Home » , , » 6 Sebab Kenapa Anda Cari Kerja Kosong Di Kuala Lumpur

6 Sebab Kenapa Anda Cari Kerja Kosong Di Kuala Lumpur

Adakah anda mencari kerja kosong di Kuala Lumpur? Anda berasal dari negeri mana?Ini adalah artikel sebagai pengetahuan anda, mengapa anda perlu mencari pekerjaan di kawasan bandaraya ini buat anda yang masih belum sampai di tempat ini.

Kebanyakan masyarakat, terutama sekali kaum mudah mudi, menanam impian untuk bekerja di KL disebabkan tuntutan untuk berdikari dan mencari sumber kewangan yang lebih baik. Mengapa Kuala Lumpur? Sebenarnya, terdapat beberapa manfaat jika anda mencari pekerjaan di kawasan bandaraya ini.

6 Sebab Kenapa Cari Kerja Kosong Di Kuala Lumpur
Tahukah anda? Rata-rata penduduk di seluruh Malaysia akan tertumpu untuk mencari pekerjaan di KL? Bukan sahaja penduduk tempatan, tetapi ia juga menjadi tumpuan mencari pekerjaan bagi warga negara di sekitar asia tenggara seperti Indonesia, Thailand, Philippina, Mynmar, dan lain-lain negara lagi.
Kuala Lumpur
Photo by, Walkerssk, Licenced Via Creative Commons
1. Kuala Lumpur adalah bandar metropolitan
Kuala Lumpur adalah sebuah bandar yang amat besar dan paling pesat sekali membangun berbanding negeri-negeri lain di Malaysia dan digelar sebagai bandaraya metropolitan. Disebabkan pembangunan ekonomi yang pesat, bandaraya Kuala Lumpur telah melangkaui pembangunan hingga ke Lembah Kelang iaitu negeri Selangor.

Menurut laporan bancian, penduduk yang berada di Kuala Lumpur dan hingga ke Lembah Kelang telah mencecah hingga 7.2 juta penduduk hinggakan bandaraya ini amat padat sekali. Kuala Lumpur adalah bandaraya yang tidak pernah tidur!

2. Tawaran pekerjaan yang banyak
Disebabkan pembangunan yang amat pesat sekali, menyebabkan wujudnya tawaran pekerjaan atau peluang pekerjaan yang amat banyak sekali di bandaraya ini. Jika anda ke bandaraya ini, anda akan melihat pelbagai bangsa yang bekerja di bandaraya ini.

Negeri yang paling jauh umpamanya Sabah dan Sarawak, kebanyakannya sanggup datang ke bandaraya ini untuk mencari pekerjaan. Begitu juga daripada negeri yang paling jauh di Semenanjung, iaitu negeri Kelantan dan juga Perlis, kebanyakannya ke KL untuk mencari pekerjaan.

Bukan sahaja di bandaraya KL itu sendiri, di Lembah Kelang, dan juga Shah Alam, mempunyai banyak kilang-kilang tempatan dan juga kilang milik pelabur dari luar negara menyebabkan ianya memerlukan perkerja yang banyak untuk beroperasi.

3. Gaji yang ditawarkan cukup lumayan
Ya, ini lah berita yang menarik yang anda perlu dengar! Berbanding dengan negeri-negeri lain, kilang-kilang di bandaraya Kuala Lumpur lah yang menawarkan gaji yang cukup tinggi sekali. Ini disebabkan oleh persaingan, keperluan, dan taraf hidup yang sesuai dengan standard sebagai bandaraya metropolitan.

Jika anda hanya mempunyai kelulusan SPM ataupun lebih rendah daripada itu, terdapat syarikat ataupun kilang sanggup memberikan anda gaji bermula dari RM 1500 hingga RM 2000 sebulan dan ianya tidak termasuk elaun serta elaun lebih masa. Ianya tawaran yang agak besar bukan?

Dengan tawaran gaji yang lumayan, anda berpeluang untuk menyimpan wang dan seterusnya mungkin mampu membantu keperluan kewangan keluarga anda di kampung.

4. Kemudahan pengangkutan yang muda dan canggih
Kuala Lumpur direka sebagai bandaraya yang teratur dan canggih, salah satunya adalah mengenai kemudahan pengangkutan seperti LRT (Light Rail Transit), kemudahan teksi, bas, bas pekerja, dan Grabtaxi.

Pengangkutan-pengangkutan yang ada di bandaraya ini untuk kemudahan penduduk yang tinggal di bandaraya ini dan ianya tidak memberi masalah kepada mereka yang tidak mempunya masalah kenderaan untuk ke tempat kerja. Begitu juga jika anda ingin bercuti balik ke kampung, semua kemudahan amat mudah diperolehi disini.

5. Pusat tumpuan 
Anda bekerja di bandaraya ini bukan sahaja menerima pelbagai kemudahan yang tidak diperolehi di negeri-negeri lain, tetapi semasa anda tidak bekerja pada hujung minggu, anda boleh pergi ke tempat-tempat yang menarik dan terkenal di bandaraya ini seperti Bukit Bintang, Menara KL, TwinTower, dan banyak lagi kawasan menarik yang lain.

Misalnya anda ke Bukit Bintang, kawasan ini dikatakan sebagai nadi kepada Kuala Lumpur dan ianya beroperasi selama 24jam. Kawasan ini menjadi tumpuan pelbagai bangsa siang dan malam. Ini bermakna, anda tidak akan boring di KL.

6. Kemudahan pusat membeli belah yang banyak
Selain itu pula, bandaraya ini mempunya pelbagai pusat membeli belah yang terkenal umpamanya KL Sogo, Mid Valley Mega Mall, Berjaya Time Square, Suria KLCC, dan pelbagai lagi. Sekiranya anda bekerja di bandaraya ini, anda boleh menikmati kemudahan pusat membeli-belah yang moden.

Pada hujung minggu, anda akan melihat bandaraya KL penuh dengan penduduk untuk membeli belah, melepak,  dan ianya satu pengalaman yang menarik sekali yang anda lalui di dalam hidup anda.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.