Magic-Magic, dan bermacam lagi produk untuk memusnahkan lalat dan serangga yang lain.

Walau begitu, anda dinasihatka untuk membaca setiap cara penggunaan produk-produk di pasaran kerana sesetengah produk itu mungkin memberi kesan sampingan kepada kesihatan manusia.

L. Penggunaan madu
Di Pasaran, terdapat produk madu campuran dengan gula, maksudnya ianya bukan madu asli, anda boleh mencuba cara ini dengan meletakkan madu di kawasan mangkuk dan pastikan permukaan mangkuk itu telah disapu rata dengan madu campuran.

Letakkan mangkuk yang telah disapu dengan madu itu tadi di kawasan yang banyak lalat. Bila lalat menghinggapi mangkuk itu, lalat-lalat akan terperangkap dan seterusnya mati. Penggunaan madu campuran adalah salah satu kos yang agak murah untuk perangkap lalat di rumah anda.

M. Penggunaan produk Flies-away
Produk ini sebenarnya produk dari luar negara, tetapi melalui kajian penulis, di Malaysia juga ada menjual produk ini. Alat ini adalah perangkap lalat diperbuat daripada plastik berupa seperti jaring dengan ukuran saiz 15 x 12 x 12 cm.

Anda hanya masukkan ubat penarik lalat ke dalam perangkap tersebut dan gantungkan di mana-mana kawasan tempat yang banyak lalat. Perangkap ini mampu memerangkap sehingga 20,000 ekor lalat.

Itu adalah cadangan-cadangan penulis kepada anda bagaimana untuk memusnahkan lalat atau menghalau lalat. Baik, apa pun cara yang kita gunakan, langkah yang paling terbaik menurut penulis untuk menghalau lalat adalah, mengenal pasti apakah yang menyebabkan lalat datang ke rumah anda.

Anda pun sendiri tahu, lalat datang ke rumah anda disebabkan oleh makanan, daging, sampah- sarap, sisa-sisa makanan, atau terdapat kawasan-kawasan di rumah anda tidak dibersihkan dengan baik hingga menarik lalat untuk ke rumah anda. 

Berikut adalah cadangan-cadangan penulis apa yang patut anda beri perhatian semasa membersihkan rumaha anda.

1. Buang dan bersihkan sisa-sisa makanan.
Selepas sahaja anda makan, pastikan anda membuang dengan segera sisa-sisa makanan di kawasan meja makan dan lap juga meja makanan anda sehingga bersih. Lakukkan semburan pada meja dengan semburan penghalau lalat yang selamat umpamanya dengan menggunakan produk berasaskan serai.

Semburan ini akan menyebabkan lalat tidak akan menghinggapi meja makan anda kerana ia tidak menyukai bau daripada serai. Lakukkan juga semburan di kawasan-kawasan kerusi dan lantai.

2. Bersihkan tong sampah
Salah satu penarik lalat ke rumah anda adalah kerana adanya sisa makanan di kawasan tersebut. Pastikan setiap sisa makanan di masukkan ke dalam plastik dan diikat kemas, jika boleh buang sisa makanan dan sampah-sampah yang lain di tempat pembuangan sampah. Tong sampah di rumah anda pula, pastikan dibersihkan dan lakukkan semburan penghalau lalat di kawasan tong sampah.

3. Bersihkan singki dan cuci pinggan mangkuk
Pastikan singki di dapur anda sentiasa dibersihkan dan pingan-pinggan mangkuk yang telah digunakan pula, haruslah dicuci dengan segera untuk memastikan ianya tidak menarik lalat datang ke rumah anda.

4. Buang organ haiwan/ perut ikan
Kadang-kadang apabila kita menyediakan makanan, kita mungkin akan memotong daging-daging, ayam, dan menyiang ikan. Lebihan daripada organ haiwan ini umpamanya sisik-sisik ikan, perut ikan, perut ayam, atau apa jua organ haiwan yang tidak diperlukan, masukkan ke dalam plastik sampah, dan buang segera ke tempat pembuangan sampah.

Jika anda membuang organ ini di kawasan longkang atau di tong sampah di dalam rumah anda ia akan menarik lebih banyak lalat yang datang ke rumah anda.

5. Simpan makanan di dalam peti sejuk
Bagi kebanyakan kita, selalunya menyimpan lebihan makanan di tudung saji pada meja makan. Walau cara ini agak selamat daripada lalat tetapi ia tetap akan mengundang lalat datang ke rumah anda kerana bau daripada makanan anda.

Cadangan yang lebih baik, simpan lebihan makanan di peti ais anda. Begitu juga makanan untuk haiwan anda misalnya makanan yang disediakan untuk kucing, simpan di tempat yang terlindung dan tertutup ketat.

6. Pastikan setiap makanan yang tertumpah dibersihkan dengan segera
Jika anda melihat adanya tumpahan makanan di lantai rumah, pastikan anda membersihkannya dengan kadar segera untuk memastikan lalat tidak terhidu tumpahan makanan tersebut.

D kawasan tumpahnya makanan itu pula, selepas anda membersihkannya, pastikan dibersihkan dengan menggunakan sabun pengelap dan lakukkan semburan penghalau lalat.

7. Bersihkan saluran
Setiap saluran umpamanya saluran air pada singki, saluran tandas, longkang, lubang tandas, harus dibersihkan dengan kerap dan pastikan tiada kebocoran pada saluran tersebut. Kawasan-kawasan ini selalunya akan dipenuhi dengan lalat sekiranya tidak dibersihkan dengan baik.

8. Pasang jaring di jendela rumaha anda
Bagi penulis, ini adalah cadangan yang paling terbaik sekali agar lalat tidak datang lagi di rumah anda, pasang jaring bermata kecil di setiap jendela di rumah anda dan juga lubang-lubang udara.

Anda boleh mendapatkan gulungan jaring bermata kecil di kedai-kedai hadware yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Selain itu jangan lupa juga membeli sekali tukul dan juga paku bersaiz kecil untuk persediaan memasang jaring di jendela rumah anda.

Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, lalat tidak akan dapat memasuki lagi rumah anda jika setiap tingkap dan saluran udara di letakkan dengan jaring bermata kecil. Untuk menjayakan misi ini berjaya, pastikan anda melakukkan pemeriksaan di setiap sudut rumah anda agar tiada lubang yang boleh menyebabkan lalat masuk.



Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.