Home » » Belting Kereta Berbunyi? Apa Harus Dilakukkan?

Belting Kereta Berbunyi? Apa Harus Dilakukkan?

Kadang-kadang, semasa kita memandu kereta, atau semasa mula-mula menghidupkan kereta, kita akan mendengar sesuatu yang kuat berbunyi pada Air Conditioning belting atau A/C belt kereta kita.

Bagi anda yang tidak mengetahui masalah ini, mungkin akan merasa risau sekiranya terjadi kerosakan yang lebih buruk keatas kenderaan anda.

Apabila berlaku keatas kereta anda, mula-mula sekali jangan panik kerana terdapat beberapa sebab mengapa belting kereta anda berbunyi. Semua kereta akan mengalami bunyi belting yang sama apabila adanya sebab-sebab yang menyebabkan belting tersebut berbunyi.

Bila belting kereta berbunyi, kita ketahui ia sesuatu bunyi yang nyaring datang daripada bahagian enjin kereta kita. Jadi apa yang harus kita lakukkan?

Tips ketahui masalah belting berbunyi.
Baik, pertama sekali yang perlu kita lakukkan, sekiranya anda sedang memandu, adalah lebih baik anda berhenti di kawasan tempat yang selamat dan barulah anda melakukkan pemeriksaan.
Belt Merekah
Jika semasa mula-mula anda menghidupkan kereta dan belting anda berbunyi anda boleh terus melakukkan pemeriksaan segera keadaan belting kereta anda.

Terdapat beberapa sebab, mengapa belting kereta kita berbunyi. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut.
  • Belt longgar
  • Belt terkena air
  • Belt merekah
  • Belt hampir putus
a) Belt Longgar
Apabila belt anda longgar, ia adalah penyebab utama kepada bunyi belting anda. Cara penyelesainya, anda hanya perlu ketatkan sahaja melalui pully ataupun jika anda tidak mempunyai alat, anda boleh membawa kereta anda di bengkel yang berhampiran.

b) Belt terkena air
Belting anda akan berbunyi secara tiba-tiba dengan bunyi yang nyaring apabila melalui kawasan air berlopak ataupun pada masa hujan yang lebat. Anda tidak perlu lakukan apa-apa jika hal ini berlaku kerana apabila belting kering, bunyi itu akan hilang dengan sendirinya.

c) Belt merekah
Tidak dapat diketahui, adakah belt yang telah merekah akan mengeluarkan bunyi, tetapi sekiranya belting kereta anda telah pun merekah semasa anda melakukkan pemeriksaan, ia adalah sebagai tanda amaran, anda harus melakukkan penukaran belting kereta anda dengan segera.

Dengan menggunakan lampu suluh, perhatikan dengan teliti keadaan belt kereta anda sekiranya terdapat rekahan pada belt atau adanya tanda-tanda rekahan telah berlaku. Ingat semula, bilakah kali terakhir anda telah melakukkan penukaran belt itu? Jika telah terlalu lama tidak dibuat penukaran, adalah lebih baik anda melakukkan penukaran belt kereta anda.

Sebagai pengetahuan anda juga, belt pada kereta tidak semua sama, ia bergantung pada jenis kereta. Kita lihat selalu apabila membuka bonet enjin kereta adalah belt air cond, dan belt altenator. Timing Belt tidak dapat dilihat daripada depan enjin kerana ianya berada pada bahagian bawah.

Sebenarnya jenis belt kereta ini terdapat beberapa jenis lagi, tapi hanya dinyatakan disini hanya dua sahaja untuk mengelakkan anda tidak keliru.

Sesetengah orang mengatakan untuk menghilangkan masalah bunyi pada belting, disaran untuk menggunakan lilin. Sebenarnya, ia sesuatu idea yang bagus tetapi hanya mampu bertahan sekejap sahaja, kemudiannya bunyi akan datang semula.

d)Belt hampir putus
Ya! Terdapat kemungkinan belting anda berbunyi disebabkan belt hampir putus ataupun terdapat benang putih telah keluar melalui belt disebabkan pemakaian belt melebihi tempoh had yang disarankan.

Apabila belt kereta anda berbunyi secara tiba-tiba, tanpa adanya hujan ataupun kelopak air, anda harus melakukkan pemeriksaan segera keatas belt kereta anda kerana sekiranya belt air cond atau altenator belt anda putus, ia akan membawa masalah yang besar keatas kereta anda.

Belting altenator dan belting air cond mempunyai jangka hayat yang telah ditetapkan bergantung kepada jenama belt itu sendiri, walau begitu anda disaran untuk merujuk melalui buku panduan kenderaan anda kerana setiap jenis belt dan kereta mempunyai saranan penukaran yang berbeza.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.