Home » » 12 Cara Melupakan Seseorang Yang Kita Cintai

12 Cara Melupakan Seseorang Yang Kita Cintai

Di dalam kehidupan ini, adakalanya kita akan menempuhi sesuatu perkara yang sukar untuk kita menerima kenyataan apa yang telah berlaku. Salah satunya adalah, kita mengalami putus cinta dengan seseorang yang benar-benar kita cintai dan sukar untuk melupakannya.

Jika pada masa ini, anda yang membaca artikel ini, sedang di dalam kesedihan mengenangkan apa yang telah berlaku yang menyebabkan anda telah putus cinta dengan si dia, banyakkan bersabar, penulis memahami perasaan anda dan merasa sedih apa yang telah berlaku keatas anda.

Memang benar, ianya tidak mudah, ianya amat sukar sekali, apa yang penulis harapkan adalah, saki-baki kekuatan di dalam diri anda, jadikan sebagai kekuatan terakhir untuk bangun semula bagi melupakan seseorang yang kita cintai.

Mungkin, ini adalah beberapa tips yang boleh anda jadikan sebagai panduan untuk mengembalikan semangat anda disebabkan perasaan keciwa yang amat dalam sekali dengan seseorang yang kita amat sayangi dan seterusnya anda akan mampu melupakannya di dalam hidup anda.

1. Menangislah
Buat permulaan di awal apa yang telah berlaku, sama ada anda adalah wanita atau lelaki, menangis lah sepuas-puasnya jika itu pengubat untuk meredahkan kekeciwaan anda. Adalah normal untuk menangisi tentang seseorang yang telah pergi menjauhi dari kita kerana kita mencintai dia.
Decorative Picture
Photo by,greekfood-tamystika, Licenced Via Creative Commons
Dengan menangis, ia akan meredahkan serba sedikit perasaan kekeciwaan anda, tetapi ingat lah, jangan melakukkan sesuatu perkara yang menyakiti diri anda sendiri dan juga orang lain. Berusaha untuk mengembalikan fikiran yang waras, kerana selalunya mereka yang putus cinta, fikiran mereka bercelaru dan tidak normal.

2. Berikan diri anda masa
Melupakan seseorang yang kita cintai, memerlukan masa, dan untuk membuatkan diri anda benar-benar tenang juga memerlukan masa. Bukan mudah untuk anda melalui semua ini kerana, semuanya mengenai  perasaan yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata ditambahi lagi banyak kenangan-kenangan masa lalu bersama-sama dengannya.

Hanya anda dan yang maha esa sahaja yang tahu perasaan itu. Apabila anda telah mengambil keputusan untuk melupakan si dia dan punca putusnya cinta diantara anda berdua disebabkan oleh si dia, jangan lagi berharap si dia akan kembali menyukai anda, kerana tahukah anda, perasaan itu tidak boleh dibeli dan juga dipaksa.

Biarkan si dia pergi kerana itu lah hakikatnya, kamu tidak lagi akan bersama-sama. Bangunlah, sudah tiba masanya anda untuk mencipta kehidupan anda sendiri tanpa si dia lagi.

3. Rawat lah diri anda
Kini tiba masanya untuk anda bangun untuk merawat semula diri anda, berikan kekuatan kepada diri anda, lihat lah diri anda melalui cermin dan katakan kepada diri anda sendiri, anda mempunyai matlamat hidup yang lebih besar!

Jika anda telah berasa tenang sedikit, cubah lah keluar dari rumah untuk menenangkan perasaan anda, misalnya anda keluar bersendirian ke pantai, atau jika lebih baik, anda keluar bercuti bersendirian. Pilih lah kawasan yang percutian yang mendamaikan jiwa anda.

Memilih masa untuk bersendirian adalah perlu untuk mengembalikan semangat anda dan ianya adalah satu terapi yang bagus apabila dilanda kekeciwaan.

4. Buanglah kenangan masa lalu
Walau ianya sukar, kunci utama untuk melupakan seseorang yang kita cintai adalah dengan melupakan semua kenangan bersama si dia. Tiada gunanya mengenangkan kenangan-kenangan yang indah bersama dengan si dia tetapi berakhir dengan perpisahan, ia adalah tragis!

Masih mencintai dia itu ok, tidak menjadi masalah, adalah lebih baik ada perasaan begitu daripada membencinya. Kenangan lalu itu telah pun berlalu, biarkan ia bergi,  anggap lah ia sebagai hakikat sebahagian dari perjalanan hidup anda.

Mungkin, ini adalah beberapa cara yang boleh menghilangkan kenangan lalu bersama si dia.

a) Buang dan padam photo si dia
Setiap photo si dia, sama ada anda simpan melalui dompet, di dalam telefon, di bilik anda, buang lah dengan segera, begitu juga surat-surat jika ada, mungkin cara ini agak terlalu kejam, tetapi anda harus lakukkan sesuatu untuk melupakan dia.

b) No call, no messages, no WhatsApp's, no online
Jangan cuba untuk melakukkan panggilan telefon dengan si dia kerana ia akan memburukkan lagi situasi, begitu juga mesej, mesej whatsapps, atau online melalui media sosial. Padam juga kesemua mesej-mesej antara anda berdua.

c) Jangan pergi ke tempat yang selalu anda pergi bersama dulu
Buat sementara waktu, elakkan ke tempat selalu anda bersama si dia pergi sebelum ini kerana ia akan mengingatkan kenangan anda bersama si dia dan ini akan mengembalikan kenangan anda bersamanya.

d)  Jangan dengar muzik atau filem emosi.
Di dalam masa anda mengambil keputusan untuk melupakan si dia, elakkan juga untuk mendengar muzik dan filem beremosi kerana ia akan mencetuskan kenangan anda bersamanya dan tentunya hal ini akan mengembalikan perasaan kesedihan anda.

5. Luahkan perasaan mu dengan seseorang
Melupakan seseorang yang kita cintai, memerlukan kekuatan, anda tidak seharusnya terus bersendirian, anda harus meluahkan segala perasanmu kepada seseorang yang anda percayai misalnya sahabat anda yang paling rapat sekali.

Meluahkan perasaan keciwa, meluahkan apa yang anda hadapi kepada seseorang itu, umpama melepaskan satu bebanan yang dihadapi di dalam diri. Ia adalah satu terapi yang bagus dan seterusnya mampu memberikan anda kekuatan semula.

6. Kembali kepada kawan-kawan lama anda
Mungkin sebelum ini, hubungan dengan kawan-kawan lama agak terputus jauh disebabkan masa anda banyak kepada si dia. Disarankan, anda harus kembali kepada mereka kerana dengan kawan-kawan lah, yang mampu mengembalikan kecerian hidup anda kembali.

Anda boleh mengajak kawan-kawan untuk melakukkan aktiviti pada hujung minggu, misalnya program BBQ di pantai, jungle trekking, atau apa pun jua aktiviti yang boleh mengembalikan keceriaan anda.

7. Sibukkan diri dengan aktiviti
Selain bersama dengan kawan-kawan anda kembali, sentiasa sibukkan diri juga dengan apa jua aktiviti di rumah, di tempat kerja, atau anda boleh menyertai apa-apa persatuan. Anda kini mempunyai kehidupan yang baru dan cara ini serba sedikit dapat melupakan kenangan-kenangan anda yang menyakitkan hati.

Cara ini digunakan oleh kebanyakan orang untuk mengatasi perasaan kebimbangan dan juga kekeciwaan di dalam hidup dan cara ini kebanyakannya, mereka telah berjaya memperolehi hidup mereka kembali.

8. Jangan benarkan sebarang hubungan
Buat masa ini, jangan sekali-sekali menjalankan sebarang hubungan percintaan dengan seseorang sebelum emosi anda telah normal sepenuhnya kerana ianya menganggu matlamat anda untuk melupakan si dia di dalam hidup anda.

Begitu juga sekiranya si dia ingin kembali dengan anda, biarkan emosi anda benar-benar normal sepenuhnya dan barulah anda memperolehi keputusan yang tepat  sama ada meneruskan hubungan kembali ataupun sebaliknya.

9. Sokongan dari keluarga
Pemberi sokongan yang paling baik adalah ahli keluarga anda. Minta mereka kekuatan dan semangat di saat-saat anda mengalami kesukaran disebabkan hubungan anda dengan si dia. Luahkan perasaan mu dengan ahali keluarga yang paling rapat dengan anda.

Selalunya, yang memberi kita kekuatan di saat-saat kita mengalami kesukaran di dalam hidup ini adalah kedua-dua orang tua kita terutama sekali ibu kita sendiri. Walau siapa pun anda, keluarga anda akan memberikan anda sokongan dan juga kekuatan.

10. Buat senaman yoga atau berdoa lah
Senaman yoga adalah senaman untuk kesihatan diri dan juga ketenangan fikiran. Sekiranya fikiran anda masih bercelaru disebabkan kekeciwaan yang terlalu berat bagi anda lalui, anda mungkin perlu belajar senaman yoga untuk mengembalikan ketenangan fikiran anda dan juga mengembalikan semangat anda.

Jika anda tidak berminat dengan senaman ini, anda mungkin harus berdoa untuk ketenangan diri anda. Walau apa jua agama anda, doa adalah baik untuk terapi minda dan ianya amat bagus untuk mengembalikan semula semangat anda yang telah hilang.

11. Berjumpa dengan ahli terapi
Sekiranya anda masih sukar untuk melupakan si dia walau anda telah melakukkan cara yang yang di sarankan ini, adalah lebih elok anda berjumpa dengan ahli terapi atau pakar bimbingan kaunseling untuk mendapatkan rawatan bagi kesembuhan jiwa anda.

12. Cinta itu masih banyak
Kebanyakan orang apabila mengalami putus cinta, dan seseorang menasihatinya terdapat ramai lagi insan yang boleh dicintainya di luar sana, jawapan bagi mereka yang mengalami putus cinta adalah, insan yang dicintai oleh mereka tidak sama dengan sesiapa pun atau mana-mana orang.

Sebenarnya begini, ingat kata-kata ini, tak kenal maka tak cinta. Jangan terlalu bergantung dengan cinta yang telah menjauhi diri anda. Bangunlah, kembalikan hidup mu semula, kerana banyak lagi perlu dilakukkan untuk masa depan anda.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.