Home » » Cara Beli Barang Online Dengan Kaedah Yang Benar

Cara Beli Barang Online Dengan Kaedah Yang Benar

Di negara kita secara amnya, telah wujud berbagai-bagai web site e-commerce atau web e-dagang untuk menjual pelbagai produk dijual secara online. Tentunya anda sebagai pengguna internet, ingin melakukkan pembelian secara online lebih-lebih lagi pelbagai produk dijual dengan harga yang murah.

Bagimana beli barang online itu? Anda harus tahu tips cara beli online dengan cara yang benar untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini. Misalnya penipuan, atau barangan yang kita beli tidak sampai. Tip-tips ini amat berguna kepada anda semua cara membeli barangan online dengan kaedah yang betul

Cara beli barang online dengan kaedah yang benar
Tahukah anda? Terdapat ramai individu di luar sana yang mengalami penipuan disebabkan pembelian barangan secara online? Ini disebabkan mereka tidak mengetahui keadah yang selamat untuk melakukkan pembelian produk yang diinginkan oleh mereka.

Baik, ini adalah beberapa tips yang berguna kepada anda untuk dijadikan sebagai rujukan sebelum mengambil keputusan untuk melakukkan pembelian di dalam talian.

1. Kenal pasti produk yang ingin dibeli
Jika anda ingin membeli barangan secara online, kenal pasti barangan apa yang ingin anda beli di internet terlebih dahulu. Untuk mencari produk, anda boleh menggunakan perkhidmatan web carian yang popular seperti Google, Bing, dan juga Yahoo.
Decorative Picture
Photo by, ijmaki, Licenced Via Creative Commons
Anda hanya perlu taip apakah produk yang ingin anda beli melalui web carian ini. Melalui keputusan carian, jika anda telah melihat produk yang ingin anda beli, hanya klik sahaja produk tersebut untuk melihat dengan lebih detail lagi.

Anda juga boleh mengunjungi terus web online yang terkenal di negara ini seperti Zalora, 11 street, Lelong, Lazada, dan banyak lagi. Jika anda ingin melakukkan pembelian produk melaui web luar negara, web yang amat terkenal adalah seperti eBay, Amazon, AliExpress, dan banyak lagi.

2. Persediaan kad kredit dan kad debit
Pada masa ini, kebanyakan pembelian melalui online, menggunakan kad kredit dan juga kad debit untuk melakukkan transaksi. Tanpa kad debit dan juga kad kredit, agak sukar untuk anda melakukkan pembelian online.

Selain itu, semasa melakukkan transaksi pembelian, pastikan kad debit atau kad kredit mempunyai baki kredit atau baki wang yang mencukupi untuk membolehkan pembelian dapat dilaksanakan.

3. Tawaran promosi produk
Lihat semula tawaran produk yang di tawarkan dengan melihat harga yang diberikan dan bandingkan semula harga pasaran produk tersebut. Anda perlu bijak untuk menilai harga-harga yang ditawarkan kepada pembeli.

Sesetengah penjual, menjual produk mereka dengan harga yang agak tinggi berbanding dengan harga pasaran semasa.

4. Lawati web dengan lebih detail
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk tersebut, anda disarankan untuk mengunjungi tapak web mereka dan amat perlu untuk pastikan dimanakah pusat pengoperasian mereka, seperti lokasi kedai, alamat, dan baca dengan teliti adakah produk tersebut masih memiliki stok ataupun sebaliknya.

Kerana, sesetengah penjual, adakalanya lupa untuk melakukkan kemaskini produk yang dijual oleh mereka kerana produk yang dijual terlalu banyak. Jika boleh, adalah lebih baik menghubungi penjual adakah, produk yang dijual oleh mereka mempunyai stok.

5. Cara pembayaran
Lihat juga apakah sistem pembayaran yang digunakan oleh web berkenaan untuk pembeli mereka sekiranya melakukkan pembelian. Adakah hanya menggunakan kad kredit sahaja atau kad debit ataupun kedua-duanya sekali.

6. Periksa tahap keselamatan pembelian
Ini adalah part yang paling penting sekali untuk anda ambil perhatian semasa melakukkan pembelian. Jika web berkenaan menggunakan perkhidmatan kad kredit atau kad debit, lihat semula, apakah tahap keselamatan tersebut adalah selamat.

Apabila anda melakukkan transaksi, periksa dengan teliti, adakah alamat web tersebut adalah benar kerana sesetengah haker menggunakan kesempatan ini dengan mencuri data-data dari kad kredit anda semasa proses transaksi dilakukkan terhadap web yang tidak memiliki sistem sekuriti yang tinggi.

Ingat petua ini, jika anda melakukkan pembayaran melalui debit kad atau kad kredit, pastikan web tersebut menggunakan perkhidmatan transaksi melalui pihak ketiga (syarikat sistem sekuriti) untuk melakukkan pembayaran.

Jika web tersebut tidak menggunakan perkhidmatan sistem sekuriti, anda sebagai pemegang kad kredit atau kad debit berisiko untuk kecurian data-data anda. Tapi jangan risau, kebanyakan web-web online yang besar di Malaysia mempunyai sistem sekuriti mereka untuk memantau setiap transaksi.

Misalnya web Lelong.com.my, mereka menggunakan perkhidmatan NetPay untuk memantau setiap transaksi pembelian dari ahli yang menggunakan kad kredit dan juga kad debit di web e-dagang mereka.

Jika anda melakukkan pembelian melalui eBay pula, kebanyakan transaksi menggunakan kad kredit melalui pihak ketiga iaitu Paypal. Paypal adalah syarikat pihak ketiga yang memantau semua transaksi pembelian melalui kad kredit tanpa sebarang masalah kepada pembeli dan juga penjual. Mereka adalah syarikat yang terpercaya yang menjaga kerahsiaan kad kredit anda!

Untuk keyakinan anda semasa melakukkan transaksi kad debit atau kad kredit, pastikan alamat website pihak ketiga (syarikat sistem sekuriti) ataupun bank yang anda lakukkan transaksi adalah alamat yang betul.

Tipsnya adalah mudah, alamat syarikat sekuriti transaksi atau alamat bank menggunakan alamat bermula seperti contoh ini, https://www.contohbank.com. Bagi alamat yang tidak betul adalah seperti contoh ini, http://www.contohbank.com.

Apakah perbezaannya? Bezanya adalah alamat protokol https dan juga http. Semua alamat website bank-bank, syarikat kad kredit,syarikat sistem sekuriti mengunakkan alamat protokol bermula dengan https. Penulis telah high light alamat protokol untuk kefahaman anda.

7. Baca polisi
Bila anda sudah mengetahui produk yang dijual menggunakan perkhidmatan pembayaran yang diayakini selamat, langkah seterusnya yang boleh anda lakukkan adalah mengetahui apakah polisi syarikat atau web e-dagang, mengenai pembelian barangan, prosedur pengembalian barangan sekiranya barangan bermasalah seperti barangan rosak, barangan tidak sampai, barang hilang, atau sebagainya.

Anda harus memahami polisi mereka dengan membaca secara teliti agar sekiranya terdapatnya masalah semasa pembelian dilakukkan anda serba sedikit memahami prosuder tersebut.

8. Kos pengeposan
Walaupun harga produk yang dijual agak murah, anda harus memahami pula berapakah kos pengeposan produk yang anda beli. Sesetengah produk mungkin mempunyai kos pengeposan percuma dan bagi produk yang lain pula, pembeli terpaksa melakukkan bayaran tambahan. Walaubegitu, ianya bergantung kepada tawaran dari syarikat web e-dagang itu sendiri.

9. Beli beberapa barangan untuk meminimakan kos penghantaran
Adalah lebih baik, sekiranya anda melakukkan pembelian secara online, digalakkan untuk melakukkan pembelian beberapa barangan lagi bagi meminimakan kos penghantaran. Selalunya, jika anda melakukkan pembelian di dalam jumla yang agak banyak, penjual akan memberikan anda tawaran penghantaran kos yang lebih murah.

10. Gunakan hanya satu kad kredit untuk pembelian
Anda dinasihatkan untuk melakukkan pembelian online dengan menggunakan hanya satu sahaja kad kredit. Ini bertujuan untuk persedian awal, sekiranya anda tersilap melakukkan pembelian di web yang tidak dilindungi menyebabkan kecurian data-data kad kredit anda, sekurang-kurangnya, anda tidak mengalami kerugian yang banyak.

Walau begitu, sekiranya anda mengesyaki telah mengalami kecurian data-data kad kredit, pastikan anda menghubungi dengan segera pihak bank anda untuk membatalkan kad kredit anda dan membatalkan semua transaksi sekiranya ada.

11. Lakukkan pembelian hanya komputer di rumah
Langkah yang paling selamat untuk melakukkan pembelian adalah melalui komputer di rumah anda. Mengapa begitu? Anda telah mengetahui, siapa yang menggunakan komputer anda, anda dan mungkin ahli keluarga yang lainsahaja.

Skiranya anda menggunakan komputer di cyber cafe atau di pejabat, anda tidak mengetahui komputer itu mengandungi Virus seperti Spyware untuk mencuri data-data anda.

12. Gunakan komputer mempunyai perisaian anti virus
Kaedah yang lebih baik, semasa anda melakukkan pembelian di dalam talian, gunakan  perkhidmatan pembelian online yang ada disediakan melalui perisaian anti virus di komputer anda. Perisaian anti virus di komputer anda akan memantau transaksi tersebut dengan selamat tanpa gangguan Spy Ware. Kebanyakan perisaian anti virus berbayar menyediakan perkhidmatan ini untuk pembelian secara online atau transaksi wang.

13. Sentiasa ingat paswword
Setiap pembelian melalui online memerlukan pembeli untuk mendaftarkan diri melalui web mereka. Ini adalah perlu untuk tujuan rekod mereka dan kebaikan anda untuk memudahkan anda melakukkan pembelian.

Oleh itu, anda harus mengingati password yang anda tetapkan melalui web tersebut kerana bukan sahaja memudahkan anda tetapi selepas melakukkan pembelian, selalunya pihak penjual akan mengirimkan tracking number pengeposan kepada anda melalui akaun anda di web tersebut.



Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.