Home » » Apa Harus Dilakukan Jika Skrin Handphone Retak

Apa Harus Dilakukan Jika Skrin Handphone Retak

Adakah skrin handphone anda retak? Ia adalah satu berita yang menyedihkan bagi diri anda bukan? Lebih-lebih lagi smart phone yang anda beli baru beberapa hari atau beberapa bulan digunakan, apatah lagi, terdapat bayak photo-photo yang penting di dalam telefon tersebut.

Baik, apa pun yang terjadi, kita harus terima kenyataan tersebut dan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian untuk memperbaiknya atau, jika ianya tidak boleh digunakkan lagi, mencari altenatif untuk mendapatkan handphone yang baru.

Panduan-panduan penting jika skrin handphone retak
Berikut adalah beberapa cadangan terbaik yang boleh anda praktikan di saat-saat handphone anda mengalami masalah.

1. Lakukan pemeriksaan menyeluruh keadaan skrin telefon
Selepas skrin handphone anda retak yang mungkin telah jatuh terhempas, apa yang perlu anda lakukkan adalah, periksa keseluruhan keadaan skrin telefon anda sekiranya ianya masih berfungsi ataupun retak teruk hingga tidak lagi dapat digunakkan.
Photo by, Freetagger, Licenced Via Creative Commons
Pemeriksaan keseluruhan bukan sahaja keadaan skrin handphone yang retak tetapi pastikan adakah handphone anda masih berfungsi lagi atau sebaliknya.

2. Cuba simpan data-data telefon anda terlebih dahulu
Selepas handphone anda mengalami retak pada skrin, dan sekiranya ianya masih boleh dihidupkan atau masih boleh digunakkan, apa yang paling penting, simpan data-data yang penting di dalam telefon anda seperti photo-photo, atau apa jua hal yang penting di dalam telefon anda.

Anda boleh simpan telefon anda melalui komputer atau laptop. Hal ini penting jika anda menghantar telefon anda di kedai repair, anda tidak mahu orang lain melihat gambar-gambar peribadi anda bukan? Sekiranya boleh, langkah seterusnya adalah, padam keseluruhan gambar di dalam telefon selepas anda menyimpan melalui komputer anda.

3. Belikan screen protection
Sekiranya handphone anda masih boleh digunakan, anda dicadangkan untuk membelikan screen protection untuk telefon anda misalnya protection screen  jenis plastik atau yang lebih baik jenis kaca seperti jenama Guard Tempered Glass Screen Protection.

Membelikan screen protection untuk skrin telefon anda adalah satu langkah altenatif untuk memperbaiki skrin telefon untuk sementara waktu sebelum anda melakukkan penukaran skrin yang baru.

4. Hubungi pengilang
Langkah seterusnya yang boleh anda lakukkan adalah, hubungi pengilang telefon anda sekiranya mereka boleh mengantikan skrin telefon yang baru berserta berapakah kos untuk pengantian skrin telefon yang baru.

Umpamanya, jika anda menggunakan handphone daripada jenama Samsung, anda boleh mengunjungi mana-mana wakil Samsung, atau anda boleh terus ke pusat Samsung untuk bertanyakan kos pengantian skrin telefon anda.

5. Hantar ke kedai repair
Anda juga boleh menghantar mana-mana kedai pembaikan telefon yang berhampiran tempat tinggal anda dan tanya terlebih dahulu kos untuk penukaran skrin telefon yang baru mengikut model telefon anda.

Selalunya, kos untuk penukaran skrin bergantung kepada jenis model telefon itu sendiri tetapi, terdapat skrin telefon yang mempunyai harga yang agak mahal bergantung kepada model telefon itu sendiri.

6. Trade in atau jual telefon anda
Sudah tiba masanya mungkin anda perlu menjual telefon anda atau melakukkan trade in di mana-mana kedai telefon. Ada kah orang ingin membelinya handphone skrinya yang retak?

Jangan risau, terdapat kedai telefon yang akan membeli telefon anda sama ada anda boleh menjualnya terus atau melakukkan trade in dengan handphone yang baru.

Tahukah anda, mereka masih boleh menjual telefon anda kepada pihak kedai repair handphone untuk dijadikan sebagai spare part telefon? Atau anda boleh menjual terus kepada pihak kedai repair telefon.

Sekiranya anda mengalami kesukaran untuk menjual telefon anda, anda boleh menjual di eBay, atau melalui Mudah.Com.My, kerana ramai juruteknik telefon memerlukan alat ganti telefon untuk digunakan di kedai mereka.

7. Beli telefon baru
Sekiranya skrin handphone anda retak dan langsung tidak dapat berfingsi lagi, anda terpaksa membeli handphone yang baru.

Ia satu kemestian, tetapi pastikan membeli handphone mengikut bajet anda, atau anda boleh melakukkan pembelian telefon secara online menerusi web e-dagang yang boleh dipercayai kerana terdapat banyak telefon pintar yang dijual murah menerusi web tersebut.

8. Cuba untuk membuat sendiri
Ini mungkin idea yang tidak semua orang mampu lakukkan kerana kebanyakan orang akan menjual terus telefon skrin yang rosak atau melakukkan pembaikan menerusi kedai repair, apa kata anda membuat sendiri skrin telefon anda yang rosak itu?

Skrin telefon anda terdapat banyak dijual menerusi online misalnya melakukkan pembelian menerusi eBay. Selepas anda mendapatkan skrin telefon yang baru, anda boleh belajar pemasangan skrin telefon melalui YouTube, atau belajar dari mana-mana web yang mengajar cara-cara pemasangan skrin telefon.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.