Home » » Adakah Gaji Anda Rendah? Gaji Sentiasa Tidak Cukup? Baca Tips Ini.

Adakah Gaji Anda Rendah? Gaji Sentiasa Tidak Cukup? Baca Tips Ini.

Sesetengah dari anda mempunyai gaji yang rendah berdasarkan jawatan yang dipegang di dalam sesebuah syarikat, sesetengah orang lain pula, mempunyai gaji yang tinggi diterima setiap bulan tetapi keadaan kewangan masih tidak mencukupi, ini mungkin disebabkan terlalu banyak komitmen atau anda gagal untuk menguruskan kewangan peribadi secara keseluruhannya.

Penulis memahami keadaan anda, dan anda berada di tempat yang betul untuk memperbaiki sistem kewangan anda. Ini adalah formula yang dicipta sendiri oleh penulis berdasarkan pengalaman sendiri penulis bagaimana untuk menguruskan sistem kewangan peribadi.

Begini kawan, adakah gaji yang anda terima setiap bulan tidak mencukupi untuk keperluan anda? Ini sesuatu hal yang serius dan kamu harus mengatasi hal ini segera agar keadaan kewangan anda berjaya diatasi.

Lihat semula kedudukan kewangan anda dan apakah perbelanjaan yang perlu kamu bayar setiap bulan. Anda harus berani berhadapan dengan kedudukan kewangan anda yang kritikal dan harus berfikir bagaimana untuk membolehkan pendapatan yang anda terima mencukupi untuk keperluan diri dan juga keluaraga.
Decorative image
Photo by, Wilkernet, Licenced Via Creative Commons
Baik, untuk menguruskan kedudukan kewangan anda, sediakan lah sebuah buku tulis dan tulislah di dalam buku itu mengenai wang gaji yang anda terima setiap bulan. Dalam buku itu juga, tulis hutang-hutang yang perlu anda bayar setiap bulan.

Seterusnya, lakukkan kiraan berapakah baki wang anda setelah ditolak dengan bayaran hutang-hutang yang perlu dibayar. Setelah anda mengetahui baki gaji anda, buatlah bajet anda seperti peruntukan untuk minyak kereta, keperluan barang dapur, dan perbelanjaan ke tempat kerja setiap hari.

Misalnya begini, encik Abu mempunyai pendapatan sebanyak RM 1,500 sebulan dengan jawatan sebagai Sale Assistant di sebuah pasaraya. Jumlah hutang encik Abu seperti bayaran elektrik, bil telefon, bil air, bayaran sewa rumah, dan bayaran kereta Perodua Viva, adalah berjumlah sebanyak RM 800. 

Setelah ditolak dengan hutang, baki gaji encik Abu adalah sebanyak RM 700. Boleh ke hidup dengan jumlah gaji sekecil itu? Berikut adalah pengiraan gaji encik Abu.

1. Gaji encik Abu: RM 1,500

2. Jumlah Hutang: RM 800

3. Baki gaji: RM 700

Berikut pula adalah bajet yang cuba dilakukkan oleh encik Abu dan apa yang menyedihkan baki gajinya tinggal sedikit.

1. Baki gaji encik Abu: RM 700

2. Peruntukan minyak kereta Perodua Viva: RM 200

3. Peruntukan barangan dapur: RM 300

Baki gaji: RM 200

Bagaimana jika senario dinyatakan ini sama dengan kedudukan kewangan kita? Apa-apa pun kita harus berusaha untuk menjadikan baki gaji cukup sehingga hujung bulan.

Gaji tinggal RM 200? Bagaimana untuk sampai ke hujung bulan? Tidak dinafikan, ia sesuatu hal yang menyedikan tetapi, hidup mesti diteruskan. Begini, dengan baki tinggal RM 200, kita masih boleh survivor sampai ke hujung bulan berbekalkan gaji yang tinggal.

Bagaimana caranya? Cara pertama, mungkin cara yang anda tidak ingin dengar, anda terpaksa membawa bekalan anda dari rumah untuk membolehkan anda dapat mempertahankan baki gaji anda yang tinggal. Cara ini adalah cadangan yang terbaik.

Bagaimana pula jika anda tidak membawa bekalan makanan dari rumah? Ini adalah cadangan kedua, anda masih boleh ke tempat kerja tanpa membawa apa-apa bekalan makanan dan hanya makan di kedai makan. Yelah, kadang-kadang sesetengah dari anda akan merasa malu dengan kawan-kawan disebabkan membawa bekalan dari rumah.

Begini, baki wang yang tinggal adalah berjumlah RM 200. Jika anda tidak membawa bekalan makanan dari rumah dan mengharapkan baki wang RM 200 itu sebagai perbelanjaan anda setiap hari, anda harus memahami berapakah maksima perbelanjaan yang dapat anda belanjakan setiap hari.

Pengiraannya begini, baki wang yang tinggal dibahagikan kepada berapakah jumlah hari untuk gaji yang seterusnya.

Formula menjadikan baki gaji anda mencukupi hingga ke hujung bulan.
  • Baki gaji ÷ jumlah hari tarikh gaji
Contoh: Berdasarkan contoh senario diatas, setelah anda menerima gaji setiap tarikh 31 haribulan, anda telah melakukkan bayaran hutang-hutang, dan pembelian barangan dapur dan baki gaji anda yang tinggal adalah RM 200 pada tarikh 4 haribulan.

Berapakah hari lagi untuk gaji yang seterusnya? Setelah melakukkan pengiraan, jumlah hari adalah 27 hari lagi. Pengiraannya adalah seperti ini,
  • RM 200 ÷ 27 hari = RM 7. 40 sen
Ini bermakna, jumlah maksima wang yang anda harus belanjakan setiap hari adalah berjumlah RM 7. 40 sen sahaja dan tidak boleh lebih daripada itu. Jika anda berbelanja lebih dari RM 7.40 sen sehari, baki wang RM 200 hanya beberapa hari sahaja akan habis dan anda akan menghadapi masalah kewangan kerana kehabisan wang.

Dengan peruntukan wang RM 7.40, mungkin cukup dengan membeli makanan seperti nasi dan lauk, anda boleh memilih kedai makanan yang boleh menjual makanan dengan harga yang murah. Bagi minuman pula, anda boleh membawa bekalan air dari rumah anda.

Jika anda mempunyai gaji yang besar tetapi masih tidak mencukupi sampai ke hujung bulan, anda hanya gunakan formula ini dan penulis percaya, jika anda berusaha untuk mengamalkan formula ini, anda boleh survive hingga ke masa gaji tanpa sebarang masalah.

Bagi pembaca yang mempunyai formula yang lebih baik, anda boleh berkongsi dengan menulis di ruang komen agar kita dapat berbincang untuk kebaikan antara sesama. Sekiranya anda inginkan formula pengurusan kewangan yang lebih lengkap, anda boleh membaca tulisan penulis melalui tajuk Cara Simpan Duit Dengan Kaedah Yang Benar sebagai rujukan.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.