Home » » Cara Mengajar Anak Anda Untuk Menabung Demi Kebaikan Masa Depan Mereka.

Cara Mengajar Anak Anda Untuk Menabung Demi Kebaikan Masa Depan Mereka.

Anak anda diibaratkan sebagai kain putih tanpa apa pun warna yang lain. Anda sebagai ibu bapa kepada anak-anak anda lah yang akan mencorakkan kain putih itu menjadi corak yang yang menarik dan disukai oleh ramai orang disebabkan corak yang anda cipta sendiri.

Begitu juga halnya dengan menabung wang, anda harus mengajar anak-anak anda menabung seawal usia mereka masih kanak-kanak lagi agar mereka tahu betapa pentingnya menabung untuk keperluan kewangan di masa yang akan datang.

Berikut adalah beberapa tips untuk mengajar anak-anak anda menabung wang.

1. Sediakan tabung syiling untuk anak-anak anda
Ajarlah anak-anak anda untuk menyimpan wang setiap hari, misalnya semasa mereka ke sekolah, wang perbelanjaan yang anda berikan kepada mereka, ajarlah mereka untuk berjimat dan sekiranya terdapat baki duit belanja tersebut, nasihatkan anak-anak anda untuk menyimpan wang itu.
Decorative Picture
Photo by, Money, Licenced Via Creative Commons
Cadangan yang baik, belikanlah mereka tabung untuk menyimpan wang. Tabung boleh anda perolehi dengan membelinya di pasaraya ataupun mana-mana kedai. Jika boleh, belikanlah mereka tabung berupa sebuah patung kesukaan anak-anak anda.

Misalnya, jika anak-anak anda menyukai kucing, belikanlah tabung berbentuk patung kucing agar mereka bersemangat untuk menyimpan wang ke dalam tabung patung tersebut.

2. Buka buku akaun untuk anak-anak anda
Apabila tabung syiling anak-anak anda telah penuh, langkah seterusnya yang perlu anda lakukkan adalah, bawalah anak anda ke bank untuk membuka akaun. Di negara kita, terdapat beberapa akaun untuk anak-anak anda untuk menyimpan, misalnya melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) iaitu akaun SSPN, dan Akaun Remaja di Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Semasa membawa anak anda untuk membuka akaun, selalu nasihatkan anak-anak anda mengapa membawanya untuk ke bank untuk menyimpan wang miliknya dan nasihatkan juga kepentingan-kepentingan menyimpan wang.

3. Berikan anak-anak anda ganjaran wang
Berikan anak-anak anda ganjaran sekiranya mereka berjaya menyimpan wang di dalam jumlah yang anda tetapkan di dalam beberapa hari atau minggu. Cara ini mampu menarik minat mereka untuk menyimpan wang.

Misalnya sekiranya anda telah menetapkan kepada akan-anak anda, mereka mampu menyimpan wang sebanyak RM 50 di dalam tiga bulan yang akan datang, katakan kepada anak-anak anda, mereka akan memperolehi ganjaran di dalam bentuk wang.

Jika setiap hari perbelanjaan untuk anak-anak anda ke sekolah adalah sebanyak RM 5, mereka masih mampu menyimpan sedikit baki wang perbelanjaan tersebut ke tabung untuk mencapai target yang anda tetapkan.

4. Ajar anak anda mengumpul duit sekiranya mahukan sesuatu
Kadang-kadang, apabila anda ke pasar raya bersama anak-anak anda, adakalanya anak-anak anda akan meminta anda untuk membelikan sesuatu. Bukan kah begitu?

Apabila hal itu berlaku, nyatakan secara jelas kepada anak-anak anda, mereka perlu mengumpul wang sekiranya mereka mahukan barangan tersebut.

Misalnya, anak anda mahukan sebuah patung barbie berharga RM 15, nyatakan kepada anak anda untuk mengumpul wang dan apabila mencukupi, barulah anda membawa anak anda untuk membelikan patung barbie itu.

Sekiranya boleh, wang tabung setiap hari adalah berbeza dengan tabung untuk membeli patung barbie. Sediakan sebuah balang khas untuk tabung membeli patung barbie dan untuk menjadikan anak anda bersemangat untuk menyimpan wang untuk patung barbie itu, lekatkanlah stiker atau gambar barbie pada balang tersebut.

5. Sentiasa mengajar dan berbincang dengan anak anda mengenai pengurusan kewangan
Mengajar anak anda untuk menabung andalah sesuatu pendidikan yang berterusan tetapi pastikan anda mengajar anak anda menurut kebijaksanaan anda sendiri ataupun bersifat kekeluargaan.

Misalnya, anda sentiasa menekankan anak-anak anda kepentingan untuk menabung, dan bertanya lah kepada anak anda misalnya, “apakah impian mereka”, “apakah kita kaya”, “apakah barangan yang paling diingan oleh mereka”, atau perkataan yang menjurus kepada anda boleh mengajar mereka kepentingan pengurusan kewangan.

Semasa berada di pasar raya, sentiasa mengajar anak anda mengenai kepentingan membelikan sesuatu barangan tertentu dan beza dengan barangan yang lain. Ajar juga anak-anak anda untuk berjimat cermat dan apakah kebaikan sekiranya berjimat.

Pengajaran anda yang berterusan kepada anak-anak anda untuk menabung akan menjadikan anak anda akan menghargai setiap wang yang diterima oleh mereka dan mereka akan tahu akan kebaikan untuk menabung.

Sekiranya anda masih belum bermula untuk mengajar anda untuk menabung, bermula lah dari sekarang untuk kebaikan masa depan mereka. Tanpa anda mengajar mereka menabung, kemungkinan besar di masa mereka dewasa kelak, mereka akan menghadapi masalah kewangan yang teruk disebabkan pengurusan kewangan yang salah.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.