Home » » Cokelat Di Labuan Amat Murah?

Cokelat Di Labuan Amat Murah?

Ketika anda ingin berkunjung di pulau ini, anda mesti ingin mengetahui cokelat di Labuan yang sering diperkatakan orang ramai kerana harganya yang boleh dikatakan murah.

Sebagai pengetahuan anda, antara daya tarikan di pulau ini salah satunya kerana pulau ini diisytiharkan sebagai pulau bebas cukai sejak tahun 1956 lagi.

Ini bermakna, beberapa barangan tertentu di Labuan, bebas dari cukai. Antara barangan yang bebas dari cukai adalah seperti rokok, cokelat, tayar, minuman keras, kenderaan, dan banyak lagi.

Cokelat Di Labuan Amat Murah?
Baik, kita bercerita mengenai cokelat yang sering diperkatakan orang yang pernah datang berkunjung di pulau ini dan artikel ini mungkin dapat memberikan sedikit gambaran kepada anda.

Penulis tahu, anda yang membaca artikel ini mesti mempunyai hasrat untuk berkunjung di tempat ini.

Ok, dipendekkan cerita, ya, memang, harga cokelat-cokelat yang dijual di pulau ini boleh dikatakan murah berbanding dengan harga yang dijual di tanah besar.

Photo by, thephilippena, Licenced Via Creative Commons
Yang menariknya, cokelat yang ada dijual di pulau ini bukan sahaja dari jenama cokelat keluaran tempatan tetapi cokelat yang diimport daripada luar negara.

Menarik bukan? Antara jenama cokelat keluaran tempatan adalah seperti Ryverra, Beryl’s, Alfredo, dan banyak lagi.

Antara jenama cokelat dari luar negara pula adalah seperti, Lindt, Godiva, Hershey’s, Guylian,Ghirardelli, Ferrero Rocher, Thorntons, The Belgian, dan bermacam-macam lagi jenama.

Bagi cokelat daripada keluaran luar negara, jika anda beli di tanah besar, harganya amat mahal sekali, tetapi jika anda berkunjung di Pulau Labuan, anda akan memperolehinya dengan harga yang istemewa.

Tidak hairanlah, apabila pengunjung yang datang ke pulau ini tidak melepaskan peluang untuk membeli cokelat untuk dijadikan buah tangan.

Melalui pemerhatian penulis, pengunjung ataupun pelancong menjadikan satu kemestian untuk membeli cokelat kegemaran mereka dan ada diantara mereka sanggup membeli cokelat dalam jumlah yang banyak sekali.

Oh ya, dimana tempat-tempat membeli cokelat itu? Sebagai panduan awal anda, cokelat boleh diperolehi dengan mudah sekali apabila anda mengunjungi bandar di pulau ini.

Bandar Labuan adalah sebuah bandar yang kecil, di sekitar deretan-deretan kedai di bandar ini banyak menjual pelbagai jenama cokelat yang sememangnya memberikan anda banyak pilihan.

Anda sebagai pengunjung dinasihatkan untuk buat servay dahulu dari kedai ke kedai untuk mendapatkan harga cokelat yang benar-benar anda berpuashati dengan harga yang diberikan.

Berapa budget untuk membeli cokelat di pulau ini? Sebenarnya ianya bergantung pada keadaan kewangan anda dan untuk siapakah cokelat yang anda ingin beli.

Penulis tidak dapat memberikan gambaran harga sebenar harga cokelat di pulau ini kerana terdapat beratus jenis cokelat dijual disini.

Bagi anda yang tidak memiliki kereta sendiri, anda tidak perlu risau mengenai kenderaan apakah yang digunakan untuk membeli-belah cokelat di pulau ini.

Ini kerana, seperti penulis katakan sebelum ini, bandar Labuan adalah kecil dan cukup lah anda membeli belah dengan berjalan kaki sahaja.

Menariknya pula, kedai-kedai yang banyak menjual cokelat adalah berhampiran dengan terminal feri kenderaan dan juga terminal feri ekspress.

Sebelum anda bergerak untuk menaiki feri, anda masih berkesempatan untuk membeli cokelat di sekitar bandar ini walau hanya berjalan kaki.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.